Bab 54

14.6K 822 45
                                    

PERKARA yang pertama aku nak buat untuk bagi Uncle Wan dan Aunty Aliesha menyesal adalah... aku akan masakan sambal ayam nafas berapi.

Apa tu sambal ayam nafas berapi? Ha... tu namanya sambal yang aku buat pedas gila!

Biar dua - dua lawan berulang pergi ke tandas. Padan muka!

"Widya", Aku pusingkan tubuh pandang Rian yang buat muka cemas pada aku.

Dah kenapa budak ni?

"Kau nak apa?"

"Kau ke yang buat macam tu pada Imdad?" Soalannya buatkan aku pandang Rian dengan wajah kosong.

"Mestilah aku yang buat. Takkan kau pula", Tukasku dingin.

"Wow. Aku tak sangka pula..."

"Kau pergi mana eh tadi? Geram tahu tak? Nasib baik aku ada batang mop. Kalau aku jadi apa - apa tadi... memang aku tumbuk muka kau!" Kataku geram.

Rian sengih.

"Sorry, Widya. Aku pergi jumpa Raf. Dia cari aku". Kata Rian serba salah.

Aku diam.

"Cuma lepas ni kau kena ingatkan aku lah supaya aku tak buat kau marah", Kata Rian sambil tayang sengihan tawar.

Aku cebik bibir.

"Kau tengah masak apa ni? Apa hal merah sangat sambal kau ni?" Soal Rian hairan.

Banyak tanya pula Rian hari ini.

"Kau jangan makan sambal banyak - banyak", Pesanku.

"Tapi kenapa?" Soal Rian hairan.

"Kau makanlah kalau kau nak berulang alik pergi tandas. Aku tak kisah pun", Balasku bersahaja.

Rian terkelip - kelip.

"Kau nak kenakan uncle dan Aunty Sha?" Soalnya seakan - akan tak percaya.

Aku senyum.

"Memang pun. Ada masalah ke?"

Laju Rian menggeleng.

"So, aku nak pergi keluar sekejap. Kau masak elok - elok eh? Jaga diri tau", Pesannya lembut.

"Kau nak pergi mana?"

"Aku ada hal sikit dengan Raf. Ada apa - apa balik nanti kau beritahu aku tau. Aku keluar kejap". Pamitnya lantas dia berlalu seorang diri meninggalkanku di dapur.

Aku hela nafas.

Biarlah.

Adalah tu akal dia dengan Raf. Biar mereka uruskan hal mereka dan aku pula uruskan hal aku.

Aku tersenyum sinis.

Rasakan penangan sambal aku. Nak sangat kan aku masak? Padanlah muka.






















AKU simpul senyum tatkala melihat wajah Uncle Wan, Aunty Aliesha dan Imdad yang sudah bertukar merah padam. Kalut mereka mencari air sebaik sahaja tiga kali suapan nasi.

Sedap?

Mesti sedap itu yang sampai menangis.

"Kau masak apa ni perempuan?!" Soal Aunty Aliesha dengan muka bengang. Bibir dia habis bengkak gara - gara penangan sambal aku.

Memang dah macam Angelina Jolie. Tapi versi tua. Haha.

"Sambal. Suami saya suka makan sambal. Bukan aunty suruh saya masak apa yang Raf suka makan? Saya masaklah sambal", Jawabku bersahaja.

Her  Bad Boy - [ɌȺF]Where stories live. Discover now