BUNYI deringan loceng yang membingitkan seluruh kawasan sekolah membuatkan aku benar - benar yakin bahawa waktu pulang sudahpun tiba. Baguslah sudah tibanya waktu pulang. Aku sememangnya sudah tak mampu bertahan untuk terus berdiri. Suhu badanku terasa naik secara mendadak buat aku rasa keletihan.
Perlahan aku menapak keluar dari Taman Bunga. Mahu mengambil beg justeru itu aku boleh terus pulang ke rumah tanpa terserempak dengan Raf.
Berhati - hati aku mengatur langkah. Longlai.
"Wah, lihatlah siapa yang kita jumpa". Aku terus mematikan langkah apabila tiga orang gadis bertindak menghalang laluanku. Ketiga - tiga mereka melemparkan senyuman sinis dan pandangan jelik kepadaku.
Seorang dari mereka itu aku tersangat kenal. Dialah gadis yang di tampar Raf tempoh hari kerana menarik rambutku.
"Beri aku laluan boleh? Aku nak balik". Ujarku mendatar.
Mereka bertiga ketawa.
"No, Widya. Kau tak boleh balik. Kau kena ikut aku". Lantas tanpa aku sempat mempertahankan diri, tanganku di rentap kasar dan aku di tarik mengikuti mereka ke ruang kolam renang yang terletak jauh di belakang sekolah. Kolam renang lama.
"Lepaslah!" Sehabis kudratku aku merentap kasar tanganku dari di sentuhnya lalu tubuhnya aku tolak kasar.
"Kau bertiga ni kenapa?! Aku tak pernah kacau langsung hidup kau bertiga. Kenapa kau bertiga perlu kacau aku?" Soal aku geram. Mata mencerlung tajam memandang wajah mereka bertiga.
"Hei, Widya. Aku rasa kau ni tak lah terlalu sempurna untuk bergandingan dengan Raf!" Terkelu aku mendengar kata - kata dari gadis yang berada di sebelah kiri itu.
"Betul tu. Malahan, aku sendiri jadi keliru kenapa Raf melayan kau sedangkan kau ni seorang perempuan yang menyedihkan?" Tambah gadis yang berdiri di sebelah kanan pula.
Aku menggeleng.
Perlahan kakiku melangkah ke belakang.
Tak... Tak betul. Aku bukannya seorang perempuan yang menyedihkan. Raf sendiri tidak pernah mengakuinya.
Tapi Raf tak pernah cintakan aku...
Air mata jatuh menitis membasahi wajahku. Entah mengapa sebak rasa hati. Mungkin kerana Raf ataupun kerana hatiku kecewa dengan diriku sendiri.
"Kau menyedihkan Widya. Mungkin itu puncanya Raf tak sampai hati nak tinggalkan kau. Perempuan lembik. Cuai. Buruk. Jelik. Langsung tak sepadan dengan Raf yang jauh lebih sempurna. Kau tak layak!" Herdik gadis yang berada di tengah - tengah itu.
Dia menapak mendekatiku.
Drastik tubuhku di tolak kasar sehinggakan aku tanpa sengaja terjatuh ke dalam kolam renang yang masih ada air di dalamnya.
Aku terkapai - kapai cuba mencari nafas. Ketiga - tiga gadis itu merenung aku kosong. Melihat aku mula tenggelam ke dasar kolam, mereka terus meninggalkanku sendirian di ruangan kolam renang itu.
YOU ARE READING
Her Bad Boy - [ɌȺF]
عاطفية-"He's not a playboy. But he's also a badboy"- -------- RAF, Disebalik kemegahan nama, terselit duka. Disebalik kemasyuran dirinya, terselit sejuta rahsia. Dia lelaki yang penuh dosa. Niat dan perbuatannya takkan pernah seiring. Namun cin...