Bab 8

15.4K 864 61
                                    

DADA langit yang tampak membiru dan matahari jelas menerangi seluruh kawasan sekolah sememangnya menenangkan. Jalan tar masih lembap dek di timpa air hujan seketika tadi. Mengingatkan tentang hujan, suara lembut Raf yang hanya berbisik kepadaku buat wajahku membahang sendiri.

Rempuhan yang tidak disengajakan membuatkan aku dan juga seorang gadis jatuh sehingga tubuh kami mencium tar yang masih lembap.

"Aduh..."

Buat seketika mataku tidak berkedip - kedip memandang wajah gadis yang terjatuh setentang denganku. Meskipun aku juga gadis, tapi aku akui aku turut terpesona dengan kecantikan gadis itu.

Rian yang tiba - tiba lalu di situ membantu si gadis itu. Telinga Rian memerah. Lagak Rian seolah - olah sedang menahan rasa malu.

"Terima kasih, Rian". Manis senyuman gadis itu. Lesung pipitnya yang berlekuk tajam menambahkan lagi kecantikannya. Manakan tidak, Rian yang selalunya semberono terus hilang kata!

"Widya, kau okey?" Tangan aku di tarik Rian lembut.

"Aku okey, Rian". Balasku. Tapi mataku tidak lepas memandang gadis itu yang melangkah sopan mendekati kami berdua.

"Err... Wid.. Widya okey?" Lembut suara gadis itu menegur. Wajahnya seperti serba salah. Memerah mukanya dan matanya sudah berkaca - kaca. Anak siapa ni? Aku yakin benar dia ini adalah anak kacukan. Cantik!

"Saya okey. Awak okey?" Soalku semula cuba bermesra.

"Okey. Saya minta maaf. Tak sengaja". Ucapnya kesal. Aku laju saja menggeleng. Menafikan.

"Salah saya. Orang jalan sepatutnya tengok depan. Tapi saya tengok langit. Jadi saya yang patut minta maaf. Salah saya". Tukasku.

Dia menunduk.

Bibir halusnya di kemam. Dia mengangkat wajah dan merenungku.

Bunyi dari jam tangan yang di pakai Rian terus mengalihkan pandangan gadis itu dari memandangku.

"Ehh, saya dah lambat ni. Habislah, nanti dia marah!!" Kalut gadis itu.

"Terima kasih Rian". Ucap gadis itu. Tangan menyambut huluran Rian. Dia menoleh memandang wajahku. Bibir kecilnya yang memerah merekah itu menguntum senyuman yang benar - benar jelita sehingga aku sendiri jadi cemburu melihat kecantikannya.

"Jumpa lagi nanti Widya. Assalamualaikum", Pamit gadis itu lantas dia berlalu meninggalkan aku dan Rian berdua.

"Waalaikumusalam", Balasku sendiri. Mata memerhatikan susuk tubuh gadis yang semakin menghilang.

Aku menoleh memandang Rian yang dari tadi membisu. Aneh sungguh. Tak pernah Rian berkelakuan sebegini.

"Kau okey Rian?" Soalku risau. Bercantum keningku.

"Ak.. Aku? Ok.. Okey". Tergagap - gagap Rian menjawab. Wajahnya memerah bagaikan buah strawberi yang masak. Comel!

"Kenapa kau blushing ni?" Soalku. Serkap jarang.

"Ishh, tak ada apa - apalah Widya. Ni Raf suruh aku datang temankan kau. Jom pergi ke kelas Sejarah kau".

Raf suruh Rian temankan aku? Kenapa dia tak datang sendiri?

"Raf pergi mana?" Risau aku bila memikirkan kemungkinan yang Raf demam. Manalah tahu telahanku tepat. Tidak mustahil juga kerana Raf sendiri mencari penyakit dengan bermandi hujan.

Rian menggosok telinganya yang masih memerah. Riak wajahnya jelas rimas dengan soalan yang di ajukan olehku.

"Dia ada hal, Widya. Itu je", Mudah sahaja jawapannya.

Her  Bad Boy - [ɌȺF]Where stories live. Discover now