TELEFON bimbit yang dari tadi tidak berhenti menjerit membuatkan aku berasa rimas. Tangan tergagau - gagau mencari telefon bimbitku. Mata tak larat nak buka. Masih mengantuk. Ini semua abang punya pasal. Gara - gara dia mencabarku untuk menonton cerita seram dengannya aku yang tak cukup tidur. Ikon merah diseretkan ke atas untuk kesekalian kalinya.
Posisi tubuh dibetulkan sedikit. Aku mahu tidur semula. Lagipun masih awal lagi. Aku bukannya kerja hari ini.
Deringan nyaring telefon bimbitku membuatkan aku merengus geram.
Hish. Aku mengantuk tahu!
Tangan mencapai kasar telefon bimbit yang terletak di sisiku. Ikon hijau terus aku seret tanpa melihat nama yang terpapar pada skrin. Lantaklah siapa pun yang telefon. Aku sekarang ni rasa seperti mahu memarahi orang saja.
"Nak apa? Aku mengantuklah".
"Sampai bila lagi kau nak tidur?" Suara kasar Rian menjerit di corong telefon.
Aku mencebik.
Budak Rian ni. Kalau sehari dia tak mengganggu ketenteraman aku, tak sah agaknya hidup dia tu.
"Awal lagi lah. Aku nak tidur dulu". Rungutku.
"Awal kau cakap?! Hey, budak kecil. Sekarang ni dah pukul 12 tengah hari tahu tak? Semalam kau beria - ria janji nak datang jumpa kami semua pukul 10.45 pagi. Apa cerita sekarang ni?" Soal Rian kasar.
Sebaik sahaja mendengar Rian kata begitu, aku terus sahaja menjauhkan telefon dari telinga dan waktu pada telefon aku tilik sekejap.
12.10 tengah hari.
Aku tepuk dahi. Aduh... Macam mana aku boleh terlupa pasal semalam?
"Widya, kau masih hidup lagi ke?"
"Tunggu aku sekejap. Aku datang sekarang". Balasku pantas. Tak tunggu jawapan Rian, aku dah matikan panggilan. Telefon aku tinggalkan di atas katil lantas aku mencicit lari masuk ke dalam bilik air.
Aku dah lambat. Habislah aku!
KERETA di berhentikan dihadapan sebuah restoran bertaraf empat bintang. Restoran pilihan aku semalam. Aku cepat - cepat ambil beg tanganku dan berura keluar dari kereta. Kemungkinan besar aku akan di ejek habis - habisan oleh Rian. Aduhai!
"Widya balik dengan siapa nanti?" Suara abang mematikan niatku untuk melangkah keluar dari kereta.
"Widya balik dengan Rian". Balasku bersama senyuman manis seraya meloloskan diri daripada kereta kesayangan abang.
"Jangan balik lewat. Malam ini kita ada tetamu penting". Pesan abang.
Aku hanya sekadar mengangguk. Pintu kereta ditutup rapat. Tanpa membuang masa, aku terus sahaja berlari anak masuk ke dalam restoran itu.
Malam ini ada tetamu penting? Kenapa mesti tetamu itu datang malam - malam? Macam lah hari esok tak ada. Hish, tak faham aku!
"Ha, datang pun tuan puteri kita. Bangun pukul 12 tengah hari". Rian sudah mula menyindir tatkala aku menapak mendekati mereka bertiga. Nak cakap apa lagi? Memang salah aku pun biarkan mereka menunggu begitu lama.
YOU ARE READING
Her Bad Boy - [ɌȺF]
Romance-"He's not a playboy. But he's also a badboy"- -------- RAF, Disebalik kemegahan nama, terselit duka. Disebalik kemasyuran dirinya, terselit sejuta rahsia. Dia lelaki yang penuh dosa. Niat dan perbuatannya takkan pernah seiring. Namun cin...