"DUDUK diam - diam Wifey. Jatuh nanti", Suara Raf mengundang cebikkanku. Aku main juntai - juntai kaki ke lantai pun dia nak marah. Lagipun apa yang dia nak risau? Aku duduk atas kerusi yang berkaki empat.
"Boleh aku tanya kau sesuatu?" Soalku lembut. Tengok dia tengah sibuk hidangkan lauk atas meja buatkan aku rasa bangga sebab ada suami macam dia.
"Tanya apa?"
"Dua bulan bulan kita kahwin... Kau tak pernah cerita pun pasal kisah silam kau. Boleh kalau aku nak tahu pasal kisah silam kau?" Soalku penuh berhati - hati.
Bukan apa. Takut isu ni jadi hal sensetif pada Raf. Apatah lagi bila aku korek rahsia pada Rian pun lelaki itu punyalah tak mahu beritahu. Biasanya kalau rahsia Raf laju je dia bocorkan. Bila Rian jadi macam itu aku tahu kisah silam Raf adalah rahsia yang sangat - sangat besar.
Raf mengeluh.
Dia toleh pandang aku. Lama dia tatap sepasang mata aku.
"Sorry, wifey. Aku tak boleh beritahu kau", Katanya perlahan.
"Kenapa? Aku janji aku takkan bocorkan pada sesiapa tentang kisah silam kau. Lagipun, kau tahu apa jadi pada aku. Giliran aku pula nak tahu kisah hidup kau", Pujukku.
"Widya, kisah silam aku tu teruk sangat sayang. Aku tak nak ingat", Tukasnya lembut.
Aku hela nafas.
Aku tahu memang dia teruk. Tapi seteruk dia, dia tak pernah tiduri mana - mana perempuan.
"Aku kenal kau masa kau form two dan aku form one. Aku tahu memang kau teruk sangat. Tapi takkan sebelum - sebelum ni pun kau takut nak cerita pada aku?"
"Sebab separuh dari hidup aku ceritanya tentang kau. Separuh lagi dengan kakak aku", Kali ini dia layan aku.
"Apa yang kau dengan Kak Arwaa terpaksa hadap? Maksud aku... Masa kau kecil?"
Raf buang semua plastik bungkusan ke dalam tong sampah. Kemudiannya dia tarik kerusi kayu untuk duduk berhadapan dengan aku.
Sementara nak menunggu tetamu datang, baik aku ambil masa untuk korek kisah silam Raf. Aku nak tahu juga tentang hidup Raf. Teruklah aku kalau aku sebagai isterinya tak tahu seluruh hidupnya.
Raf tarik nafas lalu dia hela dengan perlahan - lahan.
"Okey, sayang. Aku cerita sikit aje", Jawabnya lembut.
Aku cepat - cepat angguk.
Janji Raf cerita. Sikit ke banyak itu abaikan ajelah.
"Macam apa yang kau tahu, aku dan kakak aku hanya dua beradik yang duduk di dalam sebuah istana neraka. Hidup kami tak macam hidup kau dan abang kau, Widya. Hidup kami berdua tak ada kasih sayang dari mak dan ayah. Mak dan ayah pun sibuk kejar harta siap pergunakan anak lagi untuk tambah harta. Kakak aku, dia buat macam hamba. Dia paksa kakak aku jumpa dengan macam - macam orang. Kakak aku banyak kali kena cabul... Widya. Masa tu aku kecil lagi. Aku tak tahu nak buat apa. Aku pun menangis bila kakak aku menangis", Cerita Raf.
"Aku tak sama macam budak sebaya aku. Orang tua tak guna tu suka beri tekanan ke atas aku. Dia paksa aku buat benda yang di luar kemampuan aku sebagai seorang budak lima tahun. Aku mengaku aku ni degil. Tapi orang tua tu tak pernah gunakan cara lembut. Seumur hidup aku sampai umur aku dua belas tahun... Makanan aku cumalah tali pinggang",
Aku tekup mulut.
Rasa sebak menghuni dada. Aku tak sanggup nak bayangkan tubuh kecil Raf menerima libasan tali pinggang setiap hari.
"Kali pertama aku jumpa Waiz, masa itu aku umur lima tahun dan kakak aku umur lapan belas. Abang kau yang ada untuk kami. Dia bantu kakak aku. Bila tengok abang kau aku dapat rasakan yang Waiz dapat jaga kakak aku macam mana aku jaga dia. Dan aku rasa bahagia sebab tanggapan aku betul", Dia ketawa kecil. Tapi kedengaran agak payah.
YOU ARE READING
Her Bad Boy - [ɌȺF]
Romance-"He's not a playboy. But he's also a badboy"- -------- RAF, Disebalik kemegahan nama, terselit duka. Disebalik kemasyuran dirinya, terselit sejuta rahsia. Dia lelaki yang penuh dosa. Niat dan perbuatannya takkan pernah seiring. Namun cin...