Bab 43

10.2K 690 28
                                    

BERAPA lama Raf koma? Bila dia nak bangun? Berapa banyak peluang yang Raf ada untuk terus hidup? Dia akan maafkan aku ke bila dia bangun?

Terlalu banyak persoalan yang bermain di mindaku gara - gara terlalu tertekan sepanjang dua minggu ketiadaan Raf. Memang cukup menyeksakan diri aku apatah lagi bila Uncle Wan dan Aunty Aliesha mainkan peranan untuk membuat onar dengan melemparkan fitnah bahawa aku mengandung anak lelaki lain dan aku jugalah yang menjadi punca Raf kemalangan.

Memang sangat teruk.

Aku dijadikan bahan hinaan dan kutukan orang sekeliling.

Mungkin sesiapa sahaja mampu menyuntik kata semangat agar aku terus kuat. Tetapi bagaimana aku mahu menjadi kuat kalau mesej yang tidak dikenal pasti pun boleh menghantarkan banyak mesej menghina diriku?

Kadang kala, aku terfikir bahawa ini adalah kifarah yang aku perlu hadap kerana khilafku pada Raf dulu.

Aku langsung tak kotakan janji kepadanya.

Aku sembamkan wajah pada lutut.

Dua minggu seleraku berkurang. Berat tubuh turun mendadak. Teguran mama dan abang supaya suruh aku makan pun aku tak endahkan.

Hati aku terluka dan jiwa aku terseksa.

Aku mahukan Raf semula pada aku.

"Widya", Pintu bilikku dikuak dari luar.

Abang melangkah masuk ke dalam bilikku. Tubuhku terasa di sentuh dengan lembut dan di tarik ke dalam pelukan.

Dada rasa sebak.

"Widya rindukan Raf", Aduku bersama tangisan.

"Shh, adik abang kuat".

"Widya tak kuat abang. Widya dah letih. Widya dah penat dengan semua orang. Salah Widya ke kalau Widya yang jadi mangsa antara Raf dan Imdad? Widya tak pernah minta pun Raf rogol Widya. Sumpah abang. Widya tak nak pun semua tu jadi",

"Widya, janganlah macam ini. Adik abang kena kuat. Macam mana baby nak kuat kalau ummi dia sendiri tak kuat?" Pujuk abang lembut.

Aku diam.

Cuma biarkan air mata membasahi seraut wajahku.

Sejak aku kena lempar macam anjing kurap oleh Aunty Aliesha sebab datang untuk menjaga suami aku...

Abang langsung tak bagi aku keluar rumah.

"Ini baru ujian. Macam mana Widya nak handle kalau apa - apa jadi pada hubungan Widya dan Raf? Widya nak biarkan mummy dan daddy Raf menang macam tu je? Widya nak biar Raf kena paksa layan perempuan lain macam Raf layan Widya? Widya nak Raf jadi macam tu?"

Aku geleng dengan laju.

Aku tak nak.

Boleh putus nyawa aku kalau aku tengok Raf buat macam itu.

"Jadi, tolong kuat untuk abang. Untuk mama, untuk Arwaa dan Adami dan yang paling penting untuk Raf. Dia takkan suka kalau tengok keadaan Widya yang kering serupa ranting kayu yang mengandung", Sempat lagi abang berseleroh.

Aku tersenyum nipis.

"Sayang abang tak?" Soal abang lembut.

Dia pagut dagu aku supaya aku pandang seraut wajahnya. Pipiku yang lebam berbekas gara - gara Aunty Aliesha diusapnya sambil tayang muka sayu.

"Sayang",

"So, pergi pakai tudung. Rian ada kat bawah. Dia tunggu Widya", Pujuk abang lagi.

Rian tunggu aku?

Her  Bad Boy - [ɌȺF]Where stories live. Discover now