Morning beautiful. I really miss you - Raf
AKU tersengih tatkala membaca mesej yang dihantarnya pada pagi ini. Sedar atau tidak, sudah tiga hari aku berjaya hidup tanpa seorang bad boy. Aku rasa bangga juga sebab berjaya yakinkan dia. Tapi rasa rimas pun ada sebab Rash dan Fahim sudah macam bodyguard yang overprotective. Pantang aku cakap nak keluar, kalut aje mereka telefon aku suruh tunggu sekejap. Haih...
Morning too, handsome. I always miss you - You
Butang send di tekan. Lalu aku matikan telefon bimbit. Aku menghela nafas perlahan.
"Widya!" Aku angkat wajah tatkala melihat Ayeen menapak mendekatiku. Bibir halusnya tampak manis saja menguntum senyuman kepadaku.
"Ya?" Soalku lembut.
"Maaflah tunggu. Ada sesiapa kacau awak ke? Kalau ada, awak beritahu saya. Biar saya tumbuk dia". Kata Ayeen penuh semangat. Siap tayang lagi penumbuk comel dia.
Aku kulum senyum.
Tangan pun kecil. Ada hati nak tumbuk orang. Silap - silap bukan orang yang melayang. Tapi dia tu. Aih... Ayeen... Ayeen.
"Jadi sekarang awak nak pergi mana?" Soalnya teruja. Beg tangan yang bercorak hello kitty di perbetulkan.
Aku kemam bibir.
"Ikut..."
Tak sempat aku nak habiskan ayat tiba - tiba tubuh aku kena rempuh. Aku terus aje jatuh terduduk.
Dahi aku berkerut melihat lelaki itu menonong pergi tanpa perkataan maaf.
Kurang ajar betul!
"Awak okey Widya?" Risau suara Ayeen. Tangan kanannya dihulurkan pada aku membantu aku bangun.
Aku hadiahkan senyuman manis padanya sebagai tanda aku tak apa - apa.
"Jahat betul lelaki tu. Dia langgar orang tapi tak reti minta maaf. Kalau saya jadi awak memang saya pukul guna beg hello kitty ni". Bebelnya.
Aku hanya tersenyum nipis.
Mata aku memandang ke arah kelibat lelaki yang sudah semakin menghilang.
Siapa sebenarnya lelaki tu?
AURA panas mula terasa diseluruh tubuhku. Kalau tidak difikirkan rasa hormat yang menggunung terhadap lelaki tua itu, aku pasti sahaja akan melakukan perkara yang sama seperti yang sering Raf lakukan. Marah.
"Macam mana? Aku bagi kau RM 25000 kau dan kau tinggalkan Raf. Ataupun, kau nak tambah lagi? RM 10000?" Sinis sungguh bicara Uncle Wan kepada aku. Seolah - olah aku menjalinkan cinta dengan Raf hanya atas dasar hartanya.
"Tak cukup lagi?"
Aku ketap bibir menahan rasa geram. Timbul rasa menyesal kerana datang bertemunya. Ingatkan perkara penting apa yang dia ingin bicarakan kepada aku tentang Raf. Sebaliknya ini...
Tak guna betul.
"Saya tak nak semua duit dato. Saya tak mintak pun". Ujarku sambil mengetap gigi. Cuba menghapuskan rasa amarah yang makin menjengah hatiku.
YOU ARE READING
Her Bad Boy - [ɌȺF]
Romance-"He's not a playboy. But he's also a badboy"- -------- RAF, Disebalik kemegahan nama, terselit duka. Disebalik kemasyuran dirinya, terselit sejuta rahsia. Dia lelaki yang penuh dosa. Niat dan perbuatannya takkan pernah seiring. Namun cin...