TAK sangka bila aku setuju Raf terus aje beritahu abang yang dia nak kahwin dengan aku. Sungguh, aku rasa macam mimpi apabila dalam masa seminggu dari sekarang aku bakal menjadi isteri Raf.
“Cikgu!!” Suara kanak - kanak yang berusia di dalam lingkungan empat hingga enam tahun yang merangkap anak muridku membuatkan aku terpinga - pinga memandang wajah polos mereka. Alahai, anak - anak angkat kesayangan aku. Teringat pula pada Adami yang berada di rumah.
“Cikgu…” Sekali lagi salah seorang daripada anak muridku menyeruku. Dia tarik - tarik tangan aku.
“Dani nak apa?” Soalku lembut.
“Cikgu, ada lelaki nak jumpa cikgu. Kami takut tengok dia cikgu”. Adu Dani. Salah seorang anak muridku yang paling nakal. Perangai dia tak ubah seperti Raf.
Memikirkan tentang gerangan lelaki itu, keningku hampir sahaja bertaut. Raf ke?
“Tak apa. Cikgu pergi tengok sekejap. Dani jaga kawan - kawan ya?” Pesanku. Jika tidak, aku akan menjaga Pasti Al - Falah ini bersama - sama Kak Norra. Namun disebabkan Kak Norra menghadapi sedikit kesulitan hari ini maka, aku harus menguruskan pasti ini seorang diri. Tidaklah begitu sukar kerana aku sudah rapat dengan kanak - kanak ini.
Dani mengangguk dengan pantas.
“Baik cikgu. Cikgu boleh harapkan saya!” Balasnya dengan penuh bersemangat.
Aku tersenyum nipis.
Dani… Dani…
Tanpa membuang masa aku terus melangkah keluar dari kelas kecil itu. Pintu aku tutup awal - awal. Risau juga lelaki yang aku sangkakan Raf itu bukan Raf. Sebelum jadi sesuatu, lebih baik aku jaga kanak - kanak itu dulu.
Langkah terhenti tatkala aku dapat melihat lelaki yang menungguku itu.
Perlahan - lahan aku mengundur.
Jelas sekali lelaki itu bukannya Raf. Lelaki itu…
“Widya”, Senyuman manis Aniq mula melebar. Aku kalut patah balik ke arah kelas kecil itu. Namun, Aniq lebih pantas menyambar tanganku.
Bibirku mula bergetar ketakutan.
Mahu sahaja aku memarahi Aniq. Tapi aku risau amukannya yang bakal memudaratkan diriku.
“Aniq, lepaskan tangan saya. Awak pegang kuat sangat”. Kataku dalam nada lembut. Memujuk.
Perlahan - lahan Aniq melonggarkan pegangannya. Dikala dia tiba - tiba sahaja melutut di hadapanku membuatkan aku hilang kata. Muka sayunya itu menimbulkan rasa kasihan.
“Widya, saya cintakan awak. Kahwin dengan saya”. Ujarnya separa merayu.
Aku menggaru pipi.
Ah sudah… Apa yang aku nak jawab ni? Kalau aku tolak, sah - sah dia akan mengamuk. Aku kenal sangat dengan perangai Aniq.
“Widya…”
“Hei jantan!” Suara kasar itu membuatkan aku mengangkat wajah memandang Rian yang berjalan ke arah kami berdua. Mukanya nampak bengang. Berang agaknya kerana Aniq masih tak makan saman dengan amaran yang pernah dilemparkan.
YOU ARE READING
Her Bad Boy - [ɌȺF]
Romance-"He's not a playboy. But he's also a badboy"- -------- RAF, Disebalik kemegahan nama, terselit duka. Disebalik kemasyuran dirinya, terselit sejuta rahsia. Dia lelaki yang penuh dosa. Niat dan perbuatannya takkan pernah seiring. Namun cin...