"KUAT sangat ke aku tolak kau sampai jatuh atas tanah tadi?" Soalan Rian buatkan aku menjeling dia tajam.
Drastik tangan aku naik menampar pipi kanannya.
Rian blur pandang aku. Tangan kanannya naik memegang pipinya.
"Kenapa kau tampar aku?"
"Sakit tahu tak? Nasib anak aku tak jadi apa - apa. Kalau apa - apa jadi pada anak aku... Memang aku akan belasah kau cukup - cukup!" Kataku sambil ketap gigi. Cuba nak tahan suara dari menjadi kuat untuk didengari oleh Uncle Wan dan Aunty Aliesha.
Memang kantoi habis kalau mereka dengar!
Rian tayang sengihan serba salah.
"Minta maaflah. Jangan marah aku macam tu. Takut pulak aku tengok kau sekarang ni", Katanya lembut.
Aku jeling dia.
Takut?
Aku tengah marah baru nak takut.
Aku geram tahu tak? Berlakon pun dia tolak aku kuat sangat. Sakit perut aku. Sudahlah sekarang aku tak boleh nak pakai tudung.
Memang rasa berdosa sangat sekarang ni.
"Jangan marah aku. Aku tahu aku kasar sikit dengan kau. Tapi aku cuba untuk buat Uncle Wan nampak yang aku memang dah khianat kau. So... Maafkan aku. Jangan marah aku tau? Nanti baby tu marah abah dia", Pinta Rian sambil terkedip - kedipkan matanya padaku.
Eh budak ni...
Ada juga aku baling kuali nanti. Gedik.
"Yelah. Tapi kau jauh sikit dari aku. Raf tak bagi kau pegang aku", Pesanku.
Aku tahu Raf ada untuk memerhati.
Bukan boleh percaya Raf ni. Malam nanti mesti dia membebel teruk.
Rian akur tatkala mendengar aku kata begitu.
Langkah di buka dua tapak berjalan ke belakang. Kemudian dia hanya bersandar pada dinding sambil memerhatikan aku buat kerja.
Aku memang tak suka kalau aku memasak dan ada pula orang tengok aku.
"Kau tak ada kerja lain nak buat ke?" Soalku geram.
Rian sengih.
"Tak ada. Aku cuma nak tengok kau je buat kerja. Lagipun Raf amanahkan aku untuk jaga kau masa dia tak ada". Tukasnya selamba.
Aku ketap gigi.
Tiba - tiba aku rasa tubuh hangat Rian mengepung tubuhku diantara sinki. Aku tendang juga jantan ni nanti.
"Kau dah kenapa? Jauhlah dari aku!" Marahku perlahan.
"Shh, buat marah pada aku. Uncle Wan datang sini. Nanti dia syak aku berbaik dengan kau pula", Pesan Rian.
Aku tak selesa bila nafas hangatnya menyapa batang leherku."Lepaslah Rian!" Marahku.
Aku ketap gigi tatkala aku melihat Uncle Wan tersengih sinis memandang kami.
Teruk punya orang tua.
Menantu sendiri kena kacau dengan lelaki luar pun, dia boleh gelak. Aku yang jadi menantu dia pun menyesal sebab dapat ayah mertua tak guna macam dia. Apatah lagi Raf.
Aku pandang Rian.
Kemudian, aku pijak kuat kaki dia.
"Auh!!!" Rian menjerit kuat seraya itu dia menjauhkan diri dariku.
Aku tersenyum puas hati pada Uncle Wan. Tak tunggu lama, dia terus sahaja berlalu keluar dari dapur meninggalkan aku dan Rian berdua.
"Sakitlah Widya!" Marah Rian sambil pandang aku.
YOU ARE READING
Her Bad Boy - [ɌȺF]
Romance-"He's not a playboy. But he's also a badboy"- -------- RAF, Disebalik kemegahan nama, terselit duka. Disebalik kemasyuran dirinya, terselit sejuta rahsia. Dia lelaki yang penuh dosa. Niat dan perbuatannya takkan pernah seiring. Namun cin...