SELEPAS Raf selamat menyusup keluar dari bilik yang dihuniku, aku buka semula pintu yang dikunci rapat dari semalam. Meskipun begitu, langkahku terus terundur disaat mataku bertentang dengan Uncle Wan yang sudah berdiri di hadapan daun pintu.
Senyumannya sungguh menyeramkan. Bagaikan ada makna yang tersirat disebalik senyuman itu.
Kedua - dua tangannya, diseluk ke dalam poket seluarnya.
Bila aku nak lalu ke sisi, Uncle Wan terus sahaja menghalang aku. Dia menapak masuk ke dalam bilik membuatkan aku tiada pilihan selain daripada mengundurkan langkah ke belakang.
"Apa yang uncle nak?" Soalku sambil kerutkan dahi. Tak faham betulah aku dengan Uncle Wan. Rajin pula awal pagi dia datang ke sini dan menganggu kenteraman aku.
"Aku nak apa? Widya..." Uncle Wan hela nafas.
Dia tergelak.
Tubuh aku ditolaknya dengan drastik sehinggakan aku jatuh terduduk di atas lantai. Berkerut dahiku tatkala memandang wajah penuh sinisnya. Pintu bilikku dikuncinya.
"Aku sendiri tertanya - tanya. Kenapa kau susah sangat nak tinggalkan anak aku. Apa yang kau nampak sangat dalam diri dia sampaikan lelaki lain pun kau tak mahu pandang, Widya? Kau tahu dia pewaris kuat aku kan? Sebab tu kau susah sangat nak lepaskan dia. Betul tak? Ahh, aku kenal lah kau ni. Perempuan yang duitan. Dasar pisau cukur", Katanya penuh berbisa.
Aku gigit bibir.
Perlahan - lahan aku bangun.
Renungan Uncle Wan, aku balas tanpa sedikit pun rasa takut yang bersemi.
Takkan ada rasa takut kalau aku tahu Raf sentiasa ada dengan aku.
Kau boleh Widya...
Aku kuntum senyuman manis.
"Uncle Wan... Siapa cakap saya perempuan yang macam tu hmm? Saya tak pernah pun cuba untuk ambil sikit pun harta uncle. Kalau betul, dah lama saya ajak Raf tinggal dengan uncle. Tapi dia sendiri tak nak. Lagipun, uncle sendiri tahu. Dia tinggalkan semua kemewahan yang dia ada demi saya. Uncle nak tahu kenapa? Sebab saya ni harta yang paling berharga dalam hidup dia. Apa yang penting uncle... saya pilih Raf atas dasar cinta. Cinta yang boleh buatkan orang jadi gila. Orang sanggup buat apa - apa aje demi cinta. Tapi untuk uncle... saya tak rasa uncle pernah faham", Tukasku sinis.
Uncle Wan ketawa kecil.
"Widya. Cara kau ni buatkan aku nampak Wardah suatu masa dulu. Wardah yang beria tahankan Ikhwan bila aku paksa dia tinggalkan suami dia. Wardah yang kononnya jatuh cinta sangat tu. Kau sama bodoh macam mak kau. Cinta tu tak wujud. Tak nampak pun. Tapi harta kita nampak. Kita boleh lihat".
"Uncle. Cinta memang kita tak boleh nampak. Tapi kita boleh rasa. Cinta bukan hanya sekadar cinta kosong. Cinta yang buatkan hubungan antara suami dan isteri semakin utuh. Dengan cinta, zuriat lahir. Atas dasar cinta adanya sebuah keluarga. Keluarga yang bahagia. Selama ni saya faham kenapa Raf tak pernah bahagia dengan unc..." Tak sempat aku nak habiskan bicara, Uncle Wan terlebih dahulu menghumban tubuhku ke atas katil.
ANDA SEDANG MEMBACA
Her Bad Boy - [ɌȺF]
Romance-"He's not a playboy. But he's also a badboy"- -------- RAF, Disebalik kemegahan nama, terselit duka. Disebalik kemasyuran dirinya, terselit sejuta rahsia. Dia lelaki yang penuh dosa. Niat dan perbuatannya takkan pernah seiring. Namun cin...
![Her Bad Boy - [ɌȺF]](https://img.wattpad.com/cover/186113395-64-k712064.jpg)