Bab 53

13K 747 47
                                    

SELESA aku rasa bila tubuh Raf yang jadi tilam aku. Sungguh, aku nak keadaan kami jadi macam dulu. Hidup tenang aje tanpa gangguan. Aku nak masa untuk aku dan Raf.

"Penat lagi, hmm?" Soalnya lembut.

Dia usap lembut kepala aku.

"Sikit. Raf, kau ada bawa kek tak? Aku lapar", Aduku perlahan.

Kesian aku.

Terseksa aje kena jadi maid tak bergaji untuk Uncle Wan dan Aunty Aliesha. Itu baru mereka berdua aje. Cuba Imdad masuk sekali? Mahu haru biru hidup aku dibuatnya.

Raf sengih.

Dia betulkan postur tubuhnya daripada terus berbaring kepada duduk. Aku pun terikut sama.

"Mestilah ada. Kesian, wifey. Mengandung pun kena buat kerja", Katanya lembut.

Dia tarik leher aku dan satu ciuman singgah pada dahiku.

"Nak kek",

Raf bukakan satu bekas plastik kecil. Kek batik.

Memang aku suka kek batik.

"Nak aku suap ke?" Soalnya lembut.

"Nak!" Dah lama aku tak dimanjakan. Lepas Raf koma habis hidup aku kacau bilau. Langsung tak tenteram macam dulu.

Bibir merah Raf terus menguntum senyuman kecil.

Terhibur agaknya bila tengok isteri dia dah lapar tak ubah macam ikan pirana. Nak buat macam mana, aku dari pagi tak makan. Boleh mati aku dibuatnya ditambah pula dengan kena buat kerja rumah tadi.

Raf betulkan kepala aku agar bersandar pada dadanya.

Kemudiannya, dia sudukan kek ke dalam mulutku.

Aku pandang Raf yang tersenyum.

"Aku rindu nak tengok pipi tembam kau, Widya. Minta maaflah, sebab dah banyak bagi kau merana berbanding dengan rasa bahagia. Aku sendiri malu dengan parents aku...  Aku minta maaf ju..." Bicara Raf terhenti tatkala aku peluk erat tubuhnya.

"Aku tak kisah pun kena hadap semua ni. Lagipun aku tahu bukannya senang nak hidup dengan seorang bad boy", Jawabku mudah.

Raf tergelak.

Aku juga yang sebak melihat mata helangnya yang berkaca.

Dalam aku asyik menangis... Dia pun menangis sama. Aku tahu dia pun sedih juga sebab baginya dia dah gagal untuk bahagiakan aku. Tapi dia silap.

Aku tetap bahagia dengan dia walau apa cara sekalipun.

Aku tak perlukan sikap sweet yang macam Rian.

Aku tak perlu sikap suka mengusik macam Rash.

Aku tak perlu sikap lemah lembut macam Fahim.

Apa yang aku perlu hanya Raf.

Raf kebahagiaan aku. Sebab dia juga aku cuba untuk hadap hakikat yang sakit. Aku cuba juga berdiri untuk kibarkan bendera kemenangan tatkala aku sedang hanyut dalam pentempuran untuk terus setia bersama Raf.

Bukan mudah untuk kecapi rasa bahagia itu.

Ditambah pula dengan sikap Uncle Wan dan Aunty Aliesha yang serupa askar Zionis.

"Nanti lepas kita keluar dari protokol orang tua gila tu... Aku janji aku akan layan kau macam pemaisuri aku. Aku janji aku akan ganti semua masa yang aku dah bazirkan untuk sakiti kau. Aku akan pastikan kau rasa bahagia sebab kahwin dengan aku. Aku janji dengan kau. Cuma, jangan mengalah dengan aku. Aku merayu", Pintanya tulus.

Her  Bad Boy - [ɌȺF]Where stories live. Discover now