CUKUPLAH kerana semalam tidur aku langsung tak lena kerana memikirkan siapa perempuan tu. Sungguh jiwaku ini benar - benar tidak tenteram. Apatah lagi seketika tadi aku menelefon Raf untuk bertanyakan dia perihal perempuan tu.
Tapi...
"Cari abang ya? Dia tengah mandi. Dia kata nanti dia call Widya semula",
Bilamana panggilan aku itu disambut oleh perempuan itu membuatkan sekeping hatiku ini remuk. Sangat - sangat hancur. Apatah lagi apabila aku membayangkan mereka tinggal sebumbung dan Raf pula melayani perempuan itu seperti isterinya.
Sungguh, aku tak sanggup!
Bunyi deringan itu membuatkan perhatianku terus teralih pada telefon bimbit yang berada di atas meja belajarku. Malas aku mencapai telefon bimbit. Rasa tak ada mood.
Nama Raf yang terpapar pada skrin telefon aku seretkan ikon hijau. Lantas wajah kacaknya yang tampak segar itu memenuhi ruangan mataku.
Raf...
"Kenapa muka kau nampak sayu ni? Ada apa - apa jadi ke?" Dahinya berkerut - kerut melihatku. Meskipun riak wajahnya sedikit pun tidak menunjukan dia risau tapi pandangannya itu sudah jelas menunjukkan perasaannya yang tersirat.
Aku ketap bibir memandang wajah Raf.
Masih berkira - kira sama ada bertanya atau tidak perihal perempuan itu. Kalau ditanya, kemungkinan besar hatiku akan sakit. Tapi jika tidak ditanya, hatiku lebih sakit.
"Kau ni kenapa? Muka serupa mati suami je. Rileks la. Aku hidup lagi ni ha", Tuturnya selamba. Langsung dia tak faham perasaan aku.
Aku sendiri keliru. Raf ni sebenarnya tahu atau tidak aku sedang kecewa?
"Siapa perempuan tu Raf?" Tak ada selok - belok, aku terus buka tajuk utama.
"Hah perempuan? Perempuan mana pula ni?" Soal Raf hairan. Muka dia macam keliru.
"Perempuan yang panggil kau 'abang' masa kita tengah call semalam. Siapa perempuan tu Raf?" Suaraku mula bertukar sebak. Jikalau diingat kembali tentang semalam, hatiku ini bagaikan disiat - siat. Sakit!
Raf meraup wajahnya.
Saat itu juga aku terpandang buku lima kanannya yang berbalut. Kenapa?
"Perempuan tu bukan sesiapa, Widya". Balas Raf perlahan. Tak bernada.
"Kau tipu. Aku sendiri dengar perempuan tu panggil kau abang. Tadi pun perempuan tu angkat call aku masa kau tengah mandi". Marahku. Rasa marah pula bila memikirkan kemungkinan Raf sudah mula menipu aku. Sampai hati dia.
Dum!
Aku tersentak dikala Raf bertindak menumbuk kuat kepala katil yang diperbuat daripada besi itu. Tangannya yang berbalut itu mulai berdarah.
Air mataku jatuh menitis.
Sakit sangat bila lihat Raf luka macam tu. Kenapa Raf? Kenapa kau suka sakiti diri kau sendiri?
YOU ARE READING
Her Bad Boy - [ɌȺF]
Romance-"He's not a playboy. But he's also a badboy"- -------- RAF, Disebalik kemegahan nama, terselit duka. Disebalik kemasyuran dirinya, terselit sejuta rahsia. Dia lelaki yang penuh dosa. Niat dan perbuatannya takkan pernah seiring. Namun cin...