ALUNAN suara yang agak menyentuh hati itu membuatkan aku bangun daripada pembaringan. Aku berkelip beberapa kali tatkala melihat Kak Arwaa berselubung dengan kain putih. Hampir aku terkejut melihat penampilannya. Aku terus bangun menuju ke arah bilik air lalu aku mencuci muka dan memberus gigi. Sesudah itu, aku kembali melabuhkan punggung di atas katil. Sebelah Adami.
“Eh, Widya”. Kak Arwaa ukir senyuman manis sebaik sahaja dia perasan akan kehadiran diriku.
Aku tersengih.
“Widya nak solat subuh?”
Pipi rasa meruap panas apabila mendengar soalan Kak Arwaa. Solat? Nak sebut perkataan itu pun payah inikan pula nak melakukan perkara itu. Aku memang sudah jauh. Mujur aku masih belum tersasar daripada landasan. Raf dan abang sama sekali melarang aku untuk berparti ataupun menghabiskan duit untuk pergi ke kelab malam.
“Widya nak solat subuh?” Sekali lagi Kak Arwaa tanya aku.
Aku menggaru pipi.
Apa yang aku nak jawab ni? Aduh, segannya. Aku dah lama lupa cara nak berwuduk dan rukun solat. Takkan aku nak buat - buat pandai? Memang aku yang malu.
“Widya…” Aku menelan liur.
“Ummi…” Terus pandangan kami berdua tertumpu kepada Adami yang merengek memanggilku. Aku menarik tubuhnya ke dalam pelukan dan tangan kecilnya turut membalas pelukanku. Adami tersenyum manja.
“Adami sayang ummi”. Ucapnya.
Aku tersengih.
Adami sayangkan aku? Sekeping hatiku rasa berbunga - bunga pula. Seumur hidupku tiada kanak - kanak yang pernah aku pegang seerat ini. Adami lah yang pertama.
“Adami, bangun mandi. Lepas tu pergi kejutkan papa dan walid”, Arah Kak Arwaa.
Adami kemam bibir kecil. Mata bulatnya itu renung aku dalam - dalam.
“Ummi mandikan Adami boleh?” Pintanya. Mata dikerdip berkali - kali.
Ini yang aku lemah ni. Kalau budak secomel Adami, aku buat sahaja apa yang termampu untuknya.
“Boleh ke Widya?” Soal Kak Arwaa serba salah.
“Eh, boleh kakak. Ummi boleh mandikan Adami”. Balasku sambil tersenyum manis.
“Yey, terima kasih ummi!” Pipi aku di ciumnya sekilas.
“Jom. Ummi mandikan Adami”, Tubuh Adami aku dukung lalu cepat - cepat aku masuk ke dalam bilik air.
Bukan sengaja aku mahu mengelak daripada menjawab soalan Kak Arwaa. Cuma aku rasa sangat - sangat segan kerana iman di dada aku sudah kurang. Kenapa baru sekarang aku nak sedar yang aku sudah lalai dan leka? Kalau daripada dulu lagi aku dah sedar, tentunya keadaan akan menjadi lebih mudah.
SUDAH begitu lama rumah banglo dua tingkat ini tidak riuh dengan suara kanak - kanak. Kata abang, kali terakhir rumah ini bising pun sewaktu aku masih kecil. Selepas aku dewasa rumah kembali sunyi seperti biasa.
YOU ARE READING
Her Bad Boy - [ɌȺF]
Romance-"He's not a playboy. But he's also a badboy"- -------- RAF, Disebalik kemegahan nama, terselit duka. Disebalik kemasyuran dirinya, terselit sejuta rahsia. Dia lelaki yang penuh dosa. Niat dan perbuatannya takkan pernah seiring. Namun cin...