Bab 32

12.1K 743 10
                                    

AKU bersantai di atas sofa sementara menunggu Raf berbincang dengan mama dan abang di dapur. Malas aku nak masuk campur. Apatah lagi kalau aku terpaksa menghadap perangai mengada - ngada abang. Memang lagi haru. Sudahlah aku ni cepat kasihan dengan wajah menyedihkan abang.

Sedang elok aku layan drama yang ditayang tv, tiba - tiba aje kedua - dua mataku ditekup dengan tangan yang kasar.

Bau maskulinnya jelas menerjah rongga pernafasanku.

Nafas hangatnya pula menampar lembut leherku. Pipi kanan aku terasa dikucup dengan sesuatu yang lembut dan hangat.

"Cuba teka siapa ni?" Soalannya buat aku tersengih.

Tangan kasarnya aku sentuh lembut.

"Bad kitty?" Soalku semula seiring dengan mengalihkan tangannya dari terus menutup mataku.

Aku senyum bila lihat Raf buat muka tak puas hati.

"Aku bukan kitty. Aku bad boy kau", Larangnya.

"Tapi aku sukakan kitty dan kau juga", Balasku bersama sengihan. Lehernya aku tarik lalu rahangnya aku cium lembut.

Haru kalau dibuatnya bad boy kesayangan aku merajuk.

Raf merengus.

"I hate that kitty. Berani dia cuba rampas tempat istimewa aku", Gumamnya geram.

Aku tahan senyum.

Alahai, takkan dengan kucing pun nak cemburu?

"Mama bagi kita pindah?" Soalku apabila Raf dengan selambanya memanjat sofa dan menarik tubuhku menindih tubuhnya. Nak bangun, awal - awal lagi dia dah paut tubuhku. Melekat macam belangkas.

Habislah kalau Adami nampak.

"Mestilah. Kau isteri aku, Widya. Mama tak kisah pun. Dia kata bawa lah kau pergi ke mana - mana waima sampai ke hujung dunia sekali pun", Terangnya.

Aku tayang sengih.

Dah agak. Mama memang mudah aje. Tak ada terlalu banyak kompromi. Cuma abangku ajelah yang banyak sangat halnya.

"Abang tak kisah?"

Raf terus mencebikkan bibirnya.

"Biarkan Waiz tu. Dengkilah tu aku nak bawa kau keluar dari rumah ni. Susah tau kalau dia ada. Kita tak boleh nak buat gula", Adunya.

Aku hanya senyum saja.

Abang memang macam tu. Sebenarnya dia tak mahu aku berjauhan dengan dirinya disebabkan sudah bertahun - tahun lamanya dia menggantikan tempat arwah papa untuk menjagaku.

Raf tarik kepalaku hingga dahiku bersentuhan pada bibir merahnya.

Dahiku dan ubun - ubun aku diciumnya lembut.

"Love you, bad kitty", Ucapku lagi. Entah kenapa tiba - tiba rasa suka pula gantikan gelaran bad boy kepada bad kitty. Mungkin disebabkan perangai Raf yang semenjak berkahwin ini tak ubah nakalnya seperti kucing liar.

"Damn, Wifey... Berhenti panggil aku kitty. I don't like", Rungutnya.

Aku gigit bibir. Wajahnya aku pandang bersama senyuman acah - acah comel.

"Tapi aku suka. Kucingkan cute?"

"Aku tak suka jadi comel. Aku suka jadi macho and be a bad boy just for you, sayang. Not bad kitty yang hanya tahu meow - meow",

Aku ketawa kecil.

Meow - meow? Tuhanku, comelnya suami aku ni!

"Tapi kau kan nakal macam kitty?" Ujarku bersama senyuman senget. Rahangnya yang terbentuk cantik aku lungsurkan jariku menyentuh setiap inci.

Her  Bad Boy - [ɌȺF]Where stories live. Discover now