Bab 44

10.6K 715 120
                                    

"RAF... raf dah bangun", Aku pandang Rian dengan muka teruja. Air mata jatuh membasahi wajahku.

Rian tersenyum nipis dan mengangguk.

"Ya, bad boy kau dah bangun. Pergilah pada dia", Kata Rian lembut. Dia tolak belakang tubuhku agar aku masuk ke dalam bilik rawatan Raf.

Teragak - agak kaki hendak melangkah mendekati Raf.

Kenapa dia tak gembira jumpa aku?

Dia marah ke sebab aku bukan orang pertama yang ada semasa dia buka matanya?

Aku sentuh lembut wajahnya.

Tubuhnya aku peluk erat dengan esakkan.

Sumpah... Aku rindu dia sangat - sangat.

"Raf, aku sayang kau. Aku minta maaf", Kataku perlahan. Aku peluk lebih erat tubuhnya.

Tak ada reaksi.

Tak ada jawapan.

"Raf..." Aku dongak pandang Raf.

Sepasang mata helangnya itu tak ada sinar. Tak ada rasa. Aku hanya nampak perasaan kecewa.

Raf...

"Kau sayangkan lelaki tak guna macam aku? Boleh aku percaya ke?" Soalnya sinis.

Aku pandang dia dengan pandangan tak percaya.

Ini suami aku ke?

"Raf... Aku cintakan kau. Aku minta maaf kalau kau marah tentang apa yang aku dah buat sebelum ni. Aku mengaku aku bodoh. Tapi tolonglah jangan buat aku macam ni. Aku rindukan kau. Anak kita rindukan kau", Kataku bersama tangisan.

Aku tak nak Raf benci aku.

Sakit sangat bila aku terpaksa hadap semua benda yang Uncle Wan dan Aunty Aliesha buat pada aku. Belum cukup tentang mesej yang berbaur hinaan lagi oleh orang yang entah siapa - siapa.

"Anak kau? Bukan kau tak mengaku budak dalam perut ni anak kau ke? Bukan kau nak gugurkan dia? Kaukan malu sebab dapat lelaki sial macam aku", Katanya sinis.

"Raf... Ak.. Aku minta maaf", Aku menggogoi padanya.

Apa semua ni?

Aku punyalah tunggu Raf bangun untuk tengok senyumannya. Tapi ini yang aku terpaksa hadap?

"Lepaslah!" Raf leraikan kasar pelukan kami.

Aku nyaris nak jatuh katil. Nasib baik aku sempat paut pada kepala katil.

Aku pandang Raf dengan air mata.

Allah...

Aku dah letih nak menangis.

"Bodoh. Apa kau buat ni gila? Widya isteri kau lah!" Tengking Rian bengang.

"Kau jangan masuk campur. Kau tu jantan jahanam. Mummy kata kau cuba nak rampas perempuan ni dari aku kan? Kau ambil kesempatan masa aku koma. Kau kawan jenis apa Rian?" Soal Raf dengan pandang dingin.

Renungannya yang tajam itu buatkan aku tahu bahawa selepas ini bukanlah ada sesuatu yang baik akan terjadi antara Raf dan Rian.

"Aku ambil kesempatan apa sial? Aku jaga bini kau masa kau tengah mampus sekejap. Kalau aku tahu kau bangun dan perangai kau celaka macam ni... Memang dah lama aku pijak je kau sampai mati!" Kata Rian marah.

Raf tergelak. Sinis.

"Jadi betul lah kau sukakan perempuan ni?"

Aku kelu tatkala mendengar soalan Raf.

Her  Bad Boy - [ɌȺF]Where stories live. Discover now