SATU | PERKENALAN

22K 790 30
                                    

Lima orang gadis berpakaian kemeja, melangkah masuk ke dalam bangunan yang megah itu. Seorang lelaki berpakaian kemeja putih yang menjaga pintu utama menunduk hormat kepada mereka.

"Selamat pagi boss."

Mereka hanya mengangguk. Kesemua pekerja di lobi itu menunduk hormat saat bersemuka dengan mereka.

Siapa yang tidak mengenali mereka di bangunan itu. Boss atasan Five-A Company.

Lif yang tertulis 'CEO AND FRIENDS' adalah lif khas mereka. Kaki melangkah masuk saat pintu lif terbuka.

Butang 20 ditekan. Lif mula bergerak.

"Kita takde misi ke akhir-akhir ni?" Soal Aurora.

Aurora Eldrina Lester. Gadis kacukan Turkey. Gadis yang mempunyai sifat rendah diri dan tidak peduli keadaan sekeliling. Baginya, cukup dia dan sahabatnya terbaik dalam dunia.

"Tak kot. Diorang tak inform apa-apa pun" balas Riana.

Quin Ariana Qaisara. Anak jutawan Amerika tetapi lahir di Malaysia. Bapanya yang berasal dari sana berkahwin dengan ibunya warga Malaysia. Dan terhasil dirinya yang bersikap dingin, sedingin suhu di Amerika. Dan sikap normal seiring dengan suhu di Malaysia.

"Dah tu, kita akan tumpukan kepada syarikat jelahkan. Aku dengar masa tu akan ada projek berjuta. Betul ke?"

Ini pula, Engku Ameera Hana. Gadis melayu asli. Ibubapa berasal dari Malaysia. Anak jutawan kepada pasangan yang terkenal dengan penjualan produk terlaris mereka. Sikapnya yang periang dan kadang kala menakutkan itu, menarik minat semua orang mahu berkawan dengannya.

"Yang itu masih dalam perbincangan. Kalau syarikat kita terpilih. Adalah rezeki nanti." ujar Riana.

Handphone disimpan kembali ke dalam beg yang tersangkut dibahu saat nombor yang tertera menunjukkan nombor tingkat mereka.

"Jumpa lunch," kata Leen selepas masing-masing keluar dari lif itu. Masing-masing ada bilik dan bahagian masing-masing. Dan merekalah ketua-ketua dibahagian tersebut.

Tengku Azleena Nelydia. Gadis berdarah raja berkacukan Korea. Gadis yang sentiasa dengan wajah ketatnya. Tapi jikalau gadis ini senyum, semua akan cair melihatnya. Seorang yang panas baran dan agak agresif antara mereka.

Seorang lagi ahli mereka, Tengku Amylina Nadia. Sepupu rapat kepada Leen. Dia pula bertentangan dengan Leen. Sikapnya yang peramah dan periang. Senyuman sentiasa melekat dibibirnya. Lembut dan penyabar.

Walaupun dengan sikap mereka yang ini. Mereka juga seperti gadis lain diluar. Yang sentiasa berhibur dan enjoy the life.

----------

Riana menolak daun pintu bilik pejabatnya, seorang gadis mengikutinya masuk bersama fail milik Riana.

"Apa jadual saya harini?" Soalnya tanpa memandang wajah setiausahanya.

Melissa membuka tab yang ada ditangannya, jadual tugas boss mudanya itu dicari.

"Boss perlu attend meeting dengan Dato' Hisyam pukul 10 pagi untuk pengesahan projek baru. Itu sahaja." jawabnya lancar.

Riana mengeluh perlahan. Kepala hanya dianggukkan.

"Don't call me with that name. Call me Cik or Riana. Awak lagi tua dari saya. Saya yang seharusnya hormat awak."

"Tapi bos errr cik boss sa.."

"No excuse Mel. Saya anggap awak as kakak saya. Saya tak suka panggilan boss tu. Daddy saya patutnya awak panggil macam tu. Dia pemilik syarikat ni." bantah Riana.

MR MAFIA MISS SPYWhere stories live. Discover now