DUA PULUH EMPAT | PLAN

7.8K 449 0
                                    

"Kau ok tak Riana? Tetiba je suruh kitaorang balik awal" kata Amy di birai katil milik Riana.

Riana yang terbaring lemah itu mengangguk perlahan. Handphone di bawah bantal dikeluarkan. Kemudian handphone diberikan kepada Amy.

Amy menyambut bersama kerutan di dahi. Aurora juga turut sama melihat isi handphone yang ditunjukkan.

"Siapa punya number?" Giliran Aurora menyoal.

Riana mengangkat bahu. Riana bangun dari pembaringan dan bersandar di kepala katil.

"Aku dapat ni waktu nak lunch tadi. Lepastu aku hampir kena langgar dengan sebuah kereta. Aku tak tahu aku cuai atau tak. Tapi yang aku pasti, kereta tu macam sengaja nak langgar." terang Riana dengan suara yang perlahan. Dia tahu beza antara tidak sengaja mahu langgar atau sengaja mahu langgar. Hidup selama 10 tahun dalam dunia sebagai perisik rahsia sudah menjadikan hidupnya lebih peka dan mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang dalam.

So bukan senang orang nak tipu dirinya.

"What?!" Jerit mereka berdua.

Riana mengangguk.

"Sebab tu aku nak korang balik awal. Aku nak korang siasat siapa dalang semua ni" kata Riana.

Mereka mengangguk.

"Kalau macam tu, kita buatlah. Kau tu lain kali suruh orang teman nak pergi mana mana. Kang nanti ada apa apa susah tau nk cari. " bebel Aurora.

"Ya aku tahu lah. Tadi tu luar fikiran aku. Aku tak tahu pulak benda ni akan jadi macam ni" Riana membuat muka bosan.

"Esok aku nak pergi rumah papa. Aku nak lawat dia kat sana" sambung Riana.

"Ok" balas mereka serentak.

"Korang tak nak ikut?"

"Ikutlah. Kau tu mana boleh keluar sorang sorang sekarang" Amy menjawab.

Riana mengangguk dan membetulkan pembaringannya. Sleep time.

"Aku nak tidur sekejap. Nanti petang kejut aku. Nak beli barang dapur" pesan Riana.

"Amboi kau, buat plan nak pergi mana mana tak bagitahu pun." Bidas Amy.

Riana tersengih. "Aku dah bagitahu kan ni. Jangan marah"

"Yelah" kalah Amy dan terus melangkah keluar dari bilik beradu Puteri Riana. Eceh!

----------

"Kau tahu diorang dah bertindak?" Soal Amir kepada Aariz yang sedang makan.

Aariz mengangkat kening lalu menggeleng.

"Maksud kau?"

"Tadi Aryan kata diorang cuba nak langgar Riana dekat basement apartment."

Selera Aariz terus mati. Matanya tajam memandang Amir yang berada di hadapannya.

"Merde!"

"So apa rancangan kau?" Soal Hayden yang sedari tadi mendengar perbualan mereka. Harriz juga sudah berhenti dari mengunyah.

"Aryan kena juga kahwin dengan Riana."

"Kau gila?! Kau sendiri dengar tadi dia tolak mati matian. Kau nak paksa dia macam mana lagi" kata Harriz. Rahangnya bergerak sedikit menahan amarah. Dia sudah penat dengan semua ini.

"Dah takda cara lain untuk selamatkan Riana secara dekat. Sekurangnya, bila Aryan kahwin nanti. Riana tak akan fikir lain bila Aryan sentiasa di sisi dia sepanjang masa" balas Aariz.

"Kau serius ke takda rancangan lain?" Soal Hayden pula. Dia seperti tidak senang dengan plan yang dirancang.

"Aku akan kahwin dengan dia" celah satu suara.

Mereka mengangkat wajah dan melihat gerangan suara. Dahi berkerut.

Bukan main lagi dia bantah tadi. Tup tup senang macam tu je.

"Bro aku tak nak kau sakit lagi pasal cinta" pesan Harriz. Aryan duduk di sebelah adiknya manakala Fiona duduk di sebelah Hayden.

"Untuk keselamatan dia." Jawab Aryan mendatar. Matanya mengalih pandangan ke arah Fiona. Gadis itu mengangguk bersama senyuman.

Fiona sudah menceritakan segalanya tentang gadis yang bernama Riana.

Gadis itu tidak pernah bercinta walaupun di sekolah dulu gadis itu paling terkenal dan hampir setiap hari gadis itu menerima surat cinta. Tapi semuanya ditolak. Tunang? Itu sahaja yang dia tahu.

Jadi, dirinya tidak sanggup untuk sakiti gadis itu. So dia buat keputusan untuk,

"Aku akan tunang dengan dia hujung minggu ni. Aku tak nak terus kahwin. Sekurangnya dia tak akan rasa sangsi bila aku ada dekat dengan dia. Kalau dia dah sedia, baru kita straight to our plan." Terang Aryan.

"Kau serius ni?" Soal Aariz tidak percaya dengan kata abangnya. Bukan senang lelaki itu membuka hati untuk seorang perempuan. Takut takut, tak sempat kahwin. Mereka putus tunang.

"Biar putus tunang daripada bercerai" kata Aryan seperti mengagak apa yang ada di fikiran Aariz.

Aariz tercengang tapi masih juga mengangguk.

Mereka di situ juga mengangguk.

----------

Di Singapore,

"Pastikan semua barangan ni sampai dekat tangan Riana. Jangan ada satu pun tercicir" kata Leen kepada lelaki yang tinggi darinya.

Lelaki itu mengangguk. Dan terus meninggalkan Leen dan Meera.

"Jom makan. Aku lapar" ajak Meera. Perutnya ditepuk menandakan dirinya kelaparan yang amat.

"Jom lah. Esok pagi kita dah boleh gerak balik. Tak suka aku lama lama dekat sini" kata Leen. Meera mengangguk setuju.

Mereka mula memandu keluar dari kawasan tersebut.

Dalam perjalanan mereka, sebuah kereta Toyota Vellfire mengikuti mereka dari belakang.

Pada mulanya, mereka menghiraukan kereta tersebut. Tapi apabila mereka perasan mereka mengeluarkan selaras sniper. Mereka mula cuak.

Bang! Bang!

Dua das tembakan dilepaskan. Tapi mujur tidak mengenai mereka.

Leen menekan pedal minyak dengan kuat. Jalan raya yang lenggang itu memudahkan kerja mereka.

Rifle dibawah kerusi yang diduduki Meera ditarik keluar. Peluru didalam dashboard dikeluarkan dan diisi kedalam Rifle.

Meera menurunkan tingkap kereta. Bersiap sedia.

Leen memusingkan stereng dan kereta yang dinaiki mereka berpusing 180º dan berhenti bertentangan dengan kereta yang mengikuti mereka.

Semakin hampir kereta itu, Leen menekan pedal minyak dan bergerk ke hadapan berlawanan arus.

Bang! Bang! Bang!

Tiga tembakan dilepaskn Meera. Jarak yang sejauh dua langkah manusia, Meera melepaskan satu tembakan mengenai enjin kereta tersebut.

Lepas sahaja kereta Leen melepasi kereta hitam itu, kereta Toyota Vellfire itu meletup. Meera dan Leen tersenyum gembira. Mereka menang sekali lagi.

Kenapa sekali lagi? Sebab sepanjang mereka berada disini mereka selalu sahaja berlari ke sana ke sini demi menjauhi musuh. Mereka sedar, kini mereka dikejar sepanjang masa. Dan mulai esok. Mereka akan pulang ke tanah air. Cukup 3 hari yang memenatkan di negara luar ini.

MR MAFIA MISS SPYWhere stories live. Discover now