"Abang!! Ambilkan botol susu Liana!!" Jerit Riana dari tingkat atas.
Aryan yang sedang seronok menonton bola terganggu. Ada saje yang dimintanya. Kuat pulak tu suara menjerit. Heh tak sakit tekak ke.
Lambat lambat Aryan bangun dari sofa
"Abang!! Cepatlah"
"Iye. Kejap" balas Aryan.
Botol susu anaknya diatas meja diambil dan dibilas. Kemudian botol itu dilap dengan kain bersih agar botol itu bersih dan kering.
"Nah"
Riana memaling. Lampin anaknya yang baru ditukar diberikan kepada Aryan. Botol susu bayi itu diambil. Aryan pula tidak menolak menyambut lampin kotor yang diberikan. Dan dibuang kedalam tong sampah di dalam bilik mandi mereka.
"Terima kasih" ucap Riana.
Aryan mengangguk dan baring disebelah Riana. Liana ditengah antara mereka. Enak sahaja bayi itu minum susunya.
Pejam celik
Pejam celikSudah hampir setahun bayi itu membesar. Susu juga mula cepat habis kerana sepanjang masa mahu menyusu. Mulut juga sikit sikit bising jika keseorangan. Semua yang keluar dari mulutnya, semua diajar oleh Aariz.
Tah apa yang diajar oleh jejaka itu sampai bayi yang hampir setahun ini mampu berkata dengan bahasanya sendiri.
"Riana"
"Hmmm"
"Kalau suatu hari, awak tahu yang saya takde. Apa awak akan buat untuk teruskan hidup?" Soal Aryan tiba-tiba.
Riana memusingkan pembaringannya menghadap Aryan.
"Kenapa awak tanya saya macam tu? Awak nak pergi mana?"
"Takdelah. Kalau awak taknak jawab, takpe. Saya okay" mata dipejamkan
"Saya tak tahu nak hidup kalau takde awak. Dari dulu lagi saya kejar awak. Waktu tu saya fikir hanya awak. Saya fikir awak tahu tak saya kejar awak. Saya fikir awak ok tak kalau saya takde. Tapi lepas apa yang berlaku pasal misi saya masatu, sungguh saya rasa saya nak putar balik masa. Saya nak sangat bila masa berputar balik. Saya taknak pertemuan antara kita bertemu. Dan sudah tentu awak mati ditangan saya. Tapi aturan Tuhan tu lebih baik dan indah. Kan? Mungkin sebab itu saya berjumpa awak. Dulu awak musuh saya. Target saya. Tapi sekarang awak jodoh saya. Suami saya" luah Riana.
Aryan mencelikkan matanya kembali. Tertarik dengan kisah Riana.
"Sejak bila awak suka saya?" Soal Aryan cuba mengorek rahsia Riana.
"Saya suka awak sejak first time kita jumpa. Waktu meeting projek. Tapi waktu tu saya tak tahu lagi apa perasaan saya yang sebenar. Saya keliru, jadi saya biarkan je dulu. And waktu awak pergi taman dengan kawan kawan awak dulu tu, yang kita terserempak kat kedai makan tu, saya rasa gugup time tu. Dan saya pasti dengan perasaan saya sejak awak jaga Erina time saya gaduh dengan dua perempuan tiga suku itu hari"
Aryan tergelak mendengar kisah Riana.
"Eeee gelakkan orang pulak. Yang awak tu, tak kan tak suka saya kot. Kan?" Usik Riana cuba menggali rahsia Aryan pula.
"Sebenarnya, pertemuan pertama kita waktu awak umur 10 tahun dan saya 15 tahun. Umur kita beza 5 tahun. Sekarang awak 23 dan saya 28. Saya memang tak pernah berbual dengan mana mana perempuan. Awak orang pertama saya tegur. Dan awak orang pertama yang buat saya jatuh cinta selepas Jess. Awak ajar saya erti cinta. Awak ajar saya erti setia. Setiap malam kita dah janji nak tengok bulan sama sama. Tapi itulah, waktu tu awak kemalangan dan hilang ingatan" kata Aryan dengan hujung ayatnya kedengaran sedih.
"Saya minta maaf sebab susahkan awak"
"Tak. Semua bukan salah awak. Setiap hari saya hantar anak buah saya tengok awak dari jauh. Dari awal saya tahu awak kemalangan saya hantar anak buah daddy untuk ikut awak sampai ke mana mana semata mata nak awak selamat sampai sekarang."
"Oh patutlah time saya study pun saya rasa ada orang ikut. Seram tahu tak?" Marah Riana.
"Semua untuk awak. Sampai saya kena marah dengan daddy sebab pukul anak buah dia sampai lebam lebam sebab dia tak buat tugas dia dengan betul. Dia biarkan awak kena ragut waktu tu"
"Oh time kat shopping mall masatu. Wahh awak ingat"
"Mestilah. Everything about you set in my mind" ucap Aryan romantik.
"Riana, until the cold winter passed, and the spring day greets again, until the flower blooms, stay there little bit more. Please stay for me. " luah Aryan lembut.
Riana terdiam. Membiarkan Aryan berkata.
"I love you until my last word"
Riana tersenyum.
"You are my only hero who I need from danger, my only home where I need from danger, my only gun which I need to shot someone from danger and you my only bunny who I can hug everyday!"
Huh lawan kata romantis pula diorang ni.
Mereka gelak bahagia.
"Yang bunny tu macam tak kena je" kata Aryan membetulkan ayat Riana dihujung.
"Habis nak letak apa?" Soal Riana.
"Mr Mafia?"
"Nice sound" Sokong Riana.
"Mr Mafia Miss Spy"
Kata mereka serentak kemudian ketawa bagai semua masalah tak akan masuk campur dalam hal mereka lagi.
Biarlah cinta mereka mekar sehingga satu saat yang benar benar cinta mereka mati dan layu. Biarlah cinta mereka terus berjalan diruang waktu.
Berilah keizinan agar cinta mereka mampu melangkah seiringi dengan umur mereka. Biarkan. Biarkan cinta mereka mekar.
Terima kasih kepada cinta kerana mengajar mereka erti cinta yang sebenar. Percintaan yang indah tidak akan tamat jika kedua-dua hati bersatu bersama. Percintaan tidak akan mati jika salah seorang tidak membunuh ia.
Biarlah cinta itu terbang mencari pasangannya. Biarkan ia pergi bebas.
Walaupun kisah mereka tidak seperti Rapunzel. Tidak seperti Cinderella. Namun ia sudah cukup indah.
The past is a reason who I am now! Thanks for love who teach us what is true love. Even the ending not what the others think, thanks for the lesson.
Goodbye, Mr Mafia Miss Spy
Author
;)
YOU ARE READING
MR MAFIA MISS SPY
Actionstatus ; complete start ; 23 MEI 2019 end ; 6 OKTOBER 2019 karya pertama @sweetyairin QUIN ARIANA QAISARA Gadis yang baru meningkat dewasa tetapi sudah menjalani pelbagai cabaran hidup yang sukar. Tugasnya tidaklah semudah ABC dan 123, tetapi cuku...