DUA PULUH ENAM | SEMANGAT

7.4K 450 1
                                    

Riana duduk di tepi kolam rumah agam keluarganya seorang diri. Kakinya dijatuhkan masuk ke dalam kolam. Terasa setiap titisan air yang terkena kulit kakinya bagai menyalur ketenangan.

Matanya merenung dalam ke arah kolam.

Sudah seminggu papanya meninggal dunia. Tapi dia masih murung dan seakan akan tiada matlamat hidup. Dirinya bagaikan kosong.

Tin kosong.

Bukan kerana dia tidak meredhai ketentuan Tuhan. Hanya satu sahaja yang merasuk mindanya.

Sebab kematian papanya.

"Macam mana ayah saya boleh meninggal doktor?" Soal Riana saat seorang doktor lelaki keluar dari bilik yang menempatkan tubuh papanya.

"Dato Aziz bukan meninggal disebabkan penyakit yang dihadapi. Tapi apa yang kami siasat, ada saluran darah yang tersumbat dan banyak gumpalan darah menyebabkan darah tidak dapat berjalan dengan lancar. Jantungnya juga sudah lemah. Ini disebabkan satu cecair asid yang masuk ke tubuh ayah Cik." Terang doktor lelaki tersebut.

Riana tergamam. Termasuk juga dengan mereka yang ada disitu.

"Macam mana ni semua boleh berlaku?"

"Suntikan. Ayah Cik menerima suntikan cecair tersebut dengan banyak. Dan apa yang kami dapat, bahagian lehernya lebam kebiruan disebabkan dicucuk dengan jarum melebihi sekali dalam satu masa"

Riana sudah terdiam. Air matanya mengalir laju.

"Saya sarankan Cik untuk buat laporan polis" saran doktor tersebut dan berlalu pergi.

Riana bersandar di dinding hospital. Lututnya yang menggigil lemah itu membuatkan Riana jatuh terduduk.

Kenapa begitu kejam kematian ayahnya?

Mereka semua mendekati Riana.

"Riana kuat" kata Leen. Lengan Riana digosok lembut.

Leen dan Meera ketika itu juga baru tiba disebabkan satu serangan mengejut ketika di airport. Keluar sahaja mereka, mereka bergegas ke hospital apabila mendapat tahu Riana di sana.

Serangan? Biarlah rahsia.

"Riana, aku pergi buat laporan?" Izin Aryan.

Riana memandang Aryan dengan pandangan yang penuh air mata.

Riana merenung seketika.

Air mata di lap kasar sebelum bangun dari duduk.

"Korang tunggu sini. Aku ikut Aryan" arah Riana dingin. Terasa auranya yang satu itu.

Riana is back!

Mereka mengangguk.

"Jom"

Riana mengesat air mata yang berjujuran jatuh.

Kini dia keliru pula, sama ada untuk membalas dendam atau menuruti hasrat arwah papanya.

Hasrat yang sukar diterima Riana. Sehelai kertas yang dilipat kecil dikeluarkan dari poket seluar.

Papa nak Riana berhenti dari semua ni. Papa sayangkan anak papa. Sekarang kamu boleh hidup bebas sepertimana yang kamu harapkan. Tapi tolong, ikut permintaan terakhir papa. Papa nak kamu berhenti dari membunuh atau menyakiti sesiapa. Ya memang misi kamu, tapi cukup sampai sini sahaja kamu kotorkan tangan kamu dengan darah. Berhenti dari agensi. Pergi belajar seperti yang kamu inginkan

MR MAFIA MISS SPYWhere stories live. Discover now