ENAM | LATIHAN

10.1K 561 2
                                    

"What. Are. You. Try. To. Do?" Soal Riana satu persatu. Kepalanya digelengkan perlahan melihat keadaan bilik tersebut. Bilik yang asalnya bilik latihan kini sudah seperti bilik peperangan.

"Apa. Yang. Korang. Cuba. Buat?" Soalan yang sama tapi bahasa yang berbeza. Tangannya digenggam. Diri cuba ditenangkan sebaiknya. Tidak mahulah hanya perkara ini, persahabatan mereka pula yang tergugat.

"Aku malas nak marah ok. So, ikut aku, Madam James nak jumpa." kata Riana tenang saat tiada yang mahu membalas soalannya. Tarik nafas dalam dan hembuskan. Tenang sikit jiwanya.

Yang lain hanya mengangguk dan mula membuka langkah. Riana terlebih dahulu keluar dari rumah. Kakaknya pula sudah masuk kedalam bilik bersama Erina.

"Kenapa Madam James panggil?" Soal Amy. Rambutnya yang serabai diperbetulkan. Diikat bagi kemas.

Riana hanya diam.

Mereka semua mengangkat bahu apabila Riana hanya bertindak untuk diam. Marah mungkin? Atau bertenang?

Masing-masing bergerak ke kenderaan sendiri. Riana yang keluar terlebih dahulu dari kawasan parkir kereta terus memecut laju. Yang lain sempat atau tidak sahaja kejar.

Riana tanpa niat untuk memperlahankan kenderaannya terus memecut laju meninggalkan rakannya dibelakang. Bukan mereka tidak tahu jalan ke agensi.

Sampai di agensi, Riana terus mencapai hoverboardnya di locker. Dan terus bergerak tanpa menunggu rakannya.

Tidak seperti Leen, walaupun dia tiba bersama Riana, dia tetap menanti. Baginya, Riana sedang menyimpan amarah. Disebabkan tak nak dilepaskan, dia akan pergi jauh dari mereka.

Bukan Leen tidak tahu punca kemarahan Riana. Aurora yang tidak sengaja tadi memecahkan pasu bunga pemberian abangnya. Pasu bunga yang dibeli khas untuknya.

Sampai sahaja 3 gadis itu, terus mereka bergerak bersama kenderaan ringkas mereka.

Aurora hanya beriak selamba. Dia hanya tahu menyanyi. Menyanyi dan menyanyi. Mulutnya juga tidak lepas dari mengeluarkan sebarang suara. Jika tidak cakap, siulan yang akan menyapa halwa telinga.

Tibanya mereka dihadapan bilik Madam James. Kenderaan ringkas mereka diletakkan ditempat yang disediakan. Terlihat hoverboard Riana, menandakan gadis itu sudah tiba. Tidak seperti kebiasaannya, gadis itu akan ke bilik privasi mereka sebelum ke pejabat.

"Assalamualaikum," salam Amy. Pintu ditolak.

Penghuni dalam bilik itu menjawab perlahan. Riana hanya mendiamkan diri. Jawab salam hanya dirinya sahaja yang dengar.

"Baiklah, memandangkan semua sudah ada. Mari kita mulakan latihan." kata Madam James. Yang lain mengangguk kecuali Riana. Matanya tajam memandang Madam James.

"Tadi kata perbincangan. Ni tetiba latihan." kata Riana. Suaranya sedikit kuat dan dingin.

"Kalau saya kata latihan awak tak akan datang. Jadi dengan cara ini, kamu akan ikut serta mereka."

"Aku benci betullah dengan latihan!" kata Riana perlahan.

Madam James hanya menggeleng. Sudah faham dengan perangai Riana yang tidak suka latihan secara terangan. Latihan sebelum ini juga dia hanya berlatih di rumah.

Butang merah yang ada diatas meja ditekan, serta merta wujud sebuah pintu di satu dinding yang tidak dihiasi dengan apa-apa.

Mereka bangun dan menuju kebilik tersebut tanpa sebarang bunyi. Pintu bilik dibuka dan dapati 4 orang lelaki berbadan tegap sudah bersiap sedia.

"Latihan bendanya macam ni." rungut Riana. Sah-sah latihan ini akan disiarkan kepada sesiapa sahaja yang ada didalam agensi. Ini semua untuk penilaian. Jadi semua akan melihat mereka. Dan ini sesuatu yang tidak disukai Riana.

"Jemput masuk. Latihan akan dimulakan." Arah seorang wanita. Perlahan-lahan mereka menapak masuk.

Mereka berdiri bertentangan 4 lelaki tadi. Masing-masing sudah meregangkan otot dan bersiap sedia. Hanya Riana yang selamba.

Sesungguhnya, dia tiada mood hari itu. Dan mereka pasti, salah seorang dari lelaki itu akan tercedera parah akibat menjadi tempat lepasan amarah Riana.

"Start!!" Arah wanita tadi.

Mereka menjeling antara satu sama lain, sebelum Meera bergerak kehadapan. Melihat pergerakan Meera, dua orang jejaka mampir kehadapan.

Dengan sepantas kilat, Meera menumbangkan kedua duanya. Tapi dalam kelekaannya, seorang lagi menyerang dirinya dari belakang.

Meera jatuh terduduk saat kakinya disepak kuat. Tiga lawan satu mana adil. Secara automatik, Meera terkeluar.

Latihan yang diadakan akan berlangsung seperti, dimana salah seorang yang menjejakkan kedua-dua lutut ke lantai. Maka dianggap tersingkir.

Lantai bilik itu ditumbuk, "Latihan pun sakit macam ni ke?" Adu Meera. Sedikit kemarahan dalam nadanya.

Kini Aurora dan Amy pula menunjukkan aksi mereka. Dengan kepantasan kedua kedua mereka, kedua kedua lelaki tadi disingkirkan sekelip mata. Tapi malangnya, ketika Amy mahu menyepak lelaki ketiga, Amy terpijak tali kasut yang dipakai untuk menyepak dan tidak dapat menyimbangkan diri. Aurora dibelakangnya turut jatuh dan tersingkir.

"Kau ni lain kali ikat tali kasut tu betul2 lah." marah Aurora.

Kini, pertandingan sengit antara Riana bersama Leen dan dua lelaki. Siapa yang akan menang?

Riana bertindak dahulu. Berlari sepantas kilat ke belakang lelaki ketiga tadi dan menyepak tubuh lelaki itu dari belakang. Leen yang ada didepan lelaki itu menumbuk perut buncit lelaki itu bertubi tubi. Sehingga berdarah hidung lelaki itu, Leen yang baru melangkah terus terjatuh saat lelaki yang hidungnya berdarah menyilangkan kakinya dihadapan Leen.

"Ah shit! Bodoh kau." sempat Leen mengutuk. Mata menjeling sahaja lelaki tadi.

Kini hanya tinggal Riana. Dan inilah masa yang dimana salah seorang lelaki itu akan parah. Mereka hanya mampu melihat. Tak mampu menghalang.

Getah rambut berwarna biru yang diikat rambutnya dibuka. Kedua getah itu diregangkan. Kemudian, gelang yang dipakai dilengan digoyangkan. Dan gelang itu mengeluarkan bentuk segi tiga yang tajam dihujungnya.

"Time to play." kata Riana sinis.

Tubuhnya melompat sedikit dan kemudian kedua tangannya diletakkan diatas lantai serta kedua kaki menyepak kepala lelaki itu. Ala ala backflip gitu.

Kemudian getah yang dibuka tadi ditarik dan menyasarkan satu target sebelum dilepaskan.

Tubuh seorang lelaki bertatoo dileher menjadi sasarannya dari belakang dan getah itu dilepaskan.

Nampak seperti getah biasa tapi amat berbisa. Ini yang nak kata latihankan, jadi Riana tunjuk siapa latih siapa sekarang.

Tiada peraturan tidak boleh gunakan senjata. So siapa rasa akan menang?

Lelaki yang terkena getah tadi terduduk dengan satu lutut jejak lantai. Belum dikira tersingkir kerana bukan kedua lutut jejak.

Belum sempat lelaki itu bangun, satu sepakan diterima dari belakang tubuhnya. Dan akhirnya, lelaki itu jatuh menyembah lantai. Tidak sampai seminit dirinya tumbang, rakannya seorang lagi turut tumbang bersama dua giginya yang patah dan pipinya mengalirkan darah dari satu garisan seperti cakaran. Huk sakit. Gerakan Riana bagi mereka sungguh pantas.

Riana tersenyum puas. Belum kenal siapa Riana bukan? Jadi inilah dia, Quin Ariana Qaisara. Gadis campuran America.

Aurora menghulurkan sebotol air mineral namun ditolak lembut oleh Riana. Tanpa berkata, terus dirinya dibawa keluar.

Keluar sahaja dari bilik latihan itu, seperti yang diagaknya, bilik Madam James akan dipenuhi dengan lautan pekerja agensi. Tidak lain tidak bukan, menonton aksi siaran langsung tadi. Dalam celahan manusia, seorang hanya tersenyum sinis.

"Fikir hebat sangat? Aku lagi hebat." sinisnya.

Riana juga sedar dari tadi Mia asyik menjelingnya. Tah apa-apa je budak tu.

THANKS❤

MR MAFIA MISS SPYWhere stories live. Discover now