ENAM PULUH | PUJUK

7.3K 392 20
                                    

Riana mengetuk meja kerjanya berulang kali. Seketika matanya berpaling kepada handphonenya. Seketika pada kerjanya yang bertimbun. Dia sendiri tidak pasti mengapa. Yang pasti tiada sebab. Huh!

"Riana, ada orang nak jumpa" tegur Mel dimuka pintu.

"Siapa?"

"Ermm entah. Perempuan"

"Oh jemputlah dia masuk" izin Riana.

Mel mengangguk lalu keluar dari bilik Riana.

Riana pula sibuk mengemas mejanya yang berterabur dengan kertas kerja. Sana sini pen bersepah. Selesai itu, seorang gadis tinggi berwajah putih melangkah masuk ke dalam pejabatnya.

Riana senyum sahaja melihat gadis itu. Lebih senang bila gadis itu membalas senyumannya.

"Hai, I Jessica Ellisha. Call me Jess" huluran tangan diberikan tanda perkenalan.

"Hai, saya Quin Ariana Qaisara. So kenapa nak berjumpa dengan saya ye?" Balas Riana baik. Huluran tangan juga disambut.

"Tapi sekarang waktu kerja, boleh tak saya nak jumpa cik waktu lunch. Saya rasa tak elok saya kacau cik kerja"

"Ermm kalau kita pergi sekarang? Boleh? Sebab lunch nanti saya ada meeting. Kita duduk cafe je" ajak Riana pula.

Jess hanya mengangguk setuju. Kalau itu yang diperkatakan. Apa perlu dia buat. Tolak? Nampak sangat seperti tak ikhlas.

Mereka keluar bersama menuju ke lif. Mereka beriringan masuk ke dalam lif biasa. Riana tidak mahu rahsianya terbongkar begitu sahaja.

"Apa sebenarnya niat awak nak jumpa saya?" Soal Riana mesra. Dalam masa yang sama, hatinya berdetak hebat bagai akan ada satu tamparan yang akan menganggu fikirannya nanti!

Sampai sahaja di cafe, mereka duduk di kawasan paling dalam dan jauh dari pelanggan lain. Walaupun ketika itu, tiada sesiapa di sana.

Mereka memesan minuman dan memulakan sesi pertemuan mereka dengan berkenalan terperinci terlebih dahulu sebelum bercerita hal sebenar.

"Sebenarnya, saya ex girlfriend Aryan yang awak jumpa dekat cafe hospital berbulan bulan lepas" jujur Jess.

Riana yang mula terkejut itu mengawal riak. Mengapa mahu berjumpa dengan dirinya.

Adakah dia mahu meminta restu membenarkn Aryan berkahwin dengannya dan menggantikan Riana dengannya?

Atau

Memintanya jauh dari Aryan?

Atau

Melupakan Aryan dan mencari kebahagian sendiri?

Oh ini tidak boleh terjadi.

"Riana, saya bukan apa yang awak fikir. Niat saya bukan nak memusnahkan hubungan awak berdua" terang Jess apabila dapat membaca riak Riana yang tetiba memikir negatif padanya.

"Jadi?"

"Saya datang sini berjumpa dengan awak, mula mula sekali saya nak minta maaf kalau tempoh hari saya ada buat awak cemburu sebab saya terpegang Aryan di kafe masatu. Dan saya juga nak minta maaf jika kehadiran saya ni buat awak rasa tercabar"

Riana diam.

"Saya mengaku, kepulangan sebenar saya ke sini untuk meraih cinta Aryan kembali. Saya terlalu banyak buat salah dekat dia sampai sekarang dia tak terima saya. Saya mula sedar saya tak layak untuk dia bila saya tahu awak adalah penggantinya. Mudah sangat dia cari pengganti" gelak Jess dihujung ayat.

Riana pula hanya meleret senyum. Situasi seperti tidak mengizinkn dia ketawa.

"Jadi saya nak awak, tolong saya, jaga Aryan baik baik. Jaga dia sepenuh hati awak. Tolong jangan ulangi apa yang saya buat dekat dia. Saya sayangkan dia tapi saya tak mampu bahagiakan dia lagi. So saya harapkan awak untuk jaga dia"

MR MAFIA MISS SPYWhere stories live. Discover now