DUA | MISI

14.8K 680 28
                                    

Penghuni bilik itu segera memalingkan wajah saat pintu bilik itu dirempuh kasar dari luar.

"Wahai kawan-kawan yang aku sayangi, sesungguhnya kita ada misi sekarang. Jom cepat ikut aku!" kata Leen sambil kaki melangkah masuk ke dalam bilik Riana.

Payah juga nak percaya budak ni..

Nasi goreng Meera dimakan olehnya sesuka hati. Meera hanya menjeling.

"Ikut kau. Tapi kau melantak nasi aku!" suara dingin milik Meera membingitkan suasana sepi di dalam bilik itu. Wajahnya yang putih melepak itu kelihatan merah akibat menahan amarah. Leen yang sudah memasukkan beberapa sudu nasi goreng ke dalam mulutnya hanya tersenyum sumbing.

Dasar beruk!

"Mana kau tahu?" Aurora yang mengenakan busana kasual itu melontarkan soalan. Keningnya diangkat tinggi, curious.

"Madam James bagitahu aku tadi."

"Asal aku tak dapat apa-apa." suara lunak Riana pula kedengaran . Pantas handphone miliknya segera dikeluarkan.

Buka sahaja handphone itu, matanya dihidangkan dengan 20 missed call and 120 chat dari nombor yang sama.

"Oh my kambing! Eh, cepat la kita dah lambat." gesa Riana. Kaki melangkah kearah meja kerjanya. Segala dokumen disusun kemas.

Begnya disangkut ke bahu dan langkah dilajukan keluar dari kawasan tersebut. Ke semua rakannya turut bergegas keluar.

Masuk sahaja didalam lif. Satu butang yang menunjukkan anak panah ke bawah ditekan.

Itu bukan bermakna lif itu akan turun ke bawah seperti biasa. Tetapi butang itu akan membawa mereka terus ke bawah tanah.

Satu lagi butang berbentuk segi tiga hijau ditekan.

Dan muncullah, 2 hoverboards, 2 roller blade dan 1 skateboard di dinding lif tersebut. Boleh bayangkan, besar mana lif mereka.

Riana dan Aurora mengambil hoverboards, manakala skateboard diambil Leen. Meera dan Amy pula mengambil yang lebihnya.

Itu adalah kenderaan ringkas mereka yang diberikan khas oleh agensi.

Meera dan Amy mengetuk tapak kasut mereka dua kali ke lantai. Dan keluar cahaya biru disetiap roda kasut tersebut.

Masing-masing sudah bersiap sedia. Buka sahaja pintu lif. Mereka berlumba-lumba keluar.

Dan terjadilah perlumbaan tanpa rasmi menuju ke agensi.

----------

"Apa kamu fikir saya bagi kamu semua benda tu untuk berlumba ke? Saya bagi ni untuk kemudahan kamu datang ke sini. Bukan berlumba macam tadi. Dah la saya call takde siapa yang jawab." walaupun intonasinya agak lembut tapi ada ketegasan dalam ayatnya yang mampu membuatkan 5 gadis itu tertunduk.

"Kamu semua ni dah 21 tahun.. bukan 12 tahun lagi. Kalau dulu, yelah saya terima. Ni? Haishhh susah cakap dengan kamu ni lagi. Masing-masing dah besar panjang. Fikir-fikirkan apa yang saya cakap." sambung wanita itu lagi.

Mereka hanya tertunduk senyum. Malu pula kena marah.

"Kamu ada misi yang perlu kamu selesaikan."

5 gadis itu mengangkat kepala.

"Cari maklumat mereka dan hapuskan mereka."

Riana tergamam. Fail yang diberikan itu benar-benar mengejutkan dirinya bahkan rakannya juga.

Nama diatas helaian pertama itu dibaca.

"Tak payah terkejut sangat macam nampak harimau berenang. Sebelum ni pun kamu semua dah pernah buat." kata Madam James sinis.

MR MAFIA MISS SPYWhere stories live. Discover now