Mereka turun seorang demi seorang. Keadaan gudang yang agak sunyi dan lenggang memudahkan kerja mereka. Riana yang turun terlebih dahulu mengawal kawasan hanya mengangguk menandakan 'ok'.
Barulah yang lain ikut turun. Perlahan dan senyap. Tiada sebarang bunyi yang dihasilkan. Clean.
"Aku dan Amy akan pergi tingkat 3. Meera dan Aurora pergi bawah sekali. Kau, Leen. Duduk sini. Pape roger. " arah Riana. Lima pasang earpod diberikan kepada kawannya dan disumbat ke dalam telinga.
Masing-masing mula melangkah pergi. Riana dan Amy perlu mencari tangga untuk naik ke tingkat atas disebabkan mereka turun dari bumbung ke tingkat 2.
Perlahan sahaja mereka bergerak. Sampai sahaja ditingkat atas, mereka terdengar anjing menyalak. Mereka menoleh dan melihat seekor anjing berlari kearah mereka sambil mengeluarkan bunyi yang kuat dan bising.
Riana dan Amy terus berlari memasuki satu ruang bilik yang terdekat. Sebelum masuk, Amy sempat menembak anjing itu dengan pistol yang mengeluarkan picagari cecair tidur. Biar je anjing tu tidur lama-lama.
Masuk sahaja ke dalam bilik itu, mereka tergamam. Pelbagai senjata api dan bomb disusun rapi dan kemas. Satu persatu dibelek.
Berjenama. Mahal. Kuasa kuat. Canggih.
"Riana, kau tahu kan. Benda ni just The Dark Blue mafia je yang jual." kata Amy. Bomb ditangannya dibelek. Ada tulisan The Black Eagle yang diukir cantik berwarna emas.
"Tahu, aku rasakan diorang ada pengaruh besar. Ikut apa yang aku cari semalam, kumpulan ni dianggarkan ada 20 pengaruh utama di seluruh dunia. Yang kau kata kawasan terbesar dekat Amerika tu, tu salah satu kawasan pengaruh diorang." Terang Riana.
"Aku nak tanya,"
"Apa?" Jawab Riana. Tumpuannya kini pada Amy apabila intonasi gadis itu seakan akan perlahan dan down.
"Kau yakin ke nak buat misi ni?" Soal Amy ragu-ragu.
Riana diam sejenak. Kerjanya terhenti. Nafas ditarik.
"Aku pasti." kerjanya disambung.
Amy hanya mengangguk. Kekadang dia terfikir, patut ke dia buat misi ni? Misi ni membawa risiko yang tinggi. 50-50 sahaja keselamatan mereka. Sebelum ini hanya group kongsi gelap, gangster sahaja. Tapi ini Mafia. Lagi lagi mafia Malaysia. Memang selama ini mereka pernah tumpaskan 3 kumpulan mafia. Tapi itu kumpulan yang kecil sahaja. Ia juga boleh dikategorikan dalam kumpulan 'gangster besar'.
Tetapi misi kalini adalah kumpulan yang betul-betul besar. Nak nak 20 pengaruh ada. Belum tentu mereka berjaya bunuh kumpulan ini, mereka akan hidup tenang. 20 pengaruh itu akan mencari mereka sehingga lubang cacing. Ke mana mereka nak lari kalau satu masa nanti identiti mereka diketahui umum?
Amy asyik memikirkan semua itu. Namun semuanya ditolak ketepi. Mereka sudah melakukan pun. Mereka akan habiskan. Kerana itu misi utama, sekali masuk ke dalam permainan, habiskan permainan walaupun nyawa sendiri yang menjadi habuan.
Sedang ralit membelek, telinga Amy menerima satu pesanan.
"Tolong, kami diserang" - Aurora
Riana yang sibuk berjalan keliling bilik itu ditepuk bahunya. Isyarat mata diberikan kearah pintu sudah cukup untuk Riana faham. Kepalanya diangguk.
"Leen, turun bawah sekejap" - Meera
"Jap, aku tak boleh turun sekarang. Aku kena serang. Dah lah aku sorang. Shit!"
Sempat mereka mendengar bunyi tembakan di sebalik earpod yang dipakai.
YOU ARE READING
MR MAFIA MISS SPY
Actionstatus ; complete start ; 23 MEI 2019 end ; 6 OKTOBER 2019 karya pertama @sweetyairin QUIN ARIANA QAISARA Gadis yang baru meningkat dewasa tetapi sudah menjalani pelbagai cabaran hidup yang sukar. Tugasnya tidaklah semudah ABC dan 123, tetapi cuku...