TIGA BELAS | MARAH

8.6K 516 31
                                    

Riana yang tersedar dari lena hanya merenung siling seketika sebelum diri dibawa turun ke tingkat bawah.

Terasa kering pula tekak. Saat kaki mahu melangkah masuk ke dapur, terdengar sesuatu bunyi yang agak aneh di pendengaran.

Riana hanya mampu melihat di sebalik dinding. Apabila sudah mengecam susuk tubuh yang membelakanginya dalam gelap, lampu dapur segera dihidupkan.

Dalam masa yang sama, gadis itu menoleh sambil mengacukan pisau yang tajam kearahnya.

"Woah, Aurora. Chill, its me, Riana." kata Riana. Tubuh disandarkan ke dinding.

"Kau buat apa turun dapur pagi-pagi  ni?" Soal Aurora seperti tidak puas hati.

"Aku haus. Kau buat apa dengan pisau tu?" Soal Riana kembali. Tanpa menjawab, Aurora meletakkan hujung pisau di pergelangan tangannya.

"Ya Allah Aurora. Kau kenapa ni?" Terkejut dibuatnya ketika itu. Kedudukannya juga agak jauh memandangkan ada sebuah meja memisahkan kawasan mereka.

"Kau jangan masuk campur. Dah takde guna aku hidup lagi pun. Biar aku mati je," kata Aurora mendatar.

"Tak, Aurora. Aku perlukan kau. Please, don't do this." rayu Riana. Tubuhnya cuba dibawa dekat.

"Kau jangan dekat. Kalau tidak dengan kau sekali aku bunuh." larang Aurora. Pisau di tujukan kepada Riana yang semakin hampir.

"Tak jangan. Aku ada untuk kau kalau kau nak someone dengar story kau."

Zass!

"Arghhhh!" jerit Riana kuat.

Dalam masa yang sama, Rai, Meera, Leen dan Amy turut sama terjaga dan berlari memasuki ruangan dapur apabila terdengar jeritan Riana.

Aurora segera melepaskan pisau yang di pegang. Dirinya kini di selubungi ketakutan.

Riana hanya terduduk bersandarkan kabinet dapur. Tapak tangannya yang berdarah banyak hanya dapat dilihat dan ditahan rasa perit. Serius sakit weih.

"Aurora kau kenapa?!" Marah Amy tanpa sedar. Tubuh gadis itu di tolak kasar.

Aurora menoleh dan mengundur serta menggeleng. Tubuh dibawa bersandar di dinding sambil mata memandang Riana yang dalam kesakitan.

Riana sudah menangis teresak dalam kesakitan.

Tidak tunggu lama, Aurora terasa seperti ada cecair yang masuk kedalam kulit lehernya. Sebelum pandangannya gelap dan terbaring disitu.

Picagari yang dipegang Rai dicampak jauh dan kotak first aid kit di dalam laci kabinet dapur dikeluarkan sebelum menuju kearah Riana.

"Tahan sikit dik," kata Rai. Kapas dan pembalut luka dikeluarkan.

Saat cecair pembersih luka menyinggah di lukanya, Riana menjerit kecil dan berdecit sakit. Dahinya berkerut serta berpeluh menahan sakit dan pedih.

Tubuh Aurora sudah dibawa ke sofa. Tubuh gadis itu sudah kurang panasnya. Tapi dari fizikal, sudah nampak gadis itu seakan akan serabut dan sedang mengalami stres. Apabila gadis itu lena, nampak tenang sahaja wajah itu.

Jam yang tergantung diatas tv diperhati.

Baru 6:00 pagi. Masih awal untuk bersiap ke kerja. Nasib solat subuh sudah ditunaikan.

Riana yang sudah siap berbalut tapak tangannya mula menaiki tangga. Panggilan dari kawannya juga tidak dihiraukan.

Bam!

Mendengar hentakan pintu itu, sudah semestinya menandakan Riana marah.

Mesti gadis itu tidak boleh terima apa yang di lakukan Aurora. Mesti gadis itu terasa.

MR MAFIA MISS SPYWhere stories live. Discover now