MMMS | SPECIAL CHAPTER 02

8K 392 8
                                    

"Abang, bangunlah. Diorang semua dah siap dah tu. Diorang nak pergi masjid, solat raya. Cepatlah" kejut Riana. Tubuh tegap Aryan digoyangkan.

"Hmm" hanya itu balasan yang dikeluarkan.

"Abang? Bangunlah"

Aryan sedaya upaya membuka matanya walaupun perlahan lahan. Riana pula setia menunggu.

"Awak ok ke tak?" Soal Riana bila lihat wajah cemberut Aryan. Nampak lesu.

Aryan sekadar mengangguk dan turun dari katil. Tuala di penyangkut tuala diambil dan kaki melangkah ke bilik mandi.

Riana hanya menanti suaminya selepas itu.

Sementara di ruang tamu

"Eyyy apa ni?"

"Awak dah kalah. Awak kena terima. Dah cepat sini. Awak kena denda"

"Tak lah Harriz. Awak yang sabotaj saya kan?" Marah Leen. Bahu Harriz ditepuk.

"Bukan saya yang buat bemda bangang ni. Kawan awak yang buat ok" bohong Harriz.

Sedangkan sebelum mereka membuat cabaran tersebut, Leen bangun dan bergerak ke dapur. Mengisi air sebanyaknya.

Kemudian Harriz meletakkan cecair merah banyak ke dalam bekas Ramen milik Leen.

"Iye dia yang bu.... urmm urmm urmm"

"Awak diam boleh tak?" Bisik Ari ke telinga Meera.

Meera menjeling suaminya tajam. Tapak tangan Ari ditepis kasar. Lengan Ari pula ditepuk Bella, anak sulung mereka.

"Jangan buat mama gitu" marah Bella.

Leen sudah menjeling Harriz yang sedang menggaru belakang tengkuknya.

"Siap awak Harriz. Saya kerjakan awak cukup cukup" Leen bangun dari duduk dan terus berlari mendapatkan Harriz. Manakala Harriz sudah mula melarikan diri.

"Mummy, daddy" jerit suara kecil itu yang sedari tadi mendiamkan diri.

Riana dan Aryan memandang pasangan kekasih yang berlari itu keluar rumah. Mereka menghiraukan apa yang jadi. Minda tak cergas lagi kot pagi-pagi ni.

"Apa yang korang buat ni?" Soal Riana tegas.

"Hah saje je buat" balas Aariz.

"Tu dah kenapa lari-lari?" Soal Aryan pula.

"Tu dah kenapa suara serak tu?" Soalan Aryan tidak dibalas Ari. Malah dibalas pula dengan soalan lain.

"Demam sikit" balas Riana ringkas.

Mereka mengangguk.

Para Adam semua bangun dari duduk. Punggung masing-masing digosok dan ditepuk menghilangkan habuk.

"Macam duduk atas pasir" perli Amy.

"You diam eh. " kata Amir.

Amy menjelirkan lidah sebelum melangkah ke dapur membantu Riana.

Manakala para Adam semua keluar rumah untuk ke masjid. Bunyi kereta masing-masing macam nak pergi berlumba. Atau saje nak kejut jiran sebelah pergi masjid? Itu mereka tidak dapat tebak.

Otak masing-masing senget, adalah tu aktiviti haram yang akan dibuat.

VROOM.. VROOM..

Riana hanya perhati kereta suaminya yang keluar laju dari pagar rumah. Dan diikuti kereta yang lain.

"Siapa kalah belanja mercun!!" sempat lagi mamat ni jerit. Hmm dah agak dah!

Selepas beberapa minit mereka pergi, Liana dan Bella yang sibuk bermain dengan patungnya di luar rumah berlari anak mendapatkan Riana. Wajah mereka pucat lesi. Takut barangkali.

MR MAFIA MISS SPYWhere stories live. Discover now