EMPAT PULUH LIMA | CARI

7K 412 3
                                    

"Kau serius ke Riana? Kau sanggup duduk dalam bilik pertahanan tu?" Soal Amy tidak percaya selepas mendengar segala keterangan yang disampaikan Riana sebentar tadi.

Riana mengangguk.

"Kau jangan main main Riana. Aku bukan apa lah, nanti kita juga yang malu tau. Kita ni bukannya diorang tak kenal, Best Group Every Year kot. Tak akan nak batalkan misi gitu je" kata Leen pula dengan riak tidak fahamnya. Walaupun sebelum ni, dia juga mahu batalkan misi.

"Aku pun fikir benda yang sama. Tapi kau fahamkan situasi aku sekarang, aku tunang dia so its means a part of my family jugalah kan. Tak akan aku nak bunuh dia. Nanti mummy fikir apa pula. And dia pulak partner business kita. Kau rasa kita tak rugi ke kalau dia mati and benda yang kita handle tu batal macam tu je. Rugi weih." duga Riana.

"Tapi kalau korang taknak. Aku ok je undur diri. Seorang diri" sambung Riana lagi. Suaranya kini turut mengendur. Seakan akan faham apa yang difikirkan rakannya.

"Kitaorang bukan taknak ikut cadangan kau. Tapi...."

"Kalau korang rasa ok. Ikut korang. Tapi serius aku tak sanggup" potong Riana.

Suasana diam seketika.

"Kalau kau rasa benda ni terbaik untuk kita. Kau buatlah apa yang kau rasa. Aku sebagai tertua dekat sini just buat apa yang patut. Kalau kau rasa kau nak undur diri, kau bagitahu Madam. Kalau rasa nak stay, kau buat semampu kau. Aku nak balik dulu. Dah lambat ni" kata Amy sambil mengemas barangnya. Leen and Meera juga melakukan benda yang sama.

"Siapa nak teman aku harini?"

"Ah kau dah baik. Aku rasa kau boleh kot handle sorang sorang. Kan? Kau kan berani" usik Meera.

"Otak anda. Kalau ada apa apa macam mana?"

"Call Aryan. Hero kau kan" Leen bersuara pula.

"Esok kitaorang kena handle satu mesyuarat pasal projek baru. Dah lama tertangguh tu sebab jaga kau. Alang alang kau dah sedar ni, kau jaga lah diri kau sendiri dulu ye. Lepas meeting kitaorang datang lagi" pesan Amy. Riana hanya mengangguk.

"Bye Riana" ucap Meera dan diikuti yang lain keluar dari bilik Riana.

Ok. Waktu membosankan telah pun tiba.

----------

"Macam mana? Dah jumpa?" Soal Aryan seraya duduk di sebelah adiknya. Air kopi ditangan dicicip perlahan.

"Kau sure ke nak cari pasal diorang? Sebab aku rasa diorang dah tak ganggu kita lagi" kata Hayden. Pen ditangannya dimainkan.

"Sekarang memang takde. Tapi yang lepas? Kau rasa aku akan lepaskan. Rugi kita tu berjuta tau. Dengan Kevin tak jumpa lagi. Tah tah dia dah mati"

"Aku hampir lupa budak bebal tu" celah Aariz.

"Susah bro nak detect diorang. Seperti yang aku cakap dulu, diorang ni lain dari yang lain. Buat kerja clean. Takde jejak yang tinggal. Tapi aku not sure kalau diorang tu adalah perisik rahsia. Sebab apa yang aku godam dekat agensi diorang ni, memang takde kumpulan nama Black Angles. Kalau ade pun, Black Angles Mafia. Itu apa yang aku dapat lah" terang Amir sambil menunjukkan satu persatu slide tentang apa yang mereka bincangkan. Masing masing mempamerkan wajah serius mereka.

"Cari siapa Black Angles Mafia tu" arah Harriz

Tanpa membuang masa, papan kekunci komputer ribanya ditekan tekan. Tidak sampai setengah jam, segala maklumat dipaparkan di screen putih didepan mereka.

"Ni semua nama nama Mafia yang paling tertinggi rankednya. Dan Black Angles Mafia tu bawah kita" terang Amir sambil menunjukkan ranked dunia gelap itu.

"Wow aku tak sangka kumpulan kita paling hebat" puji Aariz tiba-tiba.

Serta merta mata mereka memandang Aariz dengan pandangan membunuh.

"Kau dah berapa lama ketinggalan ni? " sinis Aryan. Tangan disilangkan ke dada.

"Kau demam ke? Kumpulan kita memang hebat dari dulu" kata Hayden pula.

"Iyelah aku tahu. Maksud aku, takde siapa boleh kalah kan kita"

"Macam budak budak ah kau. Bagi kau makan kasut aku baru tahu" perli Amir

"Proceed" arah Aryan.

Perbincangan mereka terus bersambung sehingga segala maklumat yang mereka dapat berada ditangan mereka begitu sahaja.

---------

"Ye. Baiklah. Dalam masa terdekat misi kami selesai" panggilan dimatikan.

Riana buntu. Apa yang patut dia lakukan? Segalanya telah disediakan agensi. Tadi dia dapat panggilan dari agensi nama kumpulan mereka telah dikeluarkan dari agensi kerana blog agensi digodam. Dan nama mereka dipindahkan kepada kumpulan mafia. Macam tak masuk akal. Tapi itulah kenyataan.

'Patut ke aku bagitahu? Patut ke. Patut ke.' Gumam Riana sendiri.

"Papa tahu anak papa kuat. Anak papa sorang ni kan berani. Mampu buat apa sahaja demi keluarga dengan orang tersayang. Jadi papa yakin kamu boleh handle misi ni"

"Tapi papa kena janji dengan Riana. Papa ada untuk Riana"

"Ye papa janji sayang. Riana kuat. Riana berani. "

Janji. Janji 6 tahun lepas. Ketika umurnya lima belas tahun. Dimana tanggunjawab seorang perisik rahsia dibahunya. Misi pertamanya. Pada usia muda. Tapi mana janjinya. Dia sendiri tempuh itu seorang diri.

"Riana tak kuat papa. Riana tak berani" kata Riana sendiri tanpa sedar air matanya meleleh. Entah untuk kali ke berapa, air matanya asyik jatuh. Lemah. Itu yang dia rasakan ketika itu. Terlalu lemah.

Segala sikap dinginnya. Segala sikap kejamnya. Pergi begitu sahaja. Kini hanya Riana yang lemah.

"Kenapa kau nangis?" Soal satu suara.

Riana berpaling seraya Riana menggeleng.

Tersenyum kecil dia saat melihat Aryan dengan kemeja kerjanya datang hampir ke arahnya.

"Lambat awak balik kerja hari ni"

"Banyak kerja aku kena selesaikan. Pastu Amy call aku kata kau dah sedar. Sebab tu aku terus datang sini" jawab Aryan. Kerusi di sebelah katil Riana tempat dimana punggungnya dilabuhkan.

"Kenapa tak balik dulu? Esokkan boleh datang. Dah pukul 10 malam ni"

"Aku malas nak keluar rumah lagi. Kau dah makan ke belum?"

Riana mengangguk.

"Awak belum makan?"

"Aku ingat nak pergi makan. Tapi aku fikir kau tak makan lagi. Sebab tu aku naik dulu. Nak ajak kau makan sekali"

"Jom saya teman awak makan." Ajak Riana dengan sinaran matanya. Suka dapat keluar wad walaupun seketika.

"Eh eh. Tak payah. Aku pergi makan sekejap. Pastu aku naik balik. Kau duduk sini diam diam" halang Aryan tegas

"Tapi saya nak ikut. Pleaseee" rayu Riana.

"When I say no. It means no. Kau kena faham tu"

"Aryan~ nk ikut~ " pujuk Riana dengan panggilan yang meleret.

"Aku ambil kerusi roda kejap. Kau tunggu sini"

Riana sudah tersenyum suka. Dari situ, dapat dilihat layanan Aryan yang mula berubah terhadap dirinya. Tapi tak mungkin itu akan berkekalan.

Serta merta senyuman manisnya mati. Patutkah dia putuskan pertunangan ini?

Cincin dijari manisnya dibelek.

"Riana. Jom"

Riana turun dari katil dengan bantuan Aryan.

Hatinya berdetak berharap memori manis ini tidak hilang begitu sahaja.

MR MAFIA MISS SPYWhere stories live. Discover now