TIGA PULUH LAPAN | MATI

7.3K 419 11
                                    

Tok. Tok.

Riana yang sedang termenung di birai katil memandang pintu dengan pandangan kosong.

Tok. Tok.

Sekali lagi pintu diketuk. Dengan langkah malas, Riana bergerak membuka pintu.

"Apa?"

"Turunlah. Makan malam. Kau sorang je tak turun lagi" kata Ari secara paksa.

"Taknaklah. Aku kenyang. Korang makanlah dulu. Aku nak tidur" balas Riana acuh tak acuh. Pintu ditutup.

Ari yang melihat tindakan yang kurang bijak Riana segera menahan pintu bilik tersebut.

"Kau nak apa?" Soal Riana berang.

"Cerita"

"Kau demam apa ni? Tiber je nak suruh orang cerita. Gila dah?" Perli Riana.

"Aku tahu kau nak bercerita. Cepat aku dengar. Aku takde masa ni" gesa Ari.

"Ey kau ingat aku ni nak masuk pertandingan bercerita ke? Kau takde masa, kau pergi turun sana. Tercegat kat sini buat apa?!"

"Eh Riana. Aku bukan kenal kau 1 jam lalu. Dari kau kecik. Taik kau pun aku basuh dulu. Tak akan aku tak kenal kau macam mana? Kau suka sangat nak pendam perasaan tu. Time aku takde, sibuk nak share itu ini. Time aku ada sekarang, takde pulak kau nak share. Masalah lah kau ni." Bebel Ari panjang. Serupa mak nenek.

"Aku tak tahu nak cakap apa. Aku tak faham apa apa. Semua berlaku dalam satu masa. Aku penat. Aku perlukan rehat. Aku ingat aku pergi bercuti, aku boleh rehatkan fikiran. Tapi aku makin serabut" luah Riana sendiri. Mukanya membuktikan segalanya. Segala perasaan bermain di riak wajahnya.

"Mana Riana yang aku kenal dulu? Sejak bila kau jadi macam ni Riana? Kau kalah sebab cinta? Serius Riana? Since when? Aku tak kenal lah Riana yang lemah ni"

"Aku tak tahu. Sejak aku kenal erti cinta. Semuanya aku lupa. Betullah kot kata orang. Cinta itu buta" titisan demi titisan menyentuh bumi.

"Riana, kau ingat tau. Walau apa apa pun yang kau rasa. Kau tolong share dengan kawan kau. Kalau taknak. Aku ada je ni. Kau jangan simpan sorang sorang. Aku tak nak Riana aku menangis. Please, apa apa ceritalah dekat orang. Stop nangis." Kata Ari lembut. Tubuh adiknya dipeluk erat. Rambut panjang mengurai Riana diusap lembut. Cuba mengalurkan kekuatan.

"Kuat ok. Aku tahu kau ada masalah dengan Aryan. Aku percayakan Aryan. Aku kenal dia. Sangat sangat kenal. Sebab tu aku suka bila kau dengan dia bersama. Tapi apa yang aku nampak, korang seakan akan tak sebulu. Ingat Riana, kau bukan manusia biasa. Memang kau ada support. Tapi tak semua benda kita bergantung pada orang lain. Usaha. Trust Aryan. Aku nak kau sentiasa ada dengan Aryan je. Percayakan dia. Dia je mampu jaga kau" pesan Ari panjang. Riana hanya mengangguk.

Walaupun dunia Ari dan Riana tidak sama. Tapi mereka masih melengkapi sesama sendiri.

Ari adalah seorang ketua mafia. Riana adalah seorang ketua spy. Namun mereka melengkapi atas dasar adik beradik. Ibu bapa mereka juga berlainan. Mamanya bekas ketua mafia. Manakala papanya bekas ketua spy.

Keluarga dua dunia. Jadi tidak peliklah kalau Ari mengenali siapa Aryan. Namun rahsia itu disimpan rapi dari Riana.

"Jom turun. Diorang dah tunggu" ajak Ari. Pelukan dilepaskan.

Riana menutup pintu dan menguncinya.

Aryan yang melihat pemergian dua beradik itu terus berlari. Tidak mahu lokasinya kantoi. Dari tadi dia terdengar perbualan dua beradik itu. Ter ok. TER.

Otaknya masih ligat bertanya tanya. Siapa Riana?

---------

Mereka berjalan jalan di pasar mini tersebut. Pasar mini yang cantik dan ramai pengunjung tiba. Satu satunya pasar yang menjual pelbagai cenderamata.

MR MAFIA MISS SPYWhere stories live. Discover now