Mereka yang ada didalam bilik mesyuarat itu berpaling ke arah pintu saat seorang gadis dan suara tangisan bayi menghiasi ruang bilik tersebut.
"Sorry lambat, tapi boleh tak, nak cakap dengan Riana sekejap." pinta Leen. Bayi didalam gendongannya ditepuk agar tangisan bayi itu reda.
Senyuman diberi sekilas saat matanya memandang seorang jejaka yang pernah ditemuinya, Tengku Harris.
"Saya keluar sekejap." pamit Riana. Penghuni bilik itu hanya mengangguk membenarkan.
Ketika Riana mula menapak keluar dari bilik, tangisan bayi itu sudah reda. Mungkin sebab penat menangis dan bayi itu tertidur.
"Eh, anak siapa kau ambil ni Leen?" Bisik Riana dengan dahi yang berkerut.
"Hello, sepatutnya aku yang tanya kau, anak siapa ni. Aku jumpa budak ni atas sofa bilik kau time aku nak hantar fail tadi." Balas Leen. Nada suaranya diperlahankan. Lengan Riana dicubit.
"Ish, bila pulak aku bawa masuk budak ni? Aku sorang jelah tadi." lengannya digosok.
"Habis kau ingat budak ni boleh terbang ke dari mana datang ke pejabat kau. Eh, tak logik lah."
"Kau dah tanya Mel? Mana tahu ada orang masuk bilik aku." soal Riana. Bayi didalam dukungan Leen dipandang sekilas.
"Dah, dia kata di tak perasan pula. Tapi tak tahulah time dia pergi tandas tadi. "
"Ehemm.. maaf. Boleh kita batalkan mesyuarat hari ni. Aku ada hal yang tak dapat nak dielakkan." kata satu suara dingin.
Kedua mereka terus berpaling.
"Oh Encik Aryan. Kalau itu disebabkan mesyuarat dibatalkan. It's ok, apa-apa saya akan inform pada Encik." balas Riana bersama senyuman.
"Terima kasih."
"Encik tak nak minum dulu ke?" Soal Riana ketika melihat jejaka itu mahu melangkah pergi.
"Takpa, lagipun tak payah berencik-encik dengan saya. Saya belum tua. By the way, kitakan dah deal nak jadi kawan. Lecehlah dengan panggilan macam tu." kata jejaka itu dan berlalu pergi.
4 jejaka yang baru melangkah keluar terus mengikuti langkah Aryan.
"You tak payah ambil hati dengan abang I. Dia memang macam tu." kata Aariz. Celah mana dia muncul pun tak tahu.
"Eh takdelah. Terima kasih sekali lagi sebab sudi datang." kata Riana bersama senyuman.
Aariz hanya mengangguk dan melangkah pergi.
Riana membawa dirinya kembali mendekati Leen.
"Selain budak ni, apa lagi yang kau jumpa?"
"Aku jumpa budak ni dalam kotak. Aku tak tahu pulak dalam kotak tu ada something." balas Leen. Tangannya setia menepuk punggung bayi itu dengan lembut.
Meera, Aurora dan Amy yang baru hendak mendekati mereka mematikan langkah dan berpatah balik apabila Leen dan Riana menuju kearah mereka.
Riana meneruskan langkah mendekati pejabatnya. Pintu pejabatnya dibuka kasar.
Blazer yang tersarung ditubuhnya dibuka dan diletakkan diatas meja. Kotak yang ada diatas sofa diambil dan diselongkar.
Terdapat 3 jenis sampul surat berlainan warna. Biru, coklat dan putih.
Leen, Meera, Aurora dan Amy hanya memerhati.
Kertas yang ada didalam sampul putih dikeluarkan. Bait-bait ayat dibaca perlahan sehingga tiada satu pun maklumat tertinggal.
YOU ARE READING
MR MAFIA MISS SPY
Actionstatus ; complete start ; 23 MEI 2019 end ; 6 OKTOBER 2019 karya pertama @sweetyairin QUIN ARIANA QAISARA Gadis yang baru meningkat dewasa tetapi sudah menjalani pelbagai cabaran hidup yang sukar. Tugasnya tidaklah semudah ABC dan 123, tetapi cuku...