ENAM PULUH SATU | LUAHAN

7.1K 422 16
                                    

Mereka susun satu persatu barang mereka yang bersepah kecuali Riana yang sibuk mencari kelibat kucingnya. Merata tempat dan seluruh pelusuk rumah dicari, namun kelibat itu masih tidak ditemui. Hatinya resah.

"Ruby, meow" berkali kali panggilan itu dilaung, namun kelibat kucingnya masih tidak kelihatan.

"Riana!!!!!"

Mereka semua berpaling mencari punca bunyi. Tiba tiba, Meera berlari keluar dari dapur dengan wajah pucat dan berpeluh.

Mereka semua mendekati Meera. Nampak ketara tubuh Meera mengigil ketakutan.

Riana berjalan memasuki dapur cuba mencari apa yang membuatkan Meera mengigil begitu. Pintu bilik air dibuka, membulat matanya bila melihat sekujur tubuh yang terbaring berlumuran darah.

Hatinya mula sebak.

Kucing yang dijaganya dengan baik mati dalam keadaan kejam. Terlalu kejam.

Perutnya dirobek. Lehernya dikelar. Telinganya dipotong. Kakinya dikerat sebanyak mungkin. Sedaya upaya Riana menahan air mata. Tidak mampu melihat babak yang menghayat hati. Dia keluar dari situ dengan seribu satu perasaan terbuku di hatinya.

Riana berjalan mendekati mereka dengan riak tidak berperasaan. Tidak tahu bagaimana mahu memberi reaksi.

"Korang pergi check dalam bilik air." arah Riana. Mereka hanya akur.

Amy yang melangkah dulu agak terkejut bila dia tiba di kawasan situ. Lalat lalat kecil yang mula berkeliaran disitu ditepis Leen. Walaupun dia takut dengan kucing, tapi masih Leen mendekati kucing itu.

Leen menggunakan plastik yang ada untuk mengalihkan kucing itu apabila matanya tertatap pada sehelai kertas.

Say bye to this world. Korang akan mati dekat tangan aku.

-black eagles mafia.

Walaupun berlumurn darah, dapat dibaca dengan jelas bila dibasahkan dengan air.

Leen sudah menghembus nafas geram. Amy dengan riak tenang menggenggam penumbuk. Riana dengan wajah ketatnya.

Jam ditangan dikerling.

4 petang, masih ada dua jam sebelum waktu pejabat tamat.

Pantas kakinya mencapai kunci kereta. Rakan rakannya yang melihat hanya diendahkan. Dia mahu selesaikan hari ini juga. Tak kira apa yang berlaku. Dia sudah tidak tahan. Sehinggakan kucing yang tidak berdosa pula menjadi mangsa.

Lebih kurang 15 minit diatas jalan raya, Riana sampai di sebuah bangunan yang besar dan gah. Menjadi tumpuan ramai dan dikenali. Tapi lepas ini, tiada lagi. Penghuni syarikat ini akan meninggalkan syarikat ini. haha.

Butang lif ditekan kasar. Buka sahaja pintu lif, Riana melangkah keluar dengan wajah dinginnya. Pekerja pekerja disitu yang melihatnya tidak dihiraukan. Malah seorang gadis yang mengikutinya dan cuba menghalangnya juga tidak diambil peduli. Sehinggakan gadis itu ditolak berkali kali.

Sampai di pintu bilik pejabat seseorang, Riana menolak pintu itu kasar. Sekasar yang boleh.

"Maaf cik. Cik tak dibenarkan masuk"

"Awak takde hak nak halang saya! Ini antara saya dengan boss awak. Awak tolong duduk dan hanya buat kerja" jerkah Riana.

Gadis yang mengikutinya kembali duduk. Belum sempat Riana menolak pintu itu kembali. Pintu terbuka sendiri dari dalam. Riana agak terkejut dengan kehadiran Aryan didepannya.

"Apa masalah dekat sini?" Soal Aryan kepada Riana.

"Saya nak bercakap dengan awak" balas Riana tidak berperasaan.

MR MAFIA MISS SPYWhere stories live. Discover now