EMPAT PULUH LAPAN | JANJI?

6.9K 423 10
                                    

"Kau cakap apa Riana?" Soalnya lagi.

Riana hanya mendiamkan diri dan menunduk. Tidak mahu bertentangan mata dan berlawan mulut bercakap dengan mamat di depannya kini. Kan dah kata dia mahu bersendirian.

"Riana, kau ok atau tak?"

Riana mengangguk pantas.

"Kenapa kau menunduk?" Soal Aryan sambil ikut tunduk mengintai wajah Riana.

"Ish apa awak ni? Waras tak?"

"Aku tanya kenapa, kau menunduk"

"Biarlah. Sibuk sangat kenapa?"

"Eh eh minah ni. Aku tanya elok-elok. Nak marah marah pula"

"Dah tu. Takde soalan lain nak tanya?" Sinis Riana.

"Apa kau cakap tadi?" Terus soalan lain menerjah keluar dari mulutnya.

Damn. Riana, ni semua salah kau. Gatai suruh dia tanya soalan lain. Kan?

"Er.. takde. Saje nyanyi" tipu Riana. Dengan sengihannya. Dengan muka legend menipu. Anda rasa Aryan percaya?

"Aku nampak sinaran penipuan kau Riana. Mata kau. Aku tahu kau ni tak pandai nak menipu. Baik kau bagitahu aku" tegas Aryan.

Riana diam. Matanya pandang wajah Aryan dengan dalam. Dalam sedalam dalamnya.

"Kenapa kau tengok aku macam tu?" Soal Aryan seperti tidak selesa dengan pandangan itu.

"Kalau suatu hari, awak tahu saya menipu awak. Awak akan tinggalkan saya kan?"

"Tadi pun kau menipu aku. Takde pun aku tinggalkan kau"

"Kalau suatu hari, saya sakitkan hati awak. Awak akan putuskan pertunangan ni kan?" Soal Riana lagi.

"Kenapa nak kena cakap macam tu? Bukan kita dah janji ke tak akan buka cerita ni lagi. Aku dah cakap aku tak akan tinggalkan kau. So apa kau nak risaukan?" Jawab Aryan.

Kata katanya sungguh lembut. Tidak seperti selalunya yang dingin dan auranya yang kejam.

"Saya... skk.... skk.. saya nak minta maaf. Saya banyak susahkan awak. Awak banyak berkorban untuk saya. Tapi ini yang saya balas. Saya tahu saya tak sepadan dengan awak. Saya selalu cari salah awak. Tapi awak sabar je dengan saya. Kenapa??" Kata Riana panjang sambil lap air matanya yang berjujuran jatuh.

"Apa kau merepek ni?"

"Saya nak minta maaf atas apa yang saya akan buat dekat awak. Saya ni bukan seperti perempuan luar sana. Yang senang lenang keluar sana sini. Kerja goyang kaki. Tanggungjawab saya besar. Saya ada misi hidup. Saya harap awak betul betul faham saya yang saya... "

Riana terdiam.

"Tak nak jumpa awak lagi. Saya tak nak kita berjumpa, bertemu dan berlaga sesama kita. Saya akan cuba lupakan segalanya. Kita hanya akan berjumpa waktu kerja. Hanya bilik meeting, syarikat awak dan syarikat saya sahaja tempat kita berjumpa dan kenal. Dekat luar, kita bagai orang asing. Tolong faham saya Aryan. Saya tak harapkan semua ni berlaku. Tapi takdir yang atur segalanya. Saya minta maaf" ucap Riana panjang berjela. Aryan setia sahaja mendengar dan menandah telinga 

"Riana, kau tak boleh buat aku macam ni"

"Tapi saya terpaksa. Saya terpaksa Aryan. Waktu tak mengizinkan kita. Lupakan saya. Kita hidup macam biasa"

"Riana"

"Saya minta maaf" ucap Riana dan terus berlalu pergi.

Dan itu adalah kali terakhir pertemuan mereka. Di pejabat juga, Riana jarang memunculkan diri. Waktu meeting juga, pasti Riana akan mencari alasan agar tidak terlibat sama.

MR MAFIA MISS SPYWhere stories live. Discover now