DUA PULUH LIMA | BATAL

7.3K 427 4
                                    

Riana yang sedang bersiap siap untuk keluar membeli barangan dapur petang itu tersentak apabila telefon bimbit membingitkan telinga. Kaki melangkah mendekati katil dimana terletaknya handphone miliknya.

Mama

"Hello Ma"

"Riana... Rian..."

Riana berkerut dahi.

"Kenapa Ma. Kenapa mama nangis?" Soal Riana risau. Hatinya berdetak laju.

"Papa"

Riana sudah menarik nafas dalam.

"Kenapa dengan papa?"

"Papa dah takda sayang"

Allahu.

----------

Riana menangis teresak di sebelah tubuh papanya. Ketika itu mereka menanti ambulans yang akan membawa papanya ke hospital.

"Papa. Kenapa papa buat Riana macam ni? Papa tak sayangkan Riana lagi ke? Papa dah tak nak tengok Riana berjaya macam along and abang ke? Kenapa papa?" Soal Riana bersama tangisan. Tubuh papanya digoncang kuat. Dia mahu membuktikan ini semua hanya satu penipuan. Prank. Prank di hari lahirnya yang ke 21.

"Papa, hari ni birthday Riana. Papa tak nak sambut sama-sama ke? Papa memang dah tak sayangkan Riana kan" tangis Riana semakin kuat.

Tiada tanda-tanda mahu berhenti. Tubuh papanya digoncang kuat. Semakin kuat daripada tadi.

Dia mula tersedar. Ini semua bukan satu rancangan. Nafas papanya tidak terasa lagi. Tiada lagi penguat semangat untuknya.

"Riana sayang papa. Terima kasih jaga Riana sehingga hari ni. Cukup 21 tahun papa jaga Riana. Sekarang papa boleh berehat." Kata Riana tenang. Air mata diseka.

Amy dan Aurora yang memerhati dari muka pintu hanya mampu menahan air mata. Mereka kena kuat. Kalau mereka turut bersedih. Siapa mahu memujuk Riana?

Sedih? Semestinya terasa. Lelaki itu menganggap mereka sebagai anak sendiri. Jadi, terasa lah juga kehilangan. Tapi mereka kena tabah. Ya tabah untuk Riana.

"Riana ingat nak lawat papa esok. Tapi aturan Tuhan itu lebih indah. Riana dapat tengok papa hari ini. Halalkan makan minum Riana. Terima kasih sepanjang 21 tahun ni papa jaga Riana walaupun sukar dengan keadaan papa macam ni. I will miss you. Riana redha dan terima semua yang berlaku. Moga papa ditempatkan di kalangan orang yang beriman." kata Riana. Dahi papanya dikucup lembut.

"I love you my hero" sambung Riana. Dan berlalu pergi keluar dari bilik. Air mata diseka buat sekalian kali.

Kuat.

----------

"Pengarah Syarikat Five-A, Dato' Aziz telah kembali ke sang Pencipta tepat jam 5 petang. Beliau meninggalkan seorang isteri dan juga 3 orang anak. Dua perempuan dan seorang lelaki. Semoga keluarga beliau tabah menerima tentang berita ini. Jenazah akan dikebumikan pada pagi esok. Mari kita sama-sama mendoakan beliau ditempatkan dalam kalangan yang baik-baik"

Aryan yang sedang memandu pulang dari kerja tekun mendengar DJ radio menyampaikan berita. Dia tahu siapa lelaki itu.

Ayah kepada Riana. Seorang jutawan Malaysia. Mempunyai perniagaan dan empayar yang besar. Siapa tidak mengenali beliau? Hampir serata dunia mengenalinya.

"I harap you tabah"

Aryan menoleh memandang adiknya yang sedang berbual bersama seseorang di hujung panggilan.

"Insyallah esok pagi kitaorang pergi rumah parents you. You send location."

Aryan hanya mendengar.

MR MAFIA MISS SPYWhere stories live. Discover now