LIMA PULUH SEMBILAN | PERASAAN

6.9K 395 10
                                    

Riana berguling guling diatas katilnya. Masih tidak dapat melelapkan mata pada waktu dimana mereka semua sudah lena dibuai mimpi. Tapi bagi Riana, itu adalah sesuatu yang sukar. Fikirannya serabut.

Serabut dengan keadaan agensi yang baru-baru ini dipecah masuk dan dimusnahkan. Seperti tidak percaya. Terlalu banyak bukti kini mereka terima. Dan semua bukti yang diterima adalah berkaitan dengan logo sebesar alam itu.

Logo yang sangatlah mereka kenal. Sebab apa? Sebab setiap hari mereka tatap logo itu sewaktu mereka menjalankan misi.

Ya. Black Eagle.

Kumpulan mafia terpengaruh di Malaysia. Tak mungkin. Dia sudah tidak mempunyai apa-apa dendam yang tersimpan. Semuanya sudah dilupakan.

Tiba-tiba, otaknya memainkan kisah dimana mereka menamatkan misi dengan kejadian yang tidak diduga.

"Aku jumpa korang lagi. Aku akan bunuh korang dengan tangan aku sendiri"

Ayat itu. Ayat yang pernah dia katakan. Adakah mereka masih ingat ayat itu?

Adakah sebab ayat itu mereka ingin membalas dendam lebih awal dari Riana?

Tapi sejak bila mereka berjumpa?

Riana kembali mengingati bila mereka bersua.

Oh ye!!

Seminggu lepas, mereka ada bersua.

Ya mungkin sebab itu mereka terasa diancam. Ya bijak Riana. Kau dah jumpa bukti kukuh.

Segera Riana turun dari katilnya, bilik tidur yang gelap tadi menjadi terang serta merta. Komputer riba diatas mejanya dibuka.

Laporan yang diterimanya setiap hari itu dibaca dan mengeluarkan isi penting yang boleh menbantu buktinya. Semuanya.

Esok juga dia akan menghabiskan semuanya. Dia tidak mahu duduk dalam keserabutan hidup.

Selepas selesai semuanya. Barulah dia mampu tidur dengan lena.

--------

Aryan tidak habis dengan kerja pejabatnya. Sudah beberapa hari dia tidak masuk ke kerja gara-gara kawasan mereka yang diceroboh tempoh hari. Dia sendiri bingung.

Tak akan Riana menganggu mereka lagi. Sedangkan tengok muka mereka pun Riana berdalih. Inikan pula mahu bersua dengan mereka lagi untuk melunaskan kata katanya.

Kadang kadang dirinya sendiri tidak percaya pada dirinya. Kenapa dia masih mahukan Riana sedangkan gadis itu menolak cintanya mentah mentah. Pertunangan mereka pula sanggup diputuskan dalam sekelip mata.

Gadis itu pula seronok sahaja kesana kesini dengan rakan baik universitinya, Izwan. Perasaan asing yang sudah lama tidak bertandang juga terbit di pelusuk hatinya. Cemburu.

Ya dia masih kenal perasaan itu.

Dia cemburu bila Riana bergelak tawa dengan Izwan.

Dia cemburu bila Riana senyum kepada Izwan.

Dia cemburu bila melihat Riana gembira dengan Izwan.

Dia juga cemburu dengan rakannya itu kerana boleh membahagiakan Riana. Walaupun mereka baru sahaja berkenalan.

Dia sendiri tak tahu mengapa dirinya begitu. Semua aura gerunnya hilang bila Riana berlari lari di ingatannya. Angau. Ya angau cinta.

Tok. Tok.

Aryan tersentak dengan ketukan pintu itu. Gayanya acah-acah sibuk waktu itu.

"Masuk"

Pintu dibuka.

"Boss, ada orang nk jumpa" kata PA nya.

Aryan mengangkat wajah dengan kerutan yang tertampal di dahinya.

"Siapa?"

"Katanya boss kenal dia. Bila saya tanya siapa nama. Dia taknak bagitahu"

"Lelaki atau perempuan?"

"Perempuan boss"

Aryan termangu sendiri. Perempuan? Siapa? Sejak bila dia kawan dengan perempuan ni?

Kecuali Riana and gang. Itu sahaja yang dia kenal.

"Panggil dia masuk" arah Aryan apabila dia sendiri mahu tahu siapa.

PA nya keluar dan masuk kembali dengan seorang gadis di belakangnya. Gadis itu tinggi lampai. Pakaiannya agak simple dengan dress paras lutut berwarna biru laut dengan kaca mata di kepalanya dan kasut tumit hitamnya.

Aryan hanya memerhati gadis itu dengan pandangan kurang senang.

Bila gadis itu hampir ke arahnya, Aryan menunduk konon konon sedang busy.

"Hi Aryan" sapa gadis itu lembut.

"Kenapa?" Soalnya tanpa perasaan.

"Ermm sebelum tu, boleh tak kalau kita bualkan benda ni dekat luar? Kat mana-mana je. Sebab you sendiri pernah kata urusan kerja hanya kerja. You tak suka campur adukkan hal peribadi. Kan?"

"Aku sibuk sekarang. Tak boleh keluar"

Gadis itu diam sahaja. Tidak tahu apa yang perlu dia buat sekarang. Dia datang hanya mahu berkata sesuatu. Sesuatu yang sudah lama dia pendam.

"Kalau nak kata sesuatu. Duduklah. Kau cakap. Aku dengar"

Gadis itu duduk di depan Aryan.

Dia masih diam lepas itu. Cuba menyusun ayat di otaknya.

"Jess, aku takde masa nak tunggu kau. Baik kau cakap sebelum aku halau kau" tegas Aryan.

"I datang sini, nak ucap maaf. I nak minta maaf kalau sebelum ni I selalu sakitkan hati you. You tunggu I lama, tapi I anggap you tak pernah wujud. I buat you jadi macam tunggul tapi I kat sana seronok suka-suka. I betul betul menyesal sebab tinggalkan you. I really sorry"

Aryan diam.

"Aryan, I tahu you dah bahagia dengan that girl. I kalau boleh tak nak kacau kebahagian you. Tapi hati ni, hati ni masih ada you. I rasa hidup I tak lengkap kalau you takde. Serius I rindu Aryan yang dulu. I really need you." rayu Jess.

Aryan berhenti dari kerjanya.

"Tapi aku dah bahagia dengan Riana. Kau tahu tu kan"

When your mouth say the liar and your heart burn like hell.

"Yes. I tahu. Tapi untuk I, takde peluang kedua ke. Biarlah I rasa cinta you walaupun sekejap. Lepas tu, I tak akan kacau you lagi. I janji"

"Tapi Jess. Cinta tak boleh paksa. I betul betul cintakan Riana. I tak boleh nak alih perasaan ni walaupun dia tak nampak semua tu. I dah cukup sakit dengan apa yang you buat kat I dulu. So please. Faham perasaan I. You know who I am, right? Even orang macam I pun, I still ada hati. I tahu apa gunanya hati. I manusia. So I akan rasa apa yang sepatutnya I rasa" kata Aryan lembut. Dia sedar. Ya dia sedar itu. Dia berkata lembut dengan Jess. Dia cerita perhubungannya dengan Riana pada Jess.

"You ada masalah dengan Riana?" Soal Jess ingin tahu.

"Setiap hubungan ada masalah. I tak pasti kenapa. Lepas dia tahu I siapa, dia tak boleh terima siapa I. So sebab tu dia jauhkan diri"

"Aryan"

Aryan hanya mengangkat kening.

"Kalau I tak dapat peluang kedua untuk cintakan you. Boleh tak kalau I jadi kawan you and tolong you dapatkan Riana. Please. Kalini je."

Aryan diam tanpa kata. Boleh ke dia percayakan Jess. Sedangkan gadis itu menaruh harapan padanya.

"I tak sure Jess. I taknak you pula yang terluka"

"Kalau tak dapat jadi partner you. Sebagai kawan pun I dah cukup bahagia. I tak nak kita gaduh dan bermasam muka lagi. Kita jadi kawan?"

Aryan senyum kecil.

"Kawan. Tapi ada syarat"

"Apa?" Terdengar suaranya teruja.

Aryan tersenyum sinis.

MR MAFIA MISS SPYWhere stories live. Discover now