LIMA PULUH SATU | LUAH

6.8K 403 2
                                    

Pap!

Lampu dihidupkan.

Mereka berempat mula merasa gugup. Dari setiap sudut dan arah, pistol di arahkan kepada mereka.

"Put your hands up!" Arah salah seorang dari mereka.

Empat gadis ini hanya mampu mengikut arahan. Kalau dilawan mahu nyawa melayang. Sayang nyawa sis.

"Apa kau buat dekat sini?" Soal lelaki tadi.

Mereka mendiamkan diri. Semua perasaan menerjah masuk ke tangkai hati mereka.

"Airis, masuk" bisik Riana. Namun tiada apa-apa respon yang diterimanya.

"Aku tanya sekali lagi, apa kau buat dekat sini?" Soal lelaki tadi lebih kasar dan semakin mendekat.

"Aku ada misi nak diselesaikan" jawab Riana.

"Misi? Apa misi kau?"

"Misi. Aku. Adalah. Kau"

Pak!

Satu sepakan dilepaskan tepat ke kepala botak lelaki itu. Semua anak buah mafia tersebut mula menyerang. Dan mereka berempat tidak mempunyai cukup tangan malah tenaga mereka juga makin berkurangan. Iyelah mereka perempuan berlawan dengan lelaki yang ramai. Mahu tak penat.

"Airis, masuk" kata Riana lagi. Tapi masih tiada respon yang diterima. Riana mula geram.

Satu persatu serangan diberikan. Pistol ditepi pinggangnya dikeluarkan. Satu persatu tumpas dengan pelurunya.

"Airis, masuk"

Keadaan masih sama. Tiada apa-apa respon yang diterima. Malah anak buahnya yang lain juga tidak dapat berhubung.

Mereka berempat berkumpul di tengah gudang tersebut dengan membelakangi sesama mereka. Pistol diacukan kepada mereka yang hampir dengan mereka.

"Aini, masuk" kata Leen pula.

"Maaf. Kami terpaksa undur diri" kata Aini sebalik earpod.

"Sesetengah kami telah terkorban sewaktu cuba masuk ke dalam gudang" lapor Ailin.

Riana menghembus nafas berat.

"Baiklah" balas Riana lemah. Tiada jalan lain selain melepaskan mereka pergi. Itu ialah syaratnya. Jika anak buah sudah hampir separuh terkorban. Mereka terpaksa mengundur diri.

"Tak mungkin" gumam Riana sendiri.

Tiba tiba, satu pagar besi berbentuk segi empat jatuh mengepung mereka yang berada di tengah.

"Shit"

"Well you guys dah kalah" kata anak buah mafia itu. Mereka bertepuk tangan tanda bangga dengan kerja mereka.

Riana merengus geram. Bukan setakat Riana malah tiga gadis lagi.

"Esok. Kau akan hadap boss kami. Berani masuk berani tanggung" kata seorang lelaki yang bertatoo.

"Nasib kau tak baik sebab kami dah agak korang akan datang sini. So terimalah hadiah penghargaan ni dari kami." sahut seorang lagi.

Riana terduduk. Rambutnya yang menutupi matanya diselak ke belakang. Dia sudah penat. Kalau betul ini nasibnya, biarlah dia terima.

Dia tahu dia akan berhadapan dengan Aryan. Bukan sahaja Aryan, malah Harris, Hayden, Amir dan juga Aariz. Semuanya dia akan hadap.

"Sakitlah. Slow slow boleh tak?" Marah Meera apabila tangannya diikat ketat dan kasar.

"Bangun" arah lelaki itu kasar.

Riana bangun lemah. Tidak tahu mengapa seperti tiada semangat untuk teruskan hidup. Mungkin sebab dah betul betul dalam genggaman kumpulan Mafia. Sudah tentu tidak dapat dilepaskan.

Mereka dimasukkan ke dalam satu bilik berpintu besi. Bilik yang mampu meloyakan tekak. Darah sana sini. Errr busuk.

"Weih lepaslah. Kitaorang taknak duduk dalam bilik ni" jerit Amy sambil mengetuk ngetuk pintu besi itu. Kemudian diikuti Leen menyepak pintu itu.

"Woi. Keluarkanlah kami. Bilik ni dahlah busuk. Bau hamis. Woi kau dengar tak?" Marah Meera pula.

Bang! Bang! Bang!

Tiga das tembakan dilepaskan.

Mereka bertiga berundur ke belakang. Nasib pintu itu besi. Tidak mampu ditembus. Kalau tidak sudah mati mereka bertiga.

Mereka memaling memandang Riana.

"Riana, kenapa kau diam? Kau taknak keluar ke dari sini. Aku tak nak mati weih dalam ni" kata Amy sambil meliarkan pandangan ke sekeliling bilik.

Riana tersenyum.

"Kau ada plan nak keluar ke?" Soal Riana perlahan.

"Bukan biasa kau ke yang cipta plan itu ini. Kenapa kau macam lemah je ni? Mana semangat kau?" Ujar Leen pula. Pelik dengan perangai Riana yang berubah serta merta.

"Aku dah penatlah nak layan permainan dunia. Aku letih. Jadi biaralah aku berehat"

"Kau kenapa ni Riana? Kenapa kau cakap macam kau nak mati je ni? Mana Quin Riana Qaisara aku tu?" Soal Meera sambil menggoyangkan tubuh Riana agar gadis itu sedar.

"Bukan setakat aku. Tapi korang juga. Kita dekat mana sekarang? Dalam sangkar kumpulan Mafia tahu tak. Nak nak Mafia ni berpengaruh. Kau tak rasa kita akan mati ke? Hidup dalam sangkar Mafia 10% je tahu. Sama ada kau akan dilepaskan tapi diburu atau kau akan mati dekat sini. Itu je keputusannya" jelas Riana.

"Riana, aku tahu apa yang kau rasa. Aku tahu mungkin kau stress. Kau takde sesiapa yang nak dengar masalah kau. Kau rasa macam kitaorang ni tak wujud. Kau taknak cerita masalah kau dekat kitaorang. Aku kadang kadang tak faham dengan kau ni. Kita dah kenal hampir 5 tahun lebih kau tahu tak? Tapi kenapa kau masih nak rahsiakan semua masalah kau dari kitaorang. Apa kitaorng ni tak bagus nak jadikan kawan ke?" Kata Leen panjang.

Riana tersenyum mendengar kata kata Leen tadi.

"Aku taknak susahkan orang. Aku taknak benda yang sama berulang. Aku susahkan korang, Aurora sekarang dah takde. Aku dah kata dulu, aku taknak terlibat dengan semua benda ni. Aku nak jadi manusia biasa. Yang takut dengan pistol dan bom. Yang takut tengok darah. Yang takut diburu. Tapi dalam masa yang sama, aku taknak tengok Papa kecewa dengan aku. Kenapa aku? Bukan Rai?"  Luah Riana tanpa dipinta.

"Riana, semua yang berlaku mungkin ada sebab. Cuba kau pandang satu benda yang positif je. Jangan asyik kau tengok yang negatif. Kau rasa lemah macam ni. Sebelum ni kau paling bersemangat nak buat semua ni. Tapi sekarang, kau lemah. Sebab CINTA kau terlibat sama. Cinta yang tak pernah kau rasa terlibat sama dalam misi ni. Dan apa yang kau dapat, kau dapat rasakan cinta tu macam orang lain. Kau jumpa jodoh kau dalam misi ni. Kau tak pandang semua tu Riana. Kau pandang benda yang tak beri kau apa apa sampai semua benda kau buat terburu buru. Aku faham apa kau rasa. Aku sendiri libatkan perasaan aku dalam misi ni. " kalini Amy pula membuka cerita. Waktu itu mereka rasa, inilah masa yang sesuai mereka bertukar cerita yang paling bermakna.

Betul kata orang, saat terakhir hidup kita, kita akan rasa satu masa yang paling bermakna dalam hidup.

"Terima kasih sebab sudi berkawan dengan aku walaupun aku selalu susahkan korang. Korang selalu ada untuk aku even aku pandang korang macam ada takde je" ucap Riana.

"Apa gunanya kawan kalau takde yang nak membantu. Kau ada masalah. Kitaorang ada masalah. Sama sama kita bawa masalah tu bersama. Tak guna kalau asyik nak bergaduh lepastu putus. Buang masa semua tu. At the end kita sendiri yang merana" ujar Meera.

Mereka semua mengangguk. Mask yang dipakai dibuka.

Mereka baring dalam bulatan. Kepala ke kepala sesama sendiri.

Mereka cuba melupakan apa yang dah berlaku. Cuba menenangkan diri.

MR MAFIA MISS SPYWhere stories live. Discover now