"Hi Mel, boleh tolong panggilkan diorang masuk bilik saya?" Kata Riana melalui telekom .
"Sure, Riana."
Telekom terus dimatikan. Fail berwarna biru didalam laci diambil dan dikeluarkan satu persatu isi dalamnya.
Pelbagai maklumat yang Aurora dapat tempoh hari. Sepanjang waktu dia sakit, dia boleh melakukan semua ini. Amazing guys!
Tok. Tok.
Bunyi ketukan pintu membuatkan kepala Riana yang menunduk, diangkat. Terlihat empat wajah gadis jelita melangkah masuk. Semua melangkah mendekati sofa bersama bungkusan makanan yang dipesan sebentar tadi. Lunch time!
"Kau tak pergi klinik ke?" Amy melontarkan soalan kepada Riana. Kerana kebiasaannya setiap hari, Riana akan pergi ke klinik untuk mencuci lukanya. Tetapi hari ini, tidak pula.
"Tak, Aryan ada meeting luar." balas Riana. Matanya masih fokus kepada maklumat yang ada didepan mata.
"Aik, nak tunggu mamat ice tu ke baru nak pergi?" Usik Meera bersama sengihan yang menampakkan gigi putihnya tersusun rapi.
Dan waktu itu, barulah Riana mengalihkan pandangan, menjeling Meera tajam saat pernyataan itu agak kurang senang didengari.
"Otak kau, dia kata tak payah pergi sensorang. So aku tak pergilah, lagipun aku nak bincang pasal misi ni." jelas Riana. Langkah dibuka mendekati sahabat baiknya.
Beberapa maklumat penting yang dipilih tadi diletakkan di atas meja. Masing-masing menatap kertas putih tersebut dengan tekun.
"Ni apa yang Aurora cari. Terlalu banyak kawasan diorang dekat Kuala Lumpur. Anak buah diorang juga ramai. So aku rasa kalau kita hapuskan anak buah diorang dulu macam biasa. Masa misi kita akan lama. So aku tak nak lama-lama buat misi ni, aku takut kita tak sempat nak jalankan misi ni. Diorang dah detect. So kita akan terus jatuhkan anak buah diorang yang paling kuat and ketua kumpulan tu. Bila diorang mati, yang lemah-lemah tak akan berani serang." terang Riana panjang lebar.
"Lagi satu, apa yang aku dapat. Anak buah diorang akan diasingkan mengikut peringkat. Mana yang paling lembab akan duduk di sebuah gudang. Mana yang kuat akan duduk di sebuah gudang. So aku rasa takde masalah kalau kita serang je terus gudang yang anak buah diorang yang kuat tu and dalam gudang tu, ada satu buku rahsia pasal kumpulan tu. Means keturunan ketua-ketua kumpulan tu lah." terang Amy pula. Gadis itu kelihatan serius dan tidak terlepas pandang pun satu maklumat penting itu.
Sebab itu, mereka suka kalau Amy yang ditugaskan mencari segala maklumat, apa yang dia jumpa dia akan terangkan secara detail sama seperti apa yang dia cari.
Mereka mengangguk faham dengan apa yang dijelaskan.
"Jadi sekarang, kau nak start bila misi ni?" Soal Leen. Air teh ais dalam cawan plastik sudah separuh diminum.
"Awal air kau separuh." Aurora menegur apabila melihat cawan itu hampir sahaja kosong.
Leen hanya sengih sehingga nampak gigi putihnya yang tersusun rapi.
"Aku haus. Pagi tadi tekak aku tak dapat setitis air pun."
"Aku nak start misi ni lepas semuanya okey." celah Riana.
Yang lain memandangnya dengan wajah tertanya tanya. Menunggu jawapan untuk didengari dengan segera.
"Aku rasa ada orang asyik ikut aku. Tahlah, tapi aku rasa macam tu. Waktu aku nak pergi jalan-jalan dengan Erina. Ada kereta hitam tu dia follow je aku. Aku perasan juga dia keluarkan pistol tapi tak sempat nak tembak, dia dah terbabas." Riana mengorek semula memori di mana dia hampir-hampir sahaja dibunuh di atas jalan raya.
YOU ARE READING
MR MAFIA MISS SPY
Actionstatus ; complete start ; 23 MEI 2019 end ; 6 OKTOBER 2019 karya pertama @sweetyairin QUIN ARIANA QAISARA Gadis yang baru meningkat dewasa tetapi sudah menjalani pelbagai cabaran hidup yang sukar. Tugasnya tidaklah semudah ABC dan 123, tetapi cuku...