Riana membelek dirinya dihadapan cermin. Memastikan pakaiannya dalam keadaan baik. Wajahnya juga dihiasi dengan sedikit bedak dan hanya secalit lipstick. Itu semua sudah memadai. Riana. Mana suka apa apa dimukanya. Dia paling kurang gemar memakai make up atau apa apa yang rasa merimaskan.
Apabila sudah berpuas hati, Riana melangkah keluar dari bilik tidurnya.
"Amy, aku tak tahu balik pukul berapa. Nanti kau kunci pintu. Aku bawa kunci" kata Riana apabila tiba diruang tamu.
Amy yang sedang menonton television hanya mengangguk. Nampak sangat tak nak tertinggal walau 0.1 saat dari cerita Koreanya. Apa yang best pun tak tahu.
Selepas mendapat jawapan Amy, terus Riana keluar dari rumah. Kasut boot hitamnya diambil dan disarungkan ke kaki.
Pakaiannya tidaklah seperti princess-princess yang mahu berjumpa prince charming.
Sekadar skinny jeans dan blouse panjang. Malas mahu bergaya lebih. Pergi makan je pun. Dari atas sampai bawah pakaiannya hitam. Segalanya hitam. Biar orang tak nampak bila dalam malam.
Riana menghidupkan enjin keretanya. Pagar utama rumah juga dibuka. Namun buka sahaja pintu pagar, ada sebuah kereta mewah parking betul betul menghalang laluannya.
Bunyi hon ditekan beberapa kali, tapi masih pemandu kereta itu tidak mengalihkan kenderaannya.
Dengan perasaan geram yang membuak dan perasaan risau kerana sudah lambat, Riana keluar dari kereta semula dan bergerak ke kereta tersebut.
Sewaktu Riana mendekat, pemandu kereta tersebut keluar dari tempatnya.
"Maaf Encik. Encik menghalang laluan saya" kata Riana tidak berpuas hati.
"Quin Ariana Qaisara?" Soal lelaki itu tiba-tiba.
Riana mengangguk dalam jelingan.
"Sila ikut saya Cik. Saya diupah oleh Aryan untuk membawa Cik ke tempat temu janji" kata lelaki itu tenang.
Riana memandang lelaki itu atas bawah.
Pakaiannya seperti seorang pemandu milik jutawan. Tapi melihatkan seorang lagi lelaki didalam kereta, membuatkan hatinya diserang perasaan keliru.
"Ermm takpe. Saya naik kereta saya. Saya ikut awak dari belakang" putus Riana.
Namun keputusannya mendapat gelengan dari lelaki tadi.
"Cik kena ikut kami. Kalau tidak kami akan menerima hukuman"
"Eh takpe. Nanti saya pujuk dia supaya tak berikan awak hukuman." Sedaya upaya Riana menolak. Namun jawapannya tetap sama.
Riana memandang keretanya dengan kereta milik lelaki itu bersilih ganti.
"Baiklah, tunggu saya matikan enjin."
Lelaki itu tersenyum mendengar jawapan Riana. Pemergian Riana dilihat dengan ekor matanya. Tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk Riana kembali pada mereka.
Lelaki itu menundukkan badannya saat Riana memboloskan diri ke dalam keretanya. Lelaki itu tersenyum sinis.
"Kerja mudah" kata lelaki itu sinis dan perlahan. Hanya dia sahaja yang mendengar.
"Baiklah Cik. Izinkan saya memandu untuk Cik malam ni?"
Riana hanya mengangguk dari tempat duduk belakang. Mereka memulakan perjalanan.
----------
Sedari tadi Aryan rasakan sesuatu yang tidak elok akan berlaku. Sejak dia melangkah masuk ke dalam restoran itu, hatinya berdetik sesuatu. Sesuatu yang berkaitan dengan... Riana?
YOU ARE READING
MR MAFIA MISS SPY
Actionstatus ; complete start ; 23 MEI 2019 end ; 6 OKTOBER 2019 karya pertama @sweetyairin QUIN ARIANA QAISARA Gadis yang baru meningkat dewasa tetapi sudah menjalani pelbagai cabaran hidup yang sukar. Tugasnya tidaklah semudah ABC dan 123, tetapi cuku...