Riana hanya mendiamkan diri. Tumpuannya hanya pada pembentangan projek yang sedang dibentangkan oleh Leen yang sibuk pot pet pot pet tanpa henti.
Tidak tahu mengapa, rasa seperti sudah beberapa hari berlalu. Hampir seminggu juga perasaan ini hilang. Tapi kenapa masih rasa sisa sisa itu. Kejadian pagi tadi betul betul buat dirinya gila.
"Maaf"
Riana masih lagi menunduk mengutip helaian helaian dokumen di depannya. Disusun dan dimasukkan ke dalam fail tadi.
Hatinya tidak berhenti berbicara agar orang yang melanggarnya tadi sudah beredar. Tapi masih dapat dilihat sepasang kaki berseluar slack hitam segak berdiri di depannya.
Dengan muka tembok Riana mengangkat wajah. Sempat dia berdehem bagi menghilangkan rasa gugup.
"Oh Riana. Aku nak minta maaf" sapanya lembut.
Ya Allah, kuatkan aku.
"Ehemm. Tak ok je. Takde luka luka ni"
"Kau nak pergi mana cepat cepat macam ni? "
"Saya nak pergi mesyuarat. Encik Aryan nak pergi mana? Bukan ada mesyuarat juga ke?" Soal Riana. Saja mengubah suasana janggal.
Dapat membaca riak wajahnya yang agak terkejut apabila Riana memanggilnya ENCIK.
"Ehemm"
"Aku nak ke tandas. Aku pergi dulu" pamit Aryan.
Riana hanya mengangguk. Dan waktu itu serius jantungnya berdegup kencang. Sekencang taufan.
"Ada faham cik Riana?"
Riana tersentak.
Matanya tertumpu pada Leen yang tersenyum sinis padanya.
Semua pandangan di dalam bilik itu tertumpu padanya.
"Erkk. Faham faham" angguk sahaja yang dia mampu.
"Good"
Pembentangan kembali bersambung. Matanya melirik memandang Aryan di depannya.
Dum!
Bagai hentakkan kuat terkena mukanya. Panas sahaja.
Sepasang mata itu juga memerhatikan dirinya. Oh my!! Apa yang perlu dia lakukan.
----------
Meeting tamat selepas dua jam berlalu. Semua penghuni bilik itu keluar selepas menerima arahan termasuk 10 orang boss atasan itu juga.
"Korang, jom lunch sama sama. Dah lama tak keluar sama" ajak Aariz selamba.
Mata 3 gadis ini tertumpu pada Riana. Riana pula pandangannya jatuh pada susuk tubuh disebelahnya. Aryan.
"Ok lah. Tapi aku tak boleh lama. Banyak kerja nak kena siapkan" setuju Riana.
3 gadis itu tersenyum suka. Eleh dah jatuh cinta dekat lelaki lelaki tu tak nak ngaku. Bagi karang. Huk, Riana forever alone.
Mahu sahaja kakinya mahu membuka langkah, tangannya direntap kasar dari belakang. Terdorong dirinya saat ditarik begitu.
"Err korang pergi dulu. Nanti aku and Riana ikut sama. Send location" kata Aryan kepada mereka yang ikut serta berhenti.
Mereka hanya mengangguk dan terus pergi. Lapar mungkin.
"Riana. Kenapa kau kena buat semua ni?" Soal Aryan.
"Sebab keselamatan awak" balas Riana acuh tidak acuh sahaja. Pandangannya dilarikan dari memandang Aryan di depannya kini.
"Kenapa pula? Aku bukan budak kecil untuk kau menipu."
"Awak sayang saya?" Soal Riana direct tanpa selindung.
Satu sahaja jawapan yang dia mahukan.
"Itu je ke yang buat kau jauhkan diri dari aku?"
"Jawab jelah soalan saya" dalih Riana. Dingin sahaja suaranya.
"Riana, listen. Dulu aku pernah kata. Kalau perasaan tu nak datang dengan sendiri, aku tak akan elak benda tu. Tapi aku tak boleh nak terus terang dengan kau macam tu je. Hati, Riana. Hati boleh berubah. Aku tak nak kau sakit bila aku terlalu bagi harapan tinggi dekat kau. So please stop tanya soalan macam ni. Please" rayu Aryan.
"So its means. No?"
"Aku tak maksudkan apa apa Riana. Aku tak kata yes. Aku tak kata no. Tolong bagi aku masa. Untuk aku ubah semua ni. Kau jangan buat aku macam ni. Aku sendiri tak faham apa yang aku rasa. Riana. Oneday. Selagi kau dengan aku. Aku tak akan berpaling atau tunduk dekat perempuan lain. "
"Lepaskan saya. Putuskan pertunangan kita. Saya bagi awak masa tiga minggu je. Lepas tu kita dah takde apa apa" ucap Riana dan terus menarik kembali tangannya dari genggaman Aryan dan berlalu pergi.
Tiga minggu. Tiga minggu itu sama dengan baki masa sebulan cabaran yang dilaksanakan. Lepas tiga minggu. Segalanya sedia kala. Itu tekadnya.
Aryan memandang pemergian Riana dengan keluhan nafas yang berat. Kenapa? Riana berubah sikap seperti ini?
----------
"El. Woi bangunlah" selimut yang menutupi tubuh gadis itu ditarik.
"Wei jangan kacau aku. Aku ngantuk" selimutnya ditarik.
"El bangunlah. Aku ada berita tergempar nak bagitahu ni. Awallah"
"Aed. Kalau kau nak membawang. Bukan dalam bilik aku please. Kau ajak orang lain lah. Aku penat" katanya sambil mata tertutup.
"Riana and Aryan nak putus tunang weih" kata Aed sekali nafas.
Terus tubuh yang berbaring itu duduk secara tegak bagai murid yang kantoi tertidur dalam kelas.
"Ye. Anak buah aku baru bagitahu. " yakin Aed.
"Ish kau biar betul?" Kata El tidak percaya.
"Kau tengok ni" huluran handphone itu diambil dan menonton video yang terdapat di screen tersebut.
"Serius sangat ni" komen El.
"Itulah, aku cakap. Kau tak nak caye"
"Tak boleh jadi ni. Kalau dulu aku ada kat sebelah dia. Mesti dia tak akan buat perkara ni terburu buru. Kan?" Kata El. Bunyi seperti ada kekesalan.
"Kau baliklah sana. Lawat diorang. Kesian aku tengok kau memalam asyik nak nangis je. Rindu. Tapi taknak ngaku"
"Aku tak sedia lagi lah Aed. Bagi aku masa lagi boleh?"
"Sampai bila El? Sampai kau nak tengok diorang mati baru nak lawat? Jangan macam tu. Kalau kau tak ready lagi, aku faham. Tapi serius, kau beranikan diri kau untuk hadap semua ni. Ok"
El mengangguk.
"Selain diorang. Kau je yang faham aku. Thanks sebab sudi tolong aku untuk semua ni" ucap El ikhlas
"Siapalah aku kalau aku tak kenal kau dulu"
Mereka berdua tergelak.
YOU ARE READING
MR MAFIA MISS SPY
Actionstatus ; complete start ; 23 MEI 2019 end ; 6 OKTOBER 2019 karya pertama @sweetyairin QUIN ARIANA QAISARA Gadis yang baru meningkat dewasa tetapi sudah menjalani pelbagai cabaran hidup yang sukar. Tugasnya tidaklah semudah ABC dan 123, tetapi cuku...