LIMA PULUH LIMA | MOVE ON

7.2K 386 31
                                    

Riana jalan terhinjut hinjut dengan tangan kanannya cuba sedaya upaya menutup seluar bahagian lututnya yang terkoyak. Kalau lah dia tak berangan sampai ke tengah jalan tadi, sudah tentu lutut cantiknya tak akan berdarah dan luka seteruk ini.

Riana berjalan di bahu jalan di taman perumahannya. Niatnya waktu itu mahu ke kedai runcit sambil menguruskan badan. Sambil sambil itu dia menyanyi kecil.

Sedar tidak sedar, ketika mahu menyeberangai jalan ke kedai runcit itu, sebuah kereta Honda Civic memandu laju ke arahnya.

Hidupnya saat itu sempat dan tidak sahaja, nasib dia bertindak awal untuk mengelak. Namun pinggangnya terasa sengal akibat pelanggaran dengan cermin sisi kereta itu. Sehingga dirinya jatuh terjepuluk di jalan raya. Kalau orang lain fikir, dia adalah seperti model yang mahu melukis dirinya sebagai potret.

Gayanya duduk dengan kaki kanan yang mula berdarah disilangkan mendekatinya. Kaki kiri pula dilunjurkan ke depan.

Orang yang lalu lalang didepan kedai runcit itu memandangnya jelek. Bukan mahu menolong.

Perlahan lahan Riana bangun.

"Tak guna kau" gumam Riana sendiri.

Pinnnn!!!

Riana tersentak seraya menoleh ke kiri. Terdapat sebuah kereta berwarna hitam berhenti disebelahnya. Dengan muka bekunya, Riana bertanya.

"Nak apa?"

"Awak ok ke? Kenapa jalan macam tu?" Soal jejaka yang memandu kereta itu.

"Saya ok. " jawab Riana acuh tak acuh.

"Saya minta maaf sebab kecuaian saya tadi. Saya ingat saya tak akan jumpa awak lagi untuk meminta maaf. Jadi sebagai tanda maaf saya, saya nak bawa awak pergi klinik. Cuci luka tu." Pelawa jejaka itu lembut.

Tampan. Tampan juga.

Kaya? Ermm kaya juga.

Baik? Baik juga.

"Takpe kot. Saya ok" kata Riana dan terus berlalu pergi.

Di sangkakan kereta itu sudah meluncut laju, tapi perlahan lahan kereta itu mengikutinya.

"Saya tengok awak macam ni. Biarlah saya bawa awak pergi klinik. Lepastu saya bawa awak pulang. Takdelah awak susah jalan macam ni sampai rumah."

Riana diam.

Betul juga kata jejaka itu. Memudahkan urusannya. Tapi tak menyusathkan ke. Tapi bukan dia ke yang langgar Riana tadi. Tapi boleh percaya ke?

"Err takpe ke?" Soal Riana ragu ragu.

"Takpe. Salah saya. Jomlah"

Riana mengangguk. Riana bergerak ke bahagian sebelah pemandu. Pintu dibuka dan dirinya diboloskan ke dalam kereta mewah itu.

Perjalanan mereka senyap tanpa kata. Sebarang bunyi tiada yang terhasil. Riana lebih selesa untuk melihat pemandangan diluar dari melayan perasaan gugupnya ketika itu.

"Err siapa nama awak?" Soal jejaka itu. Cuba meriahkan suasana.

"Riana"

"Oh saya Izwan. Saya baru pindah ke kawasan ni. Maaflah sebab pemanduan saya tadi sampai awak jadi mangsa. Saya rush. Jadi saya tak sempat nak tekan brek. " jelas Izwan bersahaja.

"Saya ok"

Selebihnya, Riana lebih banyak termenung ke luar jendela. Dalam masa sepuluh minit, mereka tiba di sebuah klinik.

MR MAFIA MISS SPYWhere stories live. Discover now