Riana melangkah masuk ke dalam bilik tidurnya selepas segalanya selesai. Tubuhnya kini terasa lemah. Badannya diregangkan sedikit bagi menghilangkam rasa lenguh yang menyengat badannya.
Kemudian Riana, baring diatas katil bersaiz Queen dimana Ruby tidur. Tapak tangannya yang terkena pisau itu hari dipandang seketika.
Balutan luka masih belum ditanggalkan. Setiap hari balutan akan ditukar kepada yang baru. Itupun di klinik selepas dipaksa dan ditarik Aryan. Jejaka itu setiap hari datang ke pejabatnya setiap waktu lunch untuk bawa ke klinik. Sweet bukan? Uhuk.
Apabila teringatkan apa yang dilakukan Aryan, teringat kisah gelapnya yang lalu.
"Aduhh sakit." adu Riana.
Shahir yang berdiri turut cangkung disebelahnya. Siku Riana yang berdarah dilihat.
"Itulah awak. Saya kata jangan lari sibuk nak lari kenapa? Jom pergi klinik. Nanti masuk kuman pula." bebel Shahir sambil membersihkan batu-batu kecil yang ada di siku Riana.
"Tapi saya nak ais krim tu. Hiks. Hiks."
"Ala awak, jangan nangis. Tak comel. Kita pergi kat kedai lain ok? Kita pergi klinik dulu." ajak Shahir lembut.
Riana hanya akur. Dia percayakan tunangnya itu. Sebab itu dia terlalu sayang akan satu satunya tunang yang dia ada. Menerima dirinya seadaanya walaupun dia tahu siapa dirinya yang sebenar.
Mereka melangkah mendekati kereta milik Shahir yang diparkir jauh sikit dari taman itu. Tibanya mereka di situ, tanpa menunggu lama mereka memboloskan diri ke dalam kereta.
"Kalau boleh dua hari ni. Kita pergi klinik. Basuh luka tu. Macam teruk je saya tengok."
"Ala saya malaslah nak drive sana sini. Basuh sendiri je lah. Bilas dengan air pun bolehkan?" Bantah Riana keras. Ya Riana seorang yang keras kepala. Tetap tidak suka akan klinik.
"Ish awak ni. Bilas dengan air sama je awak tak bilas. Kuman tu tak hilang. Kalau klinik ada ubat dia. Biar jelah doktor buat. Apa guna wujudnya doktor dalam dunia ni kalau semua orang tak nak pergi klinik. " bebel Shahir seperti mak tiri. Fokusnya pada pemanduan tetapi mulutnya tidak berhenti membebel.
"Yelah yelah. Awak ambil saya. Jangan bebel."
"Good girl,"
Riana hanya tersenyum simpul.
Perlahan lahan air mata yang sudah kering kembali merembas keluar. Jika jejaka itu tidak pergi, mesti hidupnya kini sudah bahagia bersama jejaka itu.
Tetapi Tuhan lebih sayangkan dirinya. Jejaka itu maut dalam kemalangan dua hari sebelum hari pernikahan mereka.
"Riana, kalau suatu hari nanti saya takde dekat sisi awak. Saya nak awak tahu saya sayang awak okey. Saya benarkan awak cari pengganti saya. Kalau boleh yang sama seperti saya. Terima awak seadaanya. "
"Apa awak cakap ni. Jangan mengarut boleh tak? Saya tak suka." marah Riana kepada Shahir di hujung panggilan.
"Takdelah saya cakap je. Ajal maut semua Tuhan uruskan. "
"Yelah awak buat saya benci dekat awak."
Pinnnnnnnn. Baam.
Bunyi yang didengarinya mengejutkan Riana. Secara reflek, Riana membetulkan posisi duduknya.
"Awak. Awak."
Tiada sahutan disebelah panggilan. Screen handphonenya ditatap. Panggilan tadi serta merta dimatikan secara sendiri. Hatinya mula merasakan sesuatu yang tidak elok berlaku. Malam itu dia tidur dengan hati yang tidak menentu.
YOU ARE READING
MR MAFIA MISS SPY
Actionstatus ; complete start ; 23 MEI 2019 end ; 6 OKTOBER 2019 karya pertama @sweetyairin QUIN ARIANA QAISARA Gadis yang baru meningkat dewasa tetapi sudah menjalani pelbagai cabaran hidup yang sukar. Tugasnya tidaklah semudah ABC dan 123, tetapi cuku...