ENAM PULUH EMPAT | DINNER?

7.1K 390 3
                                    

Mata dicelik perlahan lahan dan berhati hati. Sinaran dari lampu siling menyakitkan matanya menyebabkan matanya kembali terpejam.

Setelah beberapa saat dilelapkan, matanya kembali celik.

Celik sahaja mata, pandangannya meliar ke sekeliling bilik. Bilik asing dengan bau ubatan. Bunyi dari mesin jantung membuatkan Aryan menoleh.

Terlihat wajah adiknya yang sedang nyenyak tidur dalam keadaan duduk di kerusi, membuatkan Aryan berfikir sendiri.

Tangan yang dicucuk jarum diangkat perlahan. Terasa lemah ketika itu.

Lengan adiknya digoyang. Sekali percubaan masih tidak terjaga. Buat percubaan kedua, masih keputusan yang sama dan sehinggalah goyangan yang kelima.

Dah kalau masuk ke enam, takde maknalah nak lembut.

Geram dengan sikap adiknya tidur mati. Terus tangan itu seperti bertenaga menarik rambut Aariz dan menghentakknya ke udara.

Serta merta, Aariz terjaga dari tidurnya.

"Kau nak apa bongok?" Soal Aariz malas dengan suara serak basahnya. Sambil-sambil itu kepalanya digosok.

"Riana mana?"

"Kau ni asyik cari dia je. Dia dah buat kau macam ni, pastu kau still terhegeh hegeh dengan dia. Move on lah Aryan. Aku tak sukalah kau macam ni" balas Aariz geram.

Asyik-asyik Riana. Sampai macam ni sekali, masih fikirkan Riana.

"Bukan salah dia. Dia ada datang ke? Dah berapa lama aku kat sini?" Soal Aryan bertubi. Suaranya mula kedengaran dingin.

"Tiga hari kau kat sini, dia datang cari kau pun tak. Dan kau masih harapkan dia untuk jaga kau masa akan datang?" Sinis Aariz.

Kedengaran Aryan mengeluh perlahan. Pintu bilik wadnya diperhati. Tidak tahu mengapa dia mengharapkan gadis itu yang menemaninya.

----------

Riana termenung sendiri. Sudah tiga hari tapi kelibat Aryan pun tidak kelihatan. Malah panggilan atau mesej maaf pun tidak diterima. Jejaka itu sudah give up ke?

Riana merenung bintang dilangit. Terasa aman dan damai ketika itu. Seperti semua masalah dibawa angin bersama. Terlalu tenang. Fikirannya kosong.

Ting. Tong.

Bunyi loceng rumah kedengaran. Riana yang malas bangun hanya menjengah di balkoni bilik. Memandangkan biliknya berhadapan dengan pagar utama. Senang untuk dilihat siapa yang datang.

Kelibat seorang pun tidak kelihatan. Cumanya dibiarkan sejambak bunga rose didepan rumahnya. Riana menunggu seketika jikalau ada antara rakannya yang keluar.

"Mana diorang ni? Tak akan tak dengar bunyi loceng?" Soal Riana.

Sudah lama menanti, masih tiada siapa keluar. Bila otaknya sibuk berfikir, baru dia teringat bahawa waktu itu hanya dia sahaja dirumah. Rakan rakannya yang lain keluar membeli barangan rumah dan dapur.

Sejak rumah mereka dipecah masuk, habis semua barang diganti baru.

Riana membuka pintu utama rumah dengan berhati-hati. Kiri dan kanan ditoleh memastikan keadaan selamat barulah dia melangkah keluar.

Sejambak bunga rose itu diambil dan dihidu.

Wangi.

Tanpa Riana sedar, sekeping kad jatuh ke kakinya. Kad yang jatuh tadi diambil dan dibaca.

From: ARYAN
To: RIANA

Esok 8pm di Seafood Restaurant.

Riana yang membacanya pelik. Tiba-tiba sahaja mahu ajaknya dinner pada malam esok? Sedangkan tiga hari ini, dia menghilang tanpa panggilan dari jejaka itu.

Riana melangkah masuk ke dalam rumah. Punggung dilabuhkan disofa sambil memikirkan sejambak bunga tadi.

Tiba-tiba bahunya ditepuk kuat. Habis bunga tadi jatuh dari genggamannya.

"Oi mak kau pocot"

Terdengar suara lain tertawa.

"Jauh kau termenung. Fikir siapa?" Usik Meera dengan sisa tawa.

"Sejak bila korang sampai rumah ni? Aku tak perasan pun"

"Mana nak perasan kau dok tenung kad tu. Sampai kitaorang dah park kereta pun, kau tak perasan. Alih alih kau dah masuk dalam" jawab Leen yang sedang menjinjing barangan dapur ke dapur.

"Tak. Tengok ni. Aku peliklah, Aryan dah tiga hari aku tak jumpa. Call pun tak. Mesej pun tak. Tiba-tiba ajak dinner esok. Kau percaya tak?" Luah Riana ragu-ragu. Dia berasa curiga.

"Ish kau ni, bila dia takde kau rindu. Bila dia ajak keluar makan ni kau nak pelik pulak kenapa? Ambil peluang ni untuk drama sweet nanti." Amy pula bersuara.

Riana masih berfikir. Ada benar juga kata Amy.

Kalau Aryan tiada, dia berasa rindu.

Hatinya ditepuk perasaan gembira.

----------

"Hati hati bro jalan" pesan Harris dimuka pintu. Aryan mengangkat sebelah tangannya separas bahu tanda tidak mengapa.

"Kau rehatlah dulu. Tak payah sangat buat kerja. Kau tu bukannya baik sepenuhnya." Hayden pula memesan.

Mereka yang melihat keadaan Aryan seperti itu membuatkan hati mereka tidak percaya. Aryan yang dingin dan disangkakan kuat, jatuh sakit sampai ditahan diwad selama tiga hari. Gara gara oleh seorang gadis. Fftt.. Mereka baru tersedar yang Aryan adalah manusia biasa juga. Selama ini mereka pandang Aryan dengan pandangan takjub dan hebat kerana jejaka itu handal dalam pelbagai kerja. Tapi kini, mereka baru sedar Aryan manusia dan bukan superhero dunia.

"Kau nak apa apa ke? Aku ambilkan. Mummy and daddy kau takde. Diorang ada event"

"Takpelah. Ariq mana?" Tolak Aryan bersama satu soalan.

"Err keluar dengan Rai. Tak tahu pergi mana"

Aryan bersandar disofa sambil memejamkan mata. Mereka yang lain sudah sibuk dengan kerja sendiri.

Aariz and Ameer yang tidak selalu matang akan bermain game sama ada di television atau handphone. Itulah kerja mereka.

Manakala Harris dan Hayden yang selalu fokus dengan kerja, sudah tentu mereka jalankan tugas mereka.

"Aku nak kau lupakan Riana. Aku taknak kau sakit sebab dia." Celah Aariz dalam kesunyian.

Aryan membuka sebelah matanya memandang Aariz. Kemudian mata itu dipejam kembali.

"Kenapa aku kena lupakan dia? Biarlah aku. Urusan aku. "

"Aku tak sukalah kau dok terkejar-kejar dia. Tengok yang lepas, kau terkejar kejarkan Jess pastu apa perempuan tu buat? Dia tinggalkan kau kan?"

"Tapi kau tak faham Aariz."

"Apa yang aku tak faham? Aku dengan kau adik beradik. Aku rasa apa yang kau rasa. Tapi kau buang semua tu ke tepi sebab kau sukakan dia. Kau cintakan dia. Sampai kau sakit macam ni pun. Dia takde pun lawat kau. Sebab dia fikir dia dah menang. Tolonglah Aryan. Aku taknak tengok abang aku sakit sebab perempuan." sinis Aariz berbicara.

Tiga orang rakannya duduk termenung sahaja. Tidak tahu mahu mencelah dimana. Dan ada sikit speechless dalam hati bila Aariz berkata begitu.

Sayang abang rupanya mamat bongok ni.

"Whatever you say. Aku tetap dengan pendirian aku" ujar Aryan seraya bangun dari duduk dan bergerak naik ke tingkat atas.

Panas hatinya apabila Aariz berkata begitu. Dia tak lalui apa yang Aryan lalui. Bukan mudah untuk semua ini.

"Kalau terjadi apa-apa lepas ni. Aku tak tahu. Aku dah warning awal awal. Tapi kau degil!" Jerit Aariz dari bawah.

Aryan yang mendengar sekadar memekakkan telinga. Malas mahu bergaduh.

MR MAFIA MISS SPYWhere stories live. Discover now