ENAM PULUH LAPAN | AKHIRNYA!

9.5K 454 21
                                    

Mereka berdua melutut dihadapan seorang gadis dengan tangan yang diikat. Gadis itu memandang mereka tajam

"Cuba nak lari huh?" Soal Mia sinis.

Aryan membalas pandangn tajam gadis itu dengan pandangan membunuh.

"Jangan fikir yang korang tu hebat. Dalam dunia ni, aku paling hebat dan kuat. Semua orang tunduk dekat aku semata mata nak senang. Aku mampu bagi mereka kesenangan. Bukan macam korang. Mengarah dan mmmbunuh!"

Air liurnya diludah dan terkena wajah Aryan.

"Kau bukan Tuhan mereka untuk layak diorang sujud" pedas kata-kata Riana.

Pak!

Kepala Riana tertoleh ke kiri.

"Berani betul kau sepak dia." Kata Aryan geram.

"Jangan sembang pasal Tuhan depan aku. Korang sendiri membunuh. Tak payah acah baiklah. Kau ingat membunuh tu, Tuhan suka ke. Heh korang dua kali lima je macam aku"

"Tapi aku tak pernah anggap diri aku lagi kuat dan berkuasa dalam dunia ni" kata Riana lagi. Dan kali ini dia membuatkan Mia menghalakan pucuk pistol kepadanya.

"Aku akan bunuh korang malam ni jugak menggunakan tangan aku sendiri"

"Kau sure?" Soal Aryan sinis.

"Aku pasti dengan apa yang aku cakap!" Jerit Mia lantang.

Riana memandang siling gudang dengan senyuman.

"Jangan terlalu pasti. Sebab kau yang akan mati" kata Riana. Dengan pantas Riana bangun dari duduk dan terus menyepak tangan Mia yang mengacukan pistol ke arahnya.

Anak buah Mia sudah bersedia untuk menembak tapi kesemua tumbang pada awal pertempuran. So sad!

Riana bertindak menendang salah seorang anak buah Mia yang hampir dengan Aryan.

Aryan juga turut bangun dari melutut. Sasarannya kini adalah Riana yang sedang bergelut dengan empat orang lelaki. Sudahlah tangannya terikat. Lawan pula dengan empat lelaki.

Dari dalam bilik itu, Aryan mendengar bunyi tembakan yang kuat dan bersilih ganti dengan jeritan. Aryan memandang pula kerusi Mia tadi, tetapi kerusi itu sudah tidak berpenghuni.

Aryan melayangkan sepakkannya tepat pada perut buncit salah seorang dari empat lelaki itu. Riana pula tidak henti-henti menyepak dari arah sudut yang berbeza.

Selepas berpuas hati dengan pertempuran mereka, mereka sama-sama melangkah keluar dari bilik itu dengan tangan masih terikat di belakang.

"Riana tunduk"

Riana serta merta tunduk mengikut arahan Aryan. Aryan juga turut tunduk apabila mereka melangkah keluar dari bilik tersebut.

Mereka melangkah perlahan lahan.

Amy melambai ke arah Riana. Riana berlari mendapatkan Amy yang tidak jauh darinya.

"Kau ok kan?" Soal Amy risau.

Riana mengangguk kemudian pusing membelakangkan Amy.

Amy yang faham perilaku Riana mengeluarkan pisau dan memotong tali itu. Riana kembali pusing menghadap Amy.

"Pistol" tangan dihulur.

Amy memberikan pistolnya. Nasib dia membawa dua.

"Cau" kata Riana dan terus berlari menembak mereka yang lain.

Manakala di tempat Aryan, dia sibuk mencari kelibat adiknya. Dia tidak tahu sama ada apa yang dikatakan tempoh hari adalah benar atau tidak.

"Tak payah cari akulah. Aku ada je untuk kau. Kau je tak nampak" kata satu suara membuatkan Aryan menoleh.

MR MAFIA MISS SPYWhere stories live. Discover now