TIGA | PULANG

12.1K 626 32
                                    

Riana yang sedang elok membaca novel disofa berpaling menghadap pintu saat ada yang memberi salam.

Datin Quin Maisara yang berada disebelahnya juga turut berpaling.

"Your friends?" Soal Datin Quin Maisara.

Riana hanya mengangkat bahu. Wajahnya berpaling menghadap mamanya. Berharap akan ada keajaiban berlaku.

Riana mengharapkan Datin Quin Maisara faham apa yang dia cuba sampaikan.

"No, mama penat. Kamulah buka. Berani sikit." kata Datin Quin Maisara selepas dapat membaca apa yang ada dibenak fikiran anak bongsunya.

Riana membuat muka comel walau hakikatnya dia masih menerima tamparan majalah dari mamanya.

"Kita dua?" Cadang Riana tidak mahu kalah.

Datin Quin Maisara mengalah. Lengan anak bongsunya dipaut dan jalan bersama menuju ke pintu utama.

Siapa pula datang memalam macam ni?

"Surpriseeee!!" Buka sahaja pintu terdengar suara seorang gadis menjerit.

Datin Quin Maisara sudah menutup mulutnya dengan telapak tangan. Terharu dengan kepulangan anak sulungnya. Riana pula menjeling sahaja gadis itu.

"Tak nak jemput Rai masuk ke?" Soal gadis itu.

Riana hanya memberi ruang gadis itu masuk tanpa sebarang bunyi. Hanya mama saja yang beria menyambut kepulangan alongnya dari France.

Sudah 2 tahun pengajiannya tamat. Tapi kini baru dia pulang ke tanah air. Bukan Riana tak tahu apa yang gadis itu buat disana.

"Ma, Riana naik dulu. Mengantuklah. Selamat malam!" 

"Taknak berborak dengan kakak kamu ke?" Soal Datin Quin Maisara. Nadanya sedikit kecewa.

Riana menoleh ke arah kakaknya dengan pandangan sekilas lalu menggeleng dan terus mendaki tangga.

Bukan dia benci akan kakaknya sorang itu, tapi disebabkan gadis itu menalam dua muka kepada mama papa. Ingat Riana suka? Jadi seorang kebanggaan keluarga, belajar sampai luar negara, bawa balik sijil tamat belajar. Tapi hakikatnya, di belakang mereka. Ada adegan lain. Huh!

Dan disebabkan gadis itu juga dia terpaksa berhenti belajar demi meneruskan syarikat papanya.

Pintu bilik ditutup perlahan. Hujung birai katil menjadi tempat dia melepaskan keluh. Dia mengharapkan abangnya pulang dan bukan kakaknya.

Segala cerita boleh dikongsikan bersama lelaki itu. Tapi disebabkan lelaki itu menyambung pembelajarannya di Jepun, mereka tiada masa untuk berborak. Tinggal 5 bulan sahaja lagi, lelaki itu akan pulang ke tanah air.

Sekali lagi, keluhan dilepaskan. Mengapa dengan usia dia yang muda ini tidak menyambung pelajaran? Dia terpaksa berhenti gara-gara mahu meneruskan syarikat papanya. Mama pula busy dengan butik. Jadi siapa lagi yang boleh diharapkan?

Kakak dan abangnya sudah selamat belajar jauh. Tinggal dirinya sahaja sebagai peluang penerusan syarikat keluarga.

Nak atau tidak, dia harus juga buat. Demi keluarga. Dia beruntung kerana masih ada kawan baik yang sentiasa susah senang bersama.

Tubuh dibaringkan diatas katil. Bantal kepala ditepuk perlahan.

Apabila difikirkan kembali, banyak kerja yang harus diselesaikan dalam satu masa.

Misi mereka. Dan juga projek syarikat yang memberi keuntungan jutaan. Syarikat mereka mendapat rezeki yang baik dan mereka harus berurusan bersama sebuah syarikat yang terkemuka.

Memikirkan hal itu, membuatkan dirinya pening. Sakit kepala memerah otak. Haishh inilah kehidupan.

Tidak lama selepas itu, matanya terlelap. Esok mereka akan memulakan perbincangan bersama syarikat yang akan berurusan dengan mereka.

----------

"Aryan!! Woi!! Bangun!!"

Jeritan diluar biliknya dibuat tidak endah. Pintu bilik hanya dipandang sekilas. Bantal kecil disisi kepalanya diambil dan ditekap ke telinga kanannya.

Telinga kirinya pula sudah tertutup dengan bantal dibawah kepala.

"Aryann!! Baik kau buka pintu ni sebelum aku robohkan." ugutan itu hanya didengari kosong.

Lama kelamaan tiada lagi sahutan dari luar. Mungkin dia sudah pergi.

Tidak sampai 2 minit keadaan tenang, pintu biliknya dibuka secara kasar.

"Woi, apa kau buat ni, mangkuk?!"

"I do what I say." jawab lelaki itu sinis.

"Kau takde kerja lain ke nak buat? Nak pergi kerja? Awal lagilah. Pergilah." halau Aryan.

Aariz hanya pandang dengan pandangan selamba.

"Mummy suruh turun makan. Lagipun mummy and daddy takde. Diorang suruh pergi tengok syarikat tu awal. Pukul 9 ada appointment dengan pengurus Syarikat Five-A. Apa jenis boss kau ni? Kerja main-main." punggungnya dilabuhkan diatas katil abangnya sambil bersila.

Sekarang baru nampak sopan.

"Kau kalau masuk nak membebel baik kau keluar. Aku ngantuklah. Pergi!"

"Kau buat apa semalam tidur lambat? Kau video call awek kau eh?" tebak Aariz. Terbeliak mata Aryan.

Bila masa dia ada awek. Main tuduh sahaja adiknya ni. Ada kena luku.

"Aku buat kerja kau lah, bijak. Tak reti buat kerja. Hidup susahkan orang. Kecil-kecil tak nak mampus, bila besar menyusahkan orang." hambur Aryan. Selimut ditarik sehingga menutup mukanya.

"Bangunlah. Jangan tidur. Aku call mummy. Biar kau kena kaw kaw dari dia. Baru kau tahu Aariz tu baik atau jahat." selimut yang dipakai Aryan ditarik sambil kaki turun dari katil. Sehingga muka pintu selimut itu ditinggalkan dan berlari menuruni tangga.

Dia tahu ada gunung berapi yang bakal meletus. Kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan.

"Aariz Helson Louise!! Siap kau aku turun nanti." dari tingkat bawah sudah terdengar suara jeritan abangnya. Aariz hanya mengekek ketawa.

"Asal dengan abang kau, bro?" tegur Hayden.

"Ada setan kacau dia. Biasalah tu ahli neraka." jawab Aariz selamba.

Punggung dilabuhkan disebelah Amir dan epal yang telah siap dipotong dimasukkan kedalam mulut.

"Siapa ahli neraka? Kau ke aku?" Soal Aryan garang. Kaki melangkah mendekati adiknya.

"Ketua setan dah turun. Wa cau lu." kata Aariz sebelum melarikan diri. Sempat dua tiga potong epal diambil.

"Jangan lari kau. Sini!" kejar Aryan.

3 orang rakannya yang melepak diruang tamu hanya menggelengkan kepala. Tidak disangka mereka akan ditemukan dengan sepasang adik beradik seperti itu.

Ahli neraka. Haha.

MR MAFIA MISS SPYWhere stories live. Discover now