Bamm!
Keenam enam lelaki didalam bilik itu hanya mampu menunduk saat ketua ketua mereka seperti naik hantu.
"Macam mana benda ni boleh jadi? Tahu tak benda ni dah lama berjalan dan takde satu pun orang akan masuk campur." marah Aryan. Mata helangnya menikam satu persatu wajah konconya.
"Mana Kevin?" Soal Aariz yang setia berdiri di sebelah abangnya.
"Dia kena tangkap." Jawab salah seorang antara mereka takut-takut. Kepala masih menunduk.
"Kena tangkap? Macam mana korang terlepas pula?" Soal Aryan.
"Masa tu gudang hampir meletup kitaorang sempat lari. Yang si gemuk and si keding tu baru balik dari hantar barang." jawab orang yang sama antara mereka.
Aryan mengeluh kecil.
"Kau tahu siapa yang buat?" Kali ini Hayden pula bersuara. Siapa tak berang kalau sepupu sendiri kena tangkap. Semua orang akan berang. Nak-nak dia satu satunya sepupu yang kau ada. Erghh!
Mereka menggeleng serentak. "Yang saya tahu... mereka... perempuan," jawab lelaki berambut panjang. Suaranya ketika itu seperti tersangkut-sangkut.
"Girls? Seriusly?" Soal Aariz tidak percaya.
Kalini mereka mengangguk serentak.
"Out!" arah Aryan dingin. Keenam jejaka tadi terus keluar tanpa banyak bunyi. Nak mati ke? Hah duduk lama-lama dalam tu.
Keluar sahaja keenam lelaki itu, mereka terus duduk diatas sofa bilik tersebut. Pelik, berang, geram, marah semua bercampur baur.
"Siapa lagi musuh kau bro?" Soal Hayden. Aryan membuka mata dan memandang tepat ke wajah kacak Hayden.
"Entahlah wey, setahu aku takde lagi dah musuh aku. Semua dah habis langsai. Tapi benda ni buat aku pelik, macam macam dho?"
"Aku rasa kau kena cari diorang. Perempuan wey. Bukan calang-calang aku rasa. Sampai Kevin yang kuat tu pun diorang tangkap." Harris mengeluarkan buah fikirannya. Sedari tadi dia hanya mendiamkan diri.
"Korang cari siapa buat semua ni. Aku fed up lah. Baru nak jadi baik." arah Aryan.
Aariz yang mendengar arahan abangnya menjeling.
"Baik? Solat pun kau tak buat." sinis Aariz
"Kau tahu ke aku tak solat?" kening diangkat ala-ala Ziana Zain.
"Kau bukan ahli neraka ke?" soal Aariz bersama gelak tawanya. Tubuh Harris disebelahnya ditepuk berkali kali.
Harris mencapai bantal kecil diatas sofa dan dibaling kearah Aariz yang sedang gelak tidak ingat dunia. Ambil, kan dah kena setepek.
"Aku nak balik. Pape jangan roger." pamit Amir. Harris juga turut bangun sama. Tak mahu badannya lebam akibat pukulan sawan Aariz lagi.
----------
Meera yang sedang menunduk cuba mengutip buah-buah yang berterabur diatas lantai pasar itu mengangkat kepalanya. Terasa beg silangnya seperti diseluk.
Saat wajahnya berpaling, terlihat seorang jejaka yang sedang elok memilih buah tembikai dengan wajah selamba.
"Ehemm sorry," panggil Meera. Jejaka itu menoleh. Kening diangkat.
"Kau seluk beg aku kan?" Soal Meera terang.
Jejaka itu berkerut. "Tadi plastik aku tersangkut dekat beg kau. Aku tarik plastik je tak seluk pun." kata jejaka itu selamba. Plastik yang berisi buah oren itu diangkat.
YOU ARE READING
MR MAFIA MISS SPY
Actionstatus ; complete start ; 23 MEI 2019 end ; 6 OKTOBER 2019 karya pertama @sweetyairin QUIN ARIANA QAISARA Gadis yang baru meningkat dewasa tetapi sudah menjalani pelbagai cabaran hidup yang sukar. Tugasnya tidaklah semudah ABC dan 123, tetapi cuku...