TIGA PULUH TUJUH | MALAM

7.4K 425 4
                                    

Pritttttttt

Masing masing mengeluh kepenatan. Baru separuh masa mereka berlawan tapi sudah rasa seperti berlari di marathon.

"Ala korang ni. Main sikit dah penat. Cuba jadi macam aku. Tak penat langsung" riak Ari yang ketika itu sedang mengelap peluh. Melihatkan ahli kumpulannya yang keletihan, semakin riak dibuatnya.

Pak!

"Adeh deh" adu Ari tetiba. Perutnya dipegang.

"Kau cuba belagak lagi, habis kumpulan kau lunyai aku kerjakan" kata Riana dengan wajah sinisnya.

"Eh kau, benda betul. Eleh cakap je lah dah ngaku kalah. Aku tak takut pun dengan ugutan kau tu. Toyol" lawan Ari.

"Stanby- game start" jerit Ariq selaku pengadil.

Riana, Aryan, Fiona, Amy dan Aurora kumpulan berwarna biru.

Meera, Leen, Aariz, Hayden dan Ariyan kumpulan berwarna merah.

Manakala yang selebihnya adalah penonton. Menyokong kumpulan yang mereka suka.

"Kumpulan Aryan akan mulakan permainan. Masa kedua! Mula" wisel dibunyikan.

Bola dilambung tinggi dan dipukul kuat. Namun serangannya bukanlah senang untuk menebus markah kerana Ari dan Aariz mahir dalam permainan ini.

Ari melompat tinggi semata mata mahu memukul bola yang di'servis' Aryan. Pukulannya juga tidak kalah dengan pukulan Aryan. Dan akhirnya bola tersebut jatuh juga menyembah pasir.

"13-10"

"Woooooo"

"Yeayyyyy"

Terdengar sorakan gemuruh dari kumpulan Aariz. Melompat dan bersorak sehingga menarik perhatian pelancong lain.

"Aryan. Nak bola" kata Riana.

Aryan hanya menghulurkan bola tanpa kata

"Guys! Ready!" Jerit Ariq menandakan permainan akan bersambung.

Bola dipukul oleh Riana. Tinggi.

Apabila bola tersebut hampir jatuh mengenai Meera, Meera bersiap sedia. Namun nasib tidak menyokongnya membuatkan Meera jatuh menyembah bumi ditambahkan pula dengan bola tampar yang dihantuk ke kepala. Wuuu best!

"Adu sakit"

"Wey agak agak lah nak balas dendam. Kejam siot" kata Ari.

"I do what I say" kata Riana sinis.

Selepas perbincangan, Meera dibawa keluar dari permainan.

5 vs 4

Kini permainan semakin sengit dengan mata markah Riana lebih mendahului Ari team.

Sedang Riana melawan pukulan pihak musuh, matanya terpaku pada satu susuk tubuh yang membelakangi mereka dan terlalu hampir dengan mereka.

Otaknya ligat berfikir siapa gerangan tersebut. Kerana sedari tadi, matanya sendiri menangkap gerak geri susuk tersebut yang asyik memerhatikan mereka.

"Woi Riana! Bola"

Riana tersentak dengan jeritan tersebut. Lama kelamaan kepalanya dihempuk dengan satu benda keras. Ok aku tahu tu bola.

Riana memejamkan matanya apabila terasa berpinar. Buka sahaja mata, Riana memaling kembali menghadap susuk tubuh tadi. Tapi susuk tubuh itu sudah menghilangkan diri.

"Riana. Kau ok tak?" Risau Amy.

Riana hanya mengangguk kecil dengan tangan yang masih di kepalanya.

MR MAFIA MISS SPYWhere stories live. Discover now