LIMA PULUH TUJUH | HEBAT!

6.8K 413 23
                                    

"Eh Riana. Duduklah. Termenung apa?" Tegur Amy yang sudah selesa duduk di meja bulat itu.

Riana yang perasan hanya dirinya sahaja yang berdiri, segera menarik kerusi dan duduk disebelah Izwan. Dah disitu satu satunya tempat kosong.

"So korang dah order makan belum?" Soal Izwan kepada mereka.

"Tunggu kaulah kitaorang tak order. Lambat macam kura-kura" perli Fiona selamba.

Sebut sahaja Fiona, sudah pasti readers tahu siapa gerangan yang membuatkan Riana termenung.

Aryan and gang.

"Halah. Order je, macam aku takleh order sendiri" balas Izwan seraya mengangkat tangan tinggi memanggil seorang pelayan untuk ambil order.

Sedari tadi Riana hanya menunduk. Tidak mampu mengangkat wajah atau setentang mata dengan Aryan. Malah bila dilihat, rakannya yang lain seronok sahaja berbual dengan mereka seperti biasa. Tidak tahu ke mereka Riana sedang mengadakan perang dingin dengan mereka.

"Ey Riana. Kau ni kenapa? Asyik termenung je. Orderlah kau nak makan apa." tegur Leen di sebelah.

Kini semua mata memandangannya.

"Err saya nak orange juice" pesan Riana kepada pelayan.

"Awak tak nak makan ke?" Soal Izwan disebelah.

Riana menggeleng lembut.

"Makanlah Riana. Nanti awak lapar pula" pujuk Izwan sungguh-sungguh.

"Takpelah. Saya kenyang lagi. Nanti lapar masak jelah"

"Chicken chop with fries cheese satu" pesan Izwan tanpa memandang Riana.

"Eyyy saya taknaklah. Kenapa awak order?"

"Awak makan apa yang saya makan. Awak kenyang. Saya kenyang. Dah makan je nanti." putus Izwan. Lepas sahaja berkata gitu, Izwan turut serta dengan rakannya berbual kosong sambil menanti pesanan mereka.

Sedari tadi, Aryan diam memandang Riana tajam. Tangannya disilangkan di dada. Dadanya berombak. Sebab itu dia menyilangkan tangannya di dada supaya mereka tidak melihat kejadian itu dengan ketara.

Riana duduk dalam keadaan gelisah. Gelisah dengan pandangan yang diberikan. End up, Riana bangun dari duduk.

"Nak pergi mana?" Soal Fiona yang sedang melayan handphonenya.

"Tandas. Nak ikut?" Ajak Riana dengan sengihan. Cuba menutup gugup.

"Eleh ingat nak belanja aku benda lain. Bolahlah aku ikut. Kalau pergi tandas, teman kau buat kuih coklat je"

"Eyy selekeh lah kau" sempat bahu Fiona ditepuk kasar.

Dari jauh dapat dilihat Fiona menggosok bahunya. Riana senyum sahaja.

Sekurang-kurangannya Riana melayan seorang ahli keluarga yang berdarah keturunan sama dengan Aryan. Tidaklah dia terganggu dengan soalan dan jawapan yang tergantung.

Kenapa susah sangat nak berbaik?

Kenapa dingin sangat?

Kenapa seorang punca yang lain turut tempias?

Dan macam macam lagi yang mampu stuck in head.

Riana melihat pantulan wajahnya dicermin besar itu. Pipinya merah. Matanya berkaca.

Kenapa?

Kenapa mesti wujud di depannya lagi?

"Wow aku tak sngka aku jumpa kau dekat sini"

MR MAFIA MISS SPYWhere stories live. Discover now