LIMA PULUH | PAP!

7K 389 11
                                    

Hari demi hari. Minggu demi minggu. Segalanya diatur dengan baik sekali. Dari A sampai Z segala ditentukan oleh Riana. Segala barang kelengkapan mereka disusun dan diagih sama rata ke semua anak buah. Apa yang dia mahu ialah kejayaan yang patut mereka bawa pulang. Menegakkan kebenaran dan halau Mia dari agensi.

Dan malam ini, malam yang telah ditentukan oleh mereka untuk menyelesaikan misi. Malam ini mereka ingin merampas satu buku yang berisi segala maklumat dan isi kandungan kumpulan tersebut. Dengan adanya buku itu, mereka lebih mudah menghabiskan misi dengan masa yang ditetapkan.

Cumanya, misi ini menanggung risiko yang tinggi kerana mereka akan ke gudang di mana terdapatnya ramai anak buah yang berpengaruh. Mereka semua mahir dalam senjata dan lawan.

"Aku nak semua orang tumpukan perhatian. Dan korang yang sukarela untuk bantu aku dalam misi ni. Aku tak paksa sebab misi ni risiko dia tinggi. Jadi kalau korang rasa korang tak boleh atau ada kecederaan, aku nak sangat korang tarik diri" kata Riana prihatin. Dia sangat mengambil berat keadaan anak buahnya.

Dia sedar, setiap antara yang mereka mempunyai keluarga. Lagi lagi anak buahnya ramai lelaki. Sudah tentu yang sudah kahwin mempunyai tanggungjawab di rumah.

"Kami ok" jerit salah seorang dari mereka.

"Good" puji Riana.

Kerana itu ramai anak buah dari agensi suka memasuki kumpulan Riana kerana sikapnya yang adil dan mengambil berat. Jadi tiada apa yang patut dirisaukan.

Riana memaling tubuhnya kehadapan. Mereka hanya menaiki motobike. Dan ada juga yang menaiki kereta.

"Move. Move" arah seorang lelaki yang menjadi ketua perjalanan mereka hari itu. Mereka bergerak beramai ramai. Riana dan ahli kumpulannya akan berada di belakang sekali.

Kalau mereka lalu highway pun, orang lain tak akan syak mereka. Mereka akan  menganggap mereka seperti konvoi moto. Beramai ramai.

Sampai di tengah hutan yang tebal. Dari jauh dapat dilihat satu gudang yang berwarna putih dan agak usang. Mereka memarkirkan kenderaan mereka jauh dari kawasan tersebut.

Riana memberi isyarat agar bergerak secara perlahan dan berkumpulan. Mereka hanya patuh.

"Take position" arah Leen melalui earpod.

Selepas semua anak buah mereka pergi. Barulah mereka berjalan dan memanjat pokok yang agak redang dan melompat dari pokok tersebut ke pokok yang lain pula. Sehinggalah mereka mendarat di satu dahan pokok yang berdekatan dengan kawasan pintu utama gudang tersebut.

"Ejen Aiman, masuk" kata Amy ringkas selepas memastikan kawasan belakang gudang selamat.

Macam mana? Dengan menggunakan kereta kawalan jauh yang dipasangkan litar kamera tertutup.

"Done" balas Ejen Aiman.

Meera menghidupkan helikopter kawalan jauhnya yang telah dipasangkan kamera. Lalu diterbangkan ke pintu belakang. Semuanya dapat dilihat dari tab yamg dipegang Leen.

"Cuba kau belok kiri" kata Leen tenang. Meera hanya mengikut arahan.

Di kawasan itu, tiada apa yang mereka nampak. Hanya beberapa bilik kosong yang tertutup rapat.

"Amy, kau masuk bilik yang tu. Aku rasa kat situ ada buku tu" bisik Riana perlahan sambil menunjukkan handphonenya kepada Amy.

Amy mengangguk faham.

Pintu bilik yang terbuka sikit itu dimasuki. Lampu kereta dibuka apabila bilik itu kosong tanpa penghuni.

"Kenapa gudang ni kosong?" Soal Ejen Aiman tiba tiba.

MR MAFIA MISS SPYWhere stories live. Discover now