MMMS | SPECIAL CHAPTER 01

9.4K 434 12
                                    

"Awak tolak sikit benda tu ke sana. Hah hah macam tu" arah Riana seperti seorang ketua. Aariz yang sudah lenguh lengannya hanya mengikut kata.

"Ermm tak cantiklah langsir ni. Tukar langsir lain lah. Macam tak kena je tema kita tahun ni" kata Riana sambil mengetuk dagunya seperti berfikir.

"Lambat lagi ke? I penatlah jadi model langsir ni. Suruh lah suami you pasang. Harriz ke. " rungut Aariz.

"Ala diorang tengah sibuk sediakan bahan bakar untuk lemang malam ni. So awak lah tolong saya. Bukan awak buat apa-apa pun kan"

"Hello, I ada appoinment dengan PUBG sekarang ni. Mustahak ni!"

"Mustahak otak awak. Siapkan ni, pastu nak terjun gaung pun takpe"

"Ish boleh tak lepas berbuka nanti I sambung. I haus lah. Dah lah sahur tadi minum sikit je" ringut Aariz lagi.

"Ahh awak ni. Sikit sikit nak merungut. Saya bagithu Aed yang awak ni pemalas baru awak tahu. Terus tak jadi kahwin nanti" ugut Riana

"Fine. Tapi taknak tukar langsir. I penatlah turun naik tangga ni. Dah lah tinggi"

"Iyelah" putus Riana dan terus berlalu pergi dengan senduknya. Mula masak untuk berbuka nanti.

"Sayang!"

"Oh sayang!"

"Riana!"

"Oi, kau dah kenapa terjerit macam hilang anak?" Marah Aariz. Terganggu dengan jeritan Aryan yang serupa orang gila itu.

"Riana mana?"

"Kat dapurlah. Masak. Kenapa?"

Kerjanya kembali sambung.

"Kau ada nampak tak kayu yang aku susun semalam?" Soal Aryan kepada Aariz.

"Ermm kat pondok tepi kolam. Aku letak situ. Anak kau tu bukannya reti duk diam, tak pasal pasal bapak dia mati pulak kena pukul dengan anak sendiri" jawab Aariz sempat membebel.

Aryan menjeling Aariz tajam tanpa kata dan terus beredar dari situ.

"Papa!!" Jerit satu suara kecil.

Aariz merengus kasar. Sikit sikit kerjanya diganggu.

"Yes Liana. Papa sibuk ni" balas Aariz tanpa menoleh.

"Papa, Liana nak main ni. Oleh?" Pinta gadis kecil itu.

Aariz menoleh.

"Mana dapat?" Soal Aariz sambil kaki menurun tangga perlahan lahan dan mendekati Liana.

"Alam Ilik stor. Liana nak maen ni oleh tak, papa?" Pujuk gadis berumur 4 tahun itu dengan pelatnya..

"Nice game. Jom main kat luar" tangan kecil gadis itu digenggam dan ditarik. Liana sudah melompat suka kerana dapat bermain apa yang dipinta.

Liana didudukkan diatas bangku kayu dihalaman rumah. Memandangkan disitu luas tanpa sebarang hiasan, Aariz memilih kawasan itu untuk bermain.

Aariz mengaku bahawa rumah abangnya terlalu besar bagai istana. Sebab itu dia suka buat apa sahaja. Luas!

"Bagi papa satu. Biar papa main dulu"

Liana akur. Liana memberikan Aariz benda itu dengan gembira.

Aariz memghidupkan mancis yang dijumpai di atas bangku sebelah Liana. Mungkin untuk membakar malam ni.

Kemudian api didekatkan dengan benda yang dipegang dan di campak pantas jauh dari mereka.

MR MAFIA MISS SPYWhere stories live. Discover now