"Mak Jah. Mak Jah tahu tak apa yang Mak Jah dah buat ni. Nanti kalau Rai balik, mesti dia marah." bebel Riana. Tangan dicekak ke pinggang.
Mak Jah yang duduk di atas sofa memandang wajah lima gadis di hadapannya bersilih ganti.
"Dia...."
"Mak Jah tahu tak Erina tu satu satunya harta yang berharga sekarang. Mak Jah tahu tak, 80% kak Rai akan gila kalau tahu Erina hilang." Leen memotong. Rambut yang terletak di bahu, diselak ke belakang.
Semua mata memandangnya.
"Kau jangan buat teori mengarut kau kat sini. Aku bagi Ruby kat kau karang." ugut Riana sambil tangan mengacah Ruby kepada Leen.
Leen berlari jauh dari tempat asalnya.
"Dia..."
"Mak Jah nak cakap apa lagi. Sekarang benda dah jadi. Mak Jah pun bukan tahu siapa yang ambil dia. Tah tah pembunuh ke. Mak Jah ni percaya sangat orang." cantas Meera pula. Tangan disilangkan ke dada.
"Dia..."
"Mak Jah....."
"Dia ada tinggalkan nombor phone dengan alamat rumah. Dia kata dia ayah kepada Erina. Mak jah pun tak pasti tapi kalau nak ambil Erina, boleh call dia pastu ambil dekat alamat ni." kali ini, Mak Jah pula memintas mereka. Sudah penat menadah telinga. Kertas kecil dihulurkan kepada mereka.
Mereka masih terkebil kebil di tempat mereka.
"Yang korang ni dah kenapa?" Soal Mak Jah tegas.
"Boleh Mak Jah ajar cakap laju macam tu?" Soal Amy. Tidak terungkap kehebatan Mak Jah cakap laju. Fuhhh..
"Apa yang kamu mengarut ni? Nak Erina kan? Pergi ambil budak tu. Ambil benda ni. Layan kamu, satu kerja Mak Jah pun tak siap." balas Mak Jah tegas dan berang. Kertas yang tidak disambut diletakkan diatas telapak tangan Riana.
Riana baca setiap perkataan yang tertulis diatas kertas tersebut.
"Betullah dia bapak Erina. Nak kena ambil ke?" Soal Riana. Ragu ragu dibuatnya. Takkan nak ambil budak tu dari ayah dia pula. Tak ke kejam namanya tu?
"Biar je kot. Ayah diakan. Takkan dia nak buat apa-apa dengan anak dia sendiri." jawab Aurora yang sedari tadi mendiamkan diri.
Yang lain mengangguk dan meninggalkan kawasan ruang tamu tersebut.
---------
"Along, aku nak kau jaga budak ni elok-elok. Yes, aku tahu kau dah keluar dari dunia ni. Kau dah kira bersihlah dari darah. Kononnya lah, tapi aku nak minta kau untuk kali ni je, untuk keselamatan anak kau juga." pujuk Aryan.
Penat pujuk abangnya supaya kembali kepada kumpulannya dan menjaga keselamatan Erina. Bukan dia tidak mahu menjaga dan melindungi anak buah sendiri, tapi dia juga perlu menjaga keselamatan Riana. Ya gadis itu juga adalah target mereka. Jadi dia tak mampu nak jaga dua insan sekali gus. Dengan kerja syarikat. Kerja kumpulan dunia gelap ni. Kehilangan Kevin juga masih dicari. Jadi, dia tidak mahu menjadikan mereka salah satu korban bila dirinya lalai. Langkah terakhir, abangnya perlu turut serta.
"Aku dah tinggalkan semua ni setahun dah. Demi dia." Kata Ariq sayu. Matanya jelas menanggung semua derita.
"Ala kau ni. Dia tak fikir pasal kau pun. Yang kau beria sangat nak ambil hati dia kenapa?" Celah Aariz.
Meluat tengok alongnya asyik asyik memikirkan perempuan yang tak kenal dek untung itu.
"Kau percayakan aku, kau buat ni sekali. Lepas semuanya settle. Kau akan tinggalkan dunia ni sekali lagi dan aku tak akan paksa kau lagi." usaha memujuk abangnya masih dijalankan.
YOU ARE READING
MR MAFIA MISS SPY
Acciónstatus ; complete start ; 23 MEI 2019 end ; 6 OKTOBER 2019 karya pertama @sweetyairin QUIN ARIANA QAISARA Gadis yang baru meningkat dewasa tetapi sudah menjalani pelbagai cabaran hidup yang sukar. Tugasnya tidaklah semudah ABC dan 123, tetapi cuku...