"Papa. Kita nak pergi mana ni?" Soal seorang gadis yang masih kecil.
"Kita nak pergi rumah kawan mama. Cantikkan tempat ni?" Jawab Datin Quin Maisara.
Riana mengangguk. "So maknanya Riana ada kawan barulah kan? Wahh bestnya"
Datin Quin Maisara tersenyum melihat gelagat anak bongsunya.
"Rai dengan Ari jaga adiknya waktu mama papa sibuk bekerja"
"Kenapa mama cakap macam tu?" Soal Ari
"Nanti mama papa akan sibuk kerja dekat sini dengan kawan mama. So mama amanahkan korang dua untuk jaga Riana. Ok?"
Mereka berdua mengangguk faham.
Kereta yang membawa mereka berhenti di satu rumah agam yang besar seperti istana. Rumah yang besar dan nampak kekayaan mereka terserlah.
"Ni ke rumah kawan mama?" Soal Rai yang ketika itu berumur 17 tahun.
Datin Quin Maisara mengangguk.
"Ya sahabat. Lama tak berjumpa" kata seorang lelaki yang agak sebaya dengan papa. Huluran tangannya disambut papa.
"Wah dah besar anak awak kan? Untungnya" kata seorang wanita pula.
"Ala anak awak pun dah besar kan? Siap tiga orang lagi" gurau mama.
"Eh ni anak bongsu kau kan?"
"Haah. Korang tak pernah nampakkan?"
"Memanglah. Kitaorang pindah sini waktu Mai pregnant 6 bulan. Mana pernah jumpa. Meh salam uncle" kata lelaki tua itu. Riana berjalan ke arah lelaki itu lalu menyambut huluran tangan yang dihulur.
"Umur berapa?"
"Sepuluh"
"Ala comelnya" puji isterinya.
"Tengok anak siapa" gurau mama. Mereka semua tergelak sama.
Dari jauh, Riana dapat melihat seorang budak lelaki yang memandangnya tajam. Plus dingin. Riana yang takut dengan renungan itu terus berlari mengikuti langkah keluarganya memasuki rumah agam tersebut.
Riana duduk di lantai kerana sofa sudah dipenuhi oleh kakak abang mama papanya. Huh sedih. Riana yang masih berumur sepuluh tahun itu, tidaklah tahu apa-apa tentang pekerjaan. Atau perniagaan. Lainlah kalau Rai yang berumur 17 dan Ari yang berumur 15. Tidak banyak tapi sedikit sedikit diorang faham.
Riana termenung sendiri. Bosan. Itu sahaja yang dia fikirkan. Riana bangun dari duduk dan menuju ke halaman rumah. Sampai disana, dapat dilihat ada tiga orang budak lelaki yang sedang bermain bola. Riana hanya memerhati dari jauh. Mahu ke sana, nanti dicop mengacau. Mahu masuk ke rumah, bosan nak mati.
Selepas seminit berperang dengan otak, Riana mengambil keputusan untuk masuk ke dalam kembali.
Baru sahaja tubuhnya mahu berpaling, satu suara memanggilnya.
"Eh budak!"
Saat Riana berpaling. Satu hentakan kuat terkena dahinya. Tidak sampai seminit, Riana sudah meraung kesakitan.
"Aduh budak ni nangis. Kaulah ni sepak bola kuat kuat" kata salah seorang dari mereka.
"Ish kau yang tak tangkap. Aku yang kena" kata satu suara yang lain.
"Dah diam. Baik kita bawa dia jauh dari sini. Nanti mummy daddy dengar. Mati kita"
Lepas mendengar kata kata itu, Riana didukung oleh seorang jejaka yang agak tinggi. Mungkin yang paling tua antara mereka.
YOU ARE READING
MR MAFIA MISS SPY
Actionstatus ; complete start ; 23 MEI 2019 end ; 6 OKTOBER 2019 karya pertama @sweetyairin QUIN ARIANA QAISARA Gadis yang baru meningkat dewasa tetapi sudah menjalani pelbagai cabaran hidup yang sukar. Tugasnya tidaklah semudah ABC dan 123, tetapi cuku...