DUA PULUH | DETECT

7.7K 434 5
                                    

Elsa menangis teresak di atas tilam nipis. Lengannya yang memerah itu diperhati. Sungguh sakit dan perit!

Ubat yang baru dibelinya dikeluarkan dan disapu perlahan di kesan luka. Air mata yang mengalir tidak mampu diseka. Sakit lagi hatinya waktu itu apabila teringatkan hidupnya kini.

Bodoh! Terlalu bodoh sebab tak ikut cakap keluarganya dulu!

Selesai itu, tubuhnya dibaringkan dengan seribu satu perasaan. Terasa selesa sedikit. Matanya cuba dilelapkan. Hatinya cuba ditenangkan. Sukar.

Ingatannya masih teringat akan gadis yang baru dijumpainya. Aurora. Gadis yang sudah lama diimpikan untuk berjumpa. Dan hari ini, impiannya menjadi kenyataan. Cumanya, keadaan mereka ketika itu seakan akan tidak pernah berjumpa atau menyapa. Dirinya bagai manusia yang tidak dikenali di mata gadis itu.

Aurora, seperti tidak ingat siapa dirinya. Sedangkan dulu, mereka selalu bersama. Setiap hari, setiap saat. Tapi sekarang, segalanya semakin pudar. Pudar ditelan masa. Dirinya seperti orang asing di mata gadis itu. Ya, dia rindu belaian adiknya. Adik yang selalu menceriakan harinya.

Jika mampu diputarkan masa, mungkin dia dapat bersama adiknya jika dia tidak memberontak untuk ke luar negara. Semuanya kerana kebodohannya waktu itu. Hati dan perasaan diturutkan tanpa berfikir panjang kesan dan akibat yang bakal dia hadapi.

"Papa dan mama tak benarkan Elsa ke luar negara. Belajar di sini sudah cukup." bantah Dato' Ayron Lester. Wajahnya tegang. Rahannya bergerak-gerak. Nafasnya tidak teratur kerana kemarahan yang mula memuncak.

Tanpa rasa takut dan gentar, Elsa mencebik.

"Tapi Elsa dah janji dengan kawan, nak belajar sama-sama dekat sana. Nanti diorang kata apa pula, nanti papa mama sendiri juga yang malu." kata Elsa berani. Pandangannya tajam menikam renungan dari Dato' Ayron Lester.

"Mama bukan tak bagi sayang. Tapi mama tak nak apa-apa yang bahaya berlaku dekat kamu. Kamu jauh, macam mana mama papa nak pantau kamu nanti." kata Datin Elouise Aerine lembut.

"Tapi mama, ..... "

"Takde, keputusan muktamad. Elsa tak dibenarkan keluar dari negara. Siapa yang akan jaga Aurora bila mama papa kerja?" Potong Dato' Ayron Lester. Kalini, biarlah dia terus buat keputusan daripada keadaan menjadi semakin teruk dan parah.

Elsa sudah mengumpul sabar. Cuba untuk terus memujuk. Belum sempat membuka mulut, Dato' Ayron Lester sudah mengarahkan dirinya untuk masuk ke dalam bilik. Kaki dihentak ke lantai tanda memberontak.

Sewaktu menaiki tangga, dirinya terserempak dengan Aurora yang ketika itu berumur 15 tahun. Wajah comel itu merenungnya dengan pandangan simpati.

"Disebabkan kau aku tak boleh keluar dari sini. Kau tahu tak bosan. Aku nak keluar, tapi sebab kau..... erghhh " kaki terus melangkah menaiki tangga. Geram. Disebabkan itu, dia tidak mampu menyambung kata.

Aurora hanya memerhati dan cuba menghiraukan kata-kata kakaknya.

---------

Masuk sahaja ke dalam bilik, bagasi berwarna hitam besar dibawah katil dikeluarkan. Segala baju didalam almari dikeluarkan dan dilipat. Baju yang sudah selesai dikemas dimasukkan kedalam bag. Biliknya dikemas bagi tersusun dan kelihatan kemas. 

Hampir sudah segalanya selesai, dirinya juga telah disiapkan. Bagasi ditarik, sampul surat berwarna coklat itu diambil dan dibawa bersama.

Kaki menuruni anak tangga, pintu utama rumah banglo itu dibuka. Panggilan dari mama papanya dihiraukan.

MR MAFIA MISS SPYWhere stories live. Discover now