EMPAT PULUH ENAM | CABAR

7K 398 3
                                    

Keadaan bilik itu sunyi sepi. Tiada unsur bunyi atau siren yang menganggu mereka yang sedang berfikir. Keadaan juga agak tegang dengan seorang yang memang dah fikir masak masak dan seorang yang cuba menghalang. Sehari keluar sahaja dari hospital, Riana terus sahaja ke agensi untuk membincangkan hal satu ini.

"Riana saya bukan apa, tapi awak tahukan. Kumpulan awak paling hebat dalam agensi ni. Tak akan saya nak batalkan misi awak pula. Nanti apa orang atasan akan cakap" kata Madam James yang sedari tadi bertegas menghalang Riana dari membatalkan misi.

"Tapi saya tak sanggup Madam. Dia akan jadi separuh dari hidup saya. Macam madam, madam akan bunuh cinta hati madam sendiri semata mata untuk misi? Tak kan. Macam tu juga saya" tegas Riana.

"Kalau awak tak malu. Kenapa bukan awak yang pergi cakap dekat orang atasan?" Gertak Madam James cuba menguji Riana.

"Sebab itu bukan tugas saya. Tu tugas madam"

"Tapi saya nak jaga air muka saya. Saya tak nak malu sebab awak. Awak yang nak batalkan misi, saya yang kena. Bukan malu je. Siap kena ceramah lagi dengan orang atasan. Awak nak benda tu jadi kat saya ke?" Soal wanita berumur 30 an itu.

Riana terdiam.

"Saya faham awak perlukan rehat. Rehatlah dulu. Kamu masih muda untuk faham selok belok agensi kita"

"Saya dalam agensi ni dari umur saya 11 tahun lagi. Tak akan saya masih tak tahu" perli Riana. Berani weih perli orang tua.

"Awak sanggup duduk dalam bilik pertahanan dan bayar papasan?"

"Saya ok je kalau madam sanggup batalkan misi ni" balas Riana tidak mahu kalah.

"Awak simpan duit awak. Saya tak akan batalkan misi ni. No excuse"

"But...."

"Kalau dia dah taknak. Bagi je kumpulan kami handle misi ni. Buang masa layan perempuan kurang berani ni. Takde faedah"

Mereka berdua menoleh.

"Mia. Sejak bila kamu keluar dari hospital?" Soal Madam James.

"Semalam" ringkas sahaja jawapannya.

Riana disitu sudah tercengang. Hospital? Sakit apa minah ni? Bukan dia ke yang beria nak gaduh itu hari?

"Madam bagi misi ni untuk kami. Kami janji kami selesaikan" janji Mia sungguh-sungguh. Matanya sempat menjeling Riana yang duduk merenungnya dengan tajam.

Bukan Riana tak tahu jelingan itu. Ada udang sebalik maggi!

"Tak boleh Mia. Saya tak boleh sesuka transfer misi. Lagipun kumpulan Riana dah buat sehingga separuh jalan. Tak boleh nak batalkan macam tu je"

"Tapi dia dah tak nak. Bagi jelah dekat kami yang baru nak berjinak dengan misi. Lagipun kami dah layak jalankan misi"

"Memang. Tapi kau masih muda. Dan banyak peringkat kau kena hadap. Peringkat aku dah kira master. Kau tak akan dapat hadap bende ni betul-betul. Kau ni baru nak capai legendary. Tak payah acah berani please" pedas Riana tanpa memandang wajah Mia yang sudah memerah.

"Oh Master. Habis tu sampai nak batalkan misi. Master ke tu?" Sinis Mia.

"Siapa kata aku nak batalkn misi. Aku kata KALAU. Dengar betul2, KALAU" kata Riana dengan perkataan KALAU ditekan.

"Aku tahu kau ni jenis pantang dicabar. So why not, aku cabar kau habiskan misi ni" sinis Mia bersama senyuman sinis dibibirnya.

Ok. Kalini Riana terdiam.

"Kenapa? Takut? Kau nak mengaku kalah?"

"Sudah tu ja....."

Pap.

"Jangan cabar aku Mia Adriana!"

"Aku. Cabar. Kau. Quin Ariana Qaisara." sinis Mia satu persatu.

"Fine. Aku habiskan misi aku. Tapi kau kena keluar dari agensi ni lepas aku habiskan misi ni"

"Dan kau akan melangkah keluar dari agensi ni kalau kau gagal misi ni"

Masing masing tersenyum sinis.

"Ya Allah. Dah tu. Takde siapa akan keluar agensi selagi saya tak letak jawatan masing-masing"

Namun kata kata Madam James hanya dibawa angin oleh mereka berdua.

"Aku menang. Kau keluar. Aku kalah..... a.. aku keluar" kata Riana agak terkejut dengan kata katanya.

"Deal" ucap Mia dan terus berlalu pergi dari situ.

"Riana. Apa awak buat ni?" Soal Madam James cemas.

"Saya akan teruskan misi ni" dingin. Ya itulah Riana.

"I not sure about this. You're still young girl. Go some rest and take break for a while" pujuk Madam James.

"Whatever happen, I can handle this mission. I know who I am. We know who we are. When I say I do, I do. Dont to much worry like you care about us. Benda ni yang madam nak. Say bye before we out from the agency." Ucap Riana dingin. Topi hitamnya di atas meja dicapai dan dipakai dengan bergaya.

Riana bangun dari duduk tanpa kata dan terus keluar dari agensi.

Tiba di pintu utama, Riana terserempak dengan tiga rakan baiknya.

"Eh Riana. Awal balik. Kata nak bincang" laung Meera apabila melihat Riana jalan menonong begitu sahaja.

"Doa banyak banyak supaya tak keluar dari agensi" itu sahaja ayat yang ditinggalkan Riana. Sebelum berlari mendapatkan kereta kesayangannya.

Masuk sahaja ke dalam kereta, keluhan berat yang menemaninya. Mahu menangis? Dah kering kontang air mata.

"Kenapa mesti dia?" Soal Riana sendiri. Keluhan tidak lepas keluar dari bibirnya.

Riana termenung sendiri. Tangan kanannya membantu menongkat kepalanya.

Pening.
Kusut.

"Papa, bagitahu Riana please. Apa yang patut Riana buat" matanya dipejamkn.

"Percaya pada kebenaran. Dan segalanya akan sempurna. Tegakkan kebenaran. Luahkan apa yang terbuku. Jangan simpan untuk kebaikan orang lain. Papa tahu Riana ada hati yang mulia, tapi jangan sampai memudaratkan diri sendiri. Pilih. Percintaan atau pemergian. Sanggup nak hilang dia? So pergi. Nyatakan kebenaran. Bagitahu semua orang siapa Mia sebenarnya. Papa sentiasa ada belakang Riana"

Riana mencelikkan mata. Seakan akan dirinya mendapat aura baharu. Tegakkan kebenaran. Beritahu perkara sebenar.

Kereta terus dipandu keluar dari kawasan parkir agensi. Dia ada matlamat baru.

Cara menyelesaikan misi.

Dan

Cara menghalau Mia dari agensi.

---------

"Tak lama lagi Riana. Tak lama lagi. Aku akan buat kau derita. Macam mana aku derita hilang kakak dan abang aku. Korang memang tak akan hidup senang selagi aku hidup. Lepas kau, kawan kau akan ikut sama. Siapa suruh jadi hero" sinis Mia. Satu persatu gambar dimejanya dibelek. Dari gambar Riana sehinggalah semua gambar yang terlibat dengan pertempuran besar di gudang Danny abang angkat kepada Mia. Konon yelah.

"Oneday. Twoday. Count your day" bisik Mia. Lalu bilik itu dihiasi gelak jahatnya.

t.h.a.n.k.s🌼

MR MAFIA MISS SPYWhere stories live. Discover now